Sunday, September 19, 2010

Tempahan Sebelum Hari Raya

Semua gambar di bawah adalah tempahan sebelum hari raya. Memandangkan terlalu sibuk dengan biskut raya 2010 tak sempat nak up date blog. Sepanjang bulan puasa lepas Ketuhar Panas Yatie terpaksa menolak banyak tempahan kek. Begitu juga dengan tempahan kek hari raya. Maaf sekali lagi. Mungkin bermula Oktober nanti baru boleh ambik banyak tempahan.

Sebahagian..... Menunggu Untuk Diedarkan





Biskut Raya 2010


Antara Pelanggan Baru

Terima kasih Tini dan kawannya.Kek sebelum hari raya.







Dah Setahun Umur......Tahniah

Tahniah Kak Mala
APC 2009



Tuan kecik dah setahun
thank Mami Yati


Tahniah & Happy Birthday











Antara Yang Terlaris








Semoga Berkekalan Hingga ke Akhir Hayat






Happy Birthday Timothy and Moses





Selamat Hari Jadi Nenek





Wednesday, September 8, 2010

Akhirnya......

Alhamdulillah. Siap juga semua tempahan pelanggan biskut raya 2010 kali ni. Sehinggakan hari-hari terakhir ni batuk dan selesema mula menyerang.Tapi yang terjadi setiap tahun, biskut raya tuannya tak berapa nak cukup.kena buat lepas raya nampaknya. Yang banyak biskut atau kerepek yang dibeli daripada orang lain. Biasalah tu....agaknya sama je ragam penjual biskut raya dengan tukang jahit.

Di kesempatan ini Ketuhar Panas Yatie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelanggan dan rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan selama ini. Ketuhar Panas Yatie juga memohon ampun dan maaf andai tersilap kata , tersalah buat tempahan , kek dan biskut yang tak dapat memenuhi selera semua atau apa-apa sekali pun.

Ketuhar Panas Yatie telah membuka semula tempahan untuk kek selepas cuti hari raya nanti. Bagi yang telah menempah awal tu terima kasih kerana memberi ruang kepada pihak saya untuk buat perancangan. Yang penting sekarang ni kepada semua pelanggan , cari dan dapatkan produk yang benar-benar halal dan terjamin dari segi pembuatannya. Banyak produk keluaran Muslim yang boleh anda dapatkan perkhidmatannya.

" Kehalalan terjamin , kualiti setanding dan harga berpatutan "