Sunday, February 13, 2011

Laksa Kuah Putih ( Kelantan )

Kalau buat laksa ni yang sebenar , sendiri je yang makan. Orang lain dalam rumah ni ' kureng ' sikit . Disebabkan darah Kelate tu ada dalam diri , maka kita masaklah apa yang kita suka. Kalau nak beli kat luar tu , lebih baik buat sendiri. Melainkanlah kalau makan dekat negeri Kelantan. Atas pasar Siti Khadijah.wow...puas hati.

Stok laksa kering sentiasa ada . Di bawa khas dari kampung , Temerloh . Kat sini tak de jual yang halus macam ni.



Bahan-bahan kuah:
8 ekor ikan sardin / selayang /kembung
1 liter santan
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 tsp lada hitam
1-2 asam keping
garam
gula
1 bungkus laksa
Cara :
1. Ikan direbus / kukus. Ambik isi ikan sahaja.
2. Isi ikan , bawang putih , bawang merah ,halia dan lada hitam dimesin ( Saya tumbuk dgn lesung lada hitam takut tak hancur dgn mesin )/
2 . Masukkan ke dalam periuk . masukkan santan. Semasa memasak kuah hendaklah sentiasa dikacau kerana takut pecah santan dan berminyak. Bila dekat nak mendidih masukkan garam , gula dan asam keping . Saya lebih suka jika kuahnya biar terasa manisnya.( Tak boleh mcm nak buat kari )
3. Bila dah mendidih kira2 2 minit, tutup api dan teruskan mengacau kuahnya supaya tidak berketul.Kalau kuah dia berketul , rasanya kurang sikit dan tak boleh terlalu lama mendidih. nanti pecah minyak.
Laksa:
rendam lebih kurang 4 jam ( kalau yang saiz besar ) , kemudian rebus hingga masak. Kalau yang saiz mcm saya guna rendam 1/2 jam sudah boleh rebus. Masa merebus pun tak lama. Tu yang senang tu.
Ulam:
Kacang panjang , taugeh , timun , daun kesom atau kobis
Sambal

Jom cuba yang ni...

Ni cerita minggu lepas punya. Disebabkan makanan yang dijual di pasar malam sekarang ni tidak memenuhi selera kerana peniaga-peniaga yang makanannya boleh tahan sedap tu sudah tiada. Mungkin mereka mencari kawasan yang mempunyai permintaan yang ramai.Sekarang ni kalau pergi pun beli barangan kering dan lauk-lauk mentah je.

Ikan Aji-aji ni pernah makan masa pergi bercuti kat Kuantan dulu. Makan dekat Tg.Lumpur. Minggu lepas masa pergi pasar malam jumpalah pulak ikan ni. Jadi ....... apa lagi. Masakan kesukaan anak2lah.....Isinya lembut dan banyak.




Bahan-bahan:
1 ekor ikan yang sederhana besar.( kelar besar2 )
2 sudu besar cili boh
6 ulas bawang merah -tumbuk
3 ulas bawang putih -tumbuk
1 cm halia -tumbuk
cili padi ( pilihan )
2 sudu besar sos cili
minyak untuk menggoreng ikan dan menumis
garam
gula
serai dan daun limau purut
Cara:
1. Panaskan minyak(agak banyak ) .masukkan sedikit garam supaya ikan tidak melekat pada kuali.Apabila minyak sudah panas , masukkan ikan. Goreng sehingga garing dan angkat.
2. Keluarkan sebahagian besar minyak gorengan ikan tadi. Tinggalkan hanya cukup2 untuk menumis bahan.Mula2 masukkan cili boh , kemudian semua bahan yg ditumbuk tadi . Tumis sehingga masak , masukkan sos cili dan masukkan sedikit air . Masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan serai , daun limau purut dan cili api.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul sebati. Ataupun boleh tuang sahaja sos tadi ke atas ikan.
5. Siap.
* Malam tadi pergi pasar malam beli ikan kerapu. Masak macam kat atas juga.

Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year

GONG XI FAI CHAI

Sempena Tahun Baru Cina 2011 ini , KetuharPanasYatie ingin mengambil kesempatan mengucapkan Gong Xi Fa Chai buat pelanggan setia dan rakan berketurunan Tionghua yang akan menyambutnya pada hari ini ( 3 Februari). Semoga tahun arnab ini akan memberikan seribu rahmat buat rakan-rakan sekalian. Terutama sekali Pn. Wong , Pn. Lau Bee Bee , Pn. Koh , Pn. Sim , Pn. Lam , Pn. Lee Sock Lee , Cik Lau dan Shoong. Gambar Tart kat atas tu lah yang diorder oleh mereka .

Untukmu Mak@Nenek Tersayang

Thanks Tini kerana telah menjadi pelanggan tetap KetuharPanasYatie. Rasanya dah berkotak-kotak cheese tart yang telah Tini order. Ni nak bawak balik Nogori , rumah mak mertuanya.






3 set blueberry cheese tart

Mulanya Satu.......Jadi 2

Order dari Kak Khamsiah untuk dibawa balik ke kampung. Kak Kham order Carrot Walnut Cake , Cappucino Cake dan Blueberry Cheese Tart. Kedua2 kek tu dia minta bahagi 2 terus sebab ada dua rumah. Gambar Cappucino Cake tak sempat nak diambik gambar.



Lagi ....Cheese Tart

Sejak akhir2 ni banyak pulak order untuk cheese tart ni. Ni order dari Noraini nak 50 pcs.Sebahagian nak diberi pada orang dan sebahagian lagi untuk makan sendiri. Disebabkan dia kata nak beri pada orang jadi letaklah dalam kotak yang cantik sikit.



Wednesday, February 2, 2011

Farhana oh Farhana

Happy birthday Farhana. Emaknya beritahu dia siap mintak kek coklat letak strawberry 6 biji ( mungkin dia lupa umur dia dah 8 tahun ) dan tulisan mesti warna pink.