Tuesday, November 23, 2010

Kuih Cara Berlauk



Bahan-bahan ( inti -daging / ayam )
200 g ayam/daging kisar
4 ulas bawang merah -tumbuk
3 ulas bawang putih -tumbuk
1/2cm halia -tumbuk
1 biji bawang besar ( potong dadu )
2 sudu makan serbuk kari daging
sedikit minyak untuk menumis
garam
gula
Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar , tumis hingga kekuningan dan naik bau.
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, dan
serbuk kari . Masukkan sedikit air. Tumis hinggga masak.
2. Masukkan daging kisar. Kacau sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga
masak.
Bahan tepung
250 ml santan ( tak perlu pekat )
100 g tepung gandum
1 biji telur
1/2 tsp garam
Sedikit pewarna kuning
Hiasan: cili merah yg dihiris nipis dan daun bawang dipotong halus.
Cara:
1. Kisar kesemua bahan.
2. Panaskan acuan kuih cara dan lenserkan acuan dengan minyak agar tidak melekat.
3. Isikan acuan 3/4 penuh dengan tepung. Letakkan 1 tsp inti di tengah . Letakkan hirisan daun
bawang dan cili merah.
4.Tutup acuan, biarkan masak dan keluarkan.
5. Sedia untuk dihidangkan dan ngapppp.
Selamat Mencuba

Friday, November 5, 2010

Produk Baru

Antara produk terbaru dari Ketuhar Panas Yatie. Sangat sesuai untuk dibuat hantaran dan meraikan hari2 bersejarah bagi mereka yang telah dewasa. Nak ubah selera , asyik kek je mungkin telah jemu. Giant cheese tart ni bersaiz 9 inci.

Giant cheese tart bertema biru tu diorder oleh Romila. Ini merupakan kali ketiga dia order. Dua kali tu tak sempat nak ambik gambar.













Order by Lam

Princess Damia

Tq Rosliza kerana memberi kepercayaan pada Ketuhar Panas Yatie menghias barbie doll cake ni.Gembira dengar Damia suka sangat dapat kek birthday yang diidam-idamkan. Pening juga kepala nak fikir fesyen gaun barbie ni. Diharap gaun yang ini dapat memenuhi impian Sang Puteri.


warna pink seperti yg diminta ( wording buat warna biru agar nampak berseri )



Siap ada labuci lagi




Kek seberat lebih 1.5 kg (chocolate moist cake )

Anies - 22 tahun

Nor order untuk adiknya. Simple deco.





Carrot Walnut Cake - Selamat Pengantin Baru

Peminat Carrot Walnut Cake yang menetap di Taman Sepakat. Tak lain tak bukan Mahani...
Kek untuk majlis doa selamat ( bawah ) dan dibawa balik ke Jengka sempena majlis perkahwinan .







Long Wording

Order dari Kak Long . Tulisan atas kekacang tu tak kemas sebab susah sikit.nak pulak wording yg panjang.