Sunday, May 30, 2010

Untuk Yang Tersayang

Thanks Kak Uli & Yana . Kak Uli nak bawa ke Tapah sambil jemput anaknya. Yana pula untuk makan-makan . Pada yang lain tu memang akak tak buat lebih , kalau nak kena order. Nantilah bila ada masa lapang sikit bolehlah akak buat lebih.






Happy Birthday Yang Ke .........???

Hepy Besday Sha. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dah jadi pelanggan tetap Ketuharpanasyatie. Senang berurusan dan tak cerewet. Tapi minta maaf sebab tak dapat nak buatkan kek anniversary pada Jun nanti.








2 kg mocha cake ( 14" round )

Harapan Yang Tak Kesampaian .......Hancur

Malang tak berbau. Kek yang dah siap , hanya beberapa minit je nak bertukar tangan tiba-tiba..... . Tak sangka , anak ku itu melangkah ke tempat duduk depan.Masa tu tengah kunci rumah, bila je terpandang anak kat seat depan hati dah tak sedap. Memang ya , kotak dah kemik sikit. Bahagian tepi kek dah runtuh sikit.Lastnya buat makan kat sekolah. Akhirnya minta Kak Uli beli kek kat Secret Recipe. Tak dapatlah nak merasa secret ketuharpanasyatie!


Pic yg diambil sblm mengalami kehancuran

Saturday, May 29, 2010

Salah Faham @ Silap Pendengaran

Bentuk cup cake seperti di bawah bukan yang sebenar di order oleh Dr . Fazlina.Mungkin disebabkan salah dengar dari Kak Kiah yang jadi orang perantaraan , cup cake macam di bawah yang jadi. Jadi untuk menjadikan seperti yang diminta iaitu cup cake dengan gambar Ben 10 jadi apa lagi , macam kipas kudunglah jadinya.Suami yang jadi mangsa kena pergi ke kedai beli edible image Ben 10 . Apa lagi terus putar butter cream dan cake tu masukkan dalam soufle cup, pas tu sapu dengan butter cream.Nak kena buat 100 pcs.Nasib baik semua peralatan cukup. Dalam masa satu jam nak kena siapkan sebab majlis hari jadi pukul 2.00.

Gambar cup cake dah siap dengan image Ben 10 tak sempat nak ambik .Sorry ya Dr Fazlina coz tak dapat nak hias lebih-lebih tepi kek tu.Saiz image pun tak berapa sesuai.







Happy Birthday Mumtaz & Amirul

Dalam sibuk-sibuk nak ke Nilai sempat siapkan tempahan Ust.Za.Tempahan lain terpaksa ditolak sebab ada hal yang nak diselesaikan dahulu.Maaf pada mereka yang tempahannya terpaksa ditolak.





Wednesday, May 26, 2010

Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Lebah

Bahan-bahan:

Bahan A

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar butter

- Goreng gula dgn api sederhana hingga perang. Masukkan air dan seterusnya butter. Biarkan sejuk.

Bahan B

4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp essen vanilla

Cara:
1. Pukul telur sampai kembang dan pekat
2. Masukkan susu pekat.putar hingga rata dan sebati
3.Masukkan tepung gandum yang telah diayak dgn soda bikarbonat
4. Masukkan essen vanilla
5. Akhir sekali , masukkan gula hangus tadi. Putar hingga sebati
6. Untuk hasil yang lebih baik biarkan adunan tadi sekurang-kurangnya 3-4 jam. kemudian barulah dibakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 60 minit/ hingga masak.( sesiapa yg ada oven pelbagai fungsi 50 minit guna api bwh shj dan 10 minit guna api atas dan bawah)

( Gambar tak dimasukkan lagi.Kena cari dulu tak tahu file yg mana satu )

Tuesday, May 18, 2010

Koleksi Resipi

Mulai Mei ini Ketuhar Panas Yatie akan menyediakan resipi yang istimewa untuk pengunjung atau pelawat blog ni.Resipi yang lazat , sedap , senang dan yang paling penting telah diuji dan ditambahbaik di makmal Ketuhar Panas Yatie.

Sesiapa yang ingin belajar teknik atau cara menyediakan kuih talam dialu-alukan.



Talam Kacang Merah Berjagung
Bahan-bahan:
Lapisan bawah ( merah ):
150 gm kacang merah ( dalam tin -lebih senang)
130 gm tepung beras
25 gm tepung jagung
80 gm gula pasir
600 ml santan cair
1/2 tsp garam
sedikit pewarna merah / sirap ( tengok keadaan warna,pastikan agak merah )
cara-cara :
Satukan kesemua bahan dalam periuk .Kacau dan pastikan tidak ada tepung yang berketul. Masak hingga naik wap. Tuang ke dalam loyang bersaiz 10x10 inci.Kukus selama 15 minit / hingga masak.
Lapisan tengah ( kuning ):
130 gm tepung beras
15 gm tepung ubi
80 gm gula pasir
1/4 tsp pewarna kuning limau
1 tsp sweet corn paste
500 ml santan cair
170 gm jagung krim ( dalam tin )
1/2 tsp garam
cara-cara:
Satukan semua bahan.Kacau dan masak di atas api hingga naik wap.Tuang di atas lapisan merah tadi dan kukus selama 15 minit.
Lapisan atas ( hijau ):
2 biji telur ( A )
150 gm gula pasir
50 ml santan pekat
1/2 tsp garam
110 gm tepung gandum
1 tsp perasa pandan
pewarna hijau ( jika perlu)
Cara-cara:
Satukan santan,tepung gandum dan telur. Kacau dan tapis .Pastikan tepung gandum tidak berketul( jgn blen ). Dalam periuk satukan kesemua bahan tadi.Masak hingga naik wap. Kukus lebih kurang 20 minit / hingga masak .
Catatan : Penutup kukusan hendaklah sentiasa dilap agar wap air tak menitis ke dalam kuih tadi.

SELAMAT MENCUBA

Kerapu Dara Ala Tiga Rasa

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kerapu sederhana besar ( kelar 2 garis je )- taburkan / lumur dgn sedikit tepung jagung.

2cm halia ( hiris nipis dan potong memanjang )

1 biji bawang besar (potong dadu )

5 ulas bawang putih ( ketuk )

5 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

2 biji cili merah ( potong dadu).Kalau nak lebih pedas tambah dgn cili api.Ikut selera sendiri.

3 sudu besar minyak masak ( untuk menumis )

3 batang serai ( dititik / hiris nipis )

1/2 cawan air

6-10 helai daun limau purut ( hiris halus / sehelai2)

garam & gula secukup rasa

minyak masak secukupnya untuk menggoreng ikan

Cara-cara:

1.Goreng ikan kerapu yang telah ditabur dgn tepung jagung tadi.Pastikan minyak banyak dan betul2 panas. Goreng seekor demi seekor.ketepikan.

2. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang putih dan halia.Tumis sehingga warna kekuningan dan masukkan bawang besar dan cili merah.Kacau hingga layu.

3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau.Masukkan air( tengok kepekatan kuah ).Masukkan serai dan daun limau purut. jika belum cukup masin atau manis masukkan garam.Kalau dah ok memadai dengan sos tu je.

4. Kalau suka boleh masukkan bunga kobis atau putik jagung.

5. Jika kuah sudah ok , masukkan ikan yg telah siap digorang tadi. Balik-balikkan dan hidang.

Catatan : Anak-anak ku , baru je 2 jam makan nasi dah lapar semula disebabkan ikan kerapu ni. Terpaksa beli ikan kat pasar borong kerana lebih murah.

Selamat Bertunang Maria dan Safrul

Terima kasih Maria dan ibunya kerana memberi kepercayaan kepada Ketuhar Panas Yatie untuk menyediakan hantaran pertunangannya.Terima kasih juga kepada Liza kerana menjadi orang tengah yang membantu mempromosikan produk akak kepada jiran setaman. Harap Maria berpuas hati.



kelopak hijau pada buah strawberry sengaja dibiarkan agar nampak segar







Monday, May 17, 2010

Citarasa Berlainan

Lain padang lain belalangnya , lain orang lain ragamnya. Sama juga dengan tuan punya kek ni yang nak cheese cake tapi tak nak letak blueberry filling macm selalu tu. Nak lain sikit seperti kat bawah tu. Tapi akak letak jugak sedikit bluberry sebab nampak kosong sangat.Yang sedihnya keknya terbalik semasa letak atas kereta baby.



order by Mahani


Happy Teacher's Day

Happy Teacher's Day untuk semua guru,bekas guru dan apa saja guru di Malaysia.Buat Sha sorry coz wording tak cantik.Susah sikit nak tulis atas parutan coklat tu. Asyik nak bergerak je.






Masih lagi...order

Order dari jiran ku,blueberry cheese tart. Walaupun dah menyalin resepi nak buat sendiri tapi masih order.Biasanya macam tu dengan gelagat jiran dan kawan2. Masing2 beli buku resepi bukan untuk buat sendiri tapi nak rujuk m/s untuk ditempah.



Barbie Doll Cake

Cubaan pertama membuat barbie doll cake.Tak berapa kemas.Tu pun tak guna acuan khas.Pakai potong sendiri kek yang biasa. Banyak pic yang diambil tapi letak dua je la.Sebagai permulaan. TQVM atas kepercayaan mu Yati.



Ben 10

Blueberry cheese cake for Hafiz.





Friday, May 14, 2010

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day for all mom, ibu,emak,mama,ummi & mummy.Thank you for everything.


order by Pn.Lee

Wednesday, May 12, 2010

Lagi....Kek Kopi( mocha+cappucino)

Kek berperisa kopi yang mula mendapat sambutan. Disaluti dengan fresh cream berperisa mocha +cappucino dan ditaburi badam cincang. Very nice.

order by Pn.Lee
Beli kek sendiri untuk birthday!

Monday, May 10, 2010

Kelas Blueberry Cheese Tart & Cream Puff

Sesiapa yang beminat untuk belajar membuat blueberry cheese tart dan cream puff bolehlah hubungi ketuharpanasyatie.Bayaran RM 50.00.Kelas pada hujung minggu sahaja.



Apa-apa Aja....

Kaya dengan salutan chocolate ganache......

order by Kak Aan
order by Salina

order by Kak Mala


order by Norlilawati
order by .....( nanti nak cari siapa tuannya)

order by Kak Uli


Sunday, May 2, 2010

Kesukaanku...... lazat,enak &menyelerakan

First time buat setelah bertahun-tahun acuannya ku beli. Tak de masa dan kesempatan. Tapi sebab dah biasa buat biskut hasilnya tidak mengecewakan. Semua kawan memuji keenakannya dan terus meng'order'. Order drp kawan2 tak sempat nak ambik gambar jadi tak boleh nak publish kat sini.Apa2 pun terima kasih banyak2 atas sokongan kawan2 selama ini.





No Idea

Susah sikit nak hias kek untuk lelaki. Kalau kek lelaki memang simple habis.




order by Norlilawati