Tuesday, March 29, 2011

Sotong Masak Pedas

Layan gambar dulu ya , nanti KPY postkan resipinya. Hari dah 10.45 mlm , nak siapkan tempahan cheese tart orang dan banyak tempahan yang sedang menunggu . Sedih sebab mixer yang banyak berjasa tiba2 kaku.Bila nak dibaiki tak tahu lagi .Busy memanjang...Sekarang ni terpaksa guna hand mixer .Sedih + letih + malas ....


Bahan-bahan :



  1. 4 ekor sotong yg agak besar dipotong


  2. 1 labu bawang besar ( potong dadu )

  3. 3 ulas bawang putih ( ketuk )

  4. 5 biji cili api 1 biji lada merah

  5. 1 sudu besar sos cili

  6. 1/2 sudu besar sos tomato

  7. 1/2 sudu besar sos tiram

  8. minyak utk menumis

  9. 5 helai daun limau purut dan 2 batang serai

  10. gula dan garam secukup rasa


Cara-cara :


1. Panaskan minyak . Masukkan bawang putih - biar kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan bawang besar. Tumis hingga layu.


2. Masukkan semua bahan sos dan cili. Biar agak lama sikit agar bahan tumis tadi betul-betul masak.


3. Masukkan sotong dan kacau. Kemudian masukkan gula , garam , serai dan daun limau purut. Apabila sotong telah masak , bolehlah diangkat dan dihidangkan.


4. Nyummm,nyummmm . umpama makan di gerai tom yam.


Percubaan Kedua

Egg Tart ..... Ini kali kedua buat , baru nampak menjadi sikit tetapi rasanya kurang puas hati. Kena lakukan penderhakaan yang agak keterlaluan kepada resipi asal baru rasanya lebih umphhh sikit. Kali pertama buat ikut 100 % resipi ... akhirnya hancus...

Sunday, March 20, 2011

Marble Cake With Buttercream

N3 sebelum ni cakap semangat nak menggunakan buttercream merudum tapi lain pulak yang keluar . N3 kali ni atas permintaan tuan punya kek yang berkehendakkan buttercream. Nak tak nak kena jugalah penuhi impian dan harapan pelanggan. Tapi simple habis.

Order yang sama dengan chocolate moist kat bawah tu. Di samping tu tak ketinggalan 10 balang biskut Chocolate Rice .








Where Buttercream ????

Akhir-akhir ni semangat nak menggunakan buttercream dalam mendeco merudum.Kalau dulu , kek coklat sekurang-kurangnya adalah bunga2 ke atau warna-warni dari buttercream tapi sekarang ni kalau kek coklat , gunakan ganache je buat hiasan. Tulisan je yang guna buttercream. Semoga semangat yang tak sihat ni tidak berterusan.......






Order dari Razali , Bandar Tun Hussin Onn.


Friday, March 18, 2011

Sekali Jalan.....

Tempahan dari kawan2 yang tersenarai kat papan putih tu. Mungkin ada yang tak tertulis. Kita kumpulkan dan publish serentak je. Malas nak buat satu-satu. Ada juga yang tak diambil gambar . Mcm cheese tart tu . Terima kasih kepada Zakiah yang banyak menempah cheese tart. Dalam seminggu 2-3 kali order. Dah jadi mcm dealer pulak.Thanks Zakiah , Noraini & Noraini , dan rakan sekerja suami di Maybank IB. Maaflah kalau dah boring tengok deco yang sama tapi yang penting tulisannya tetap berlainan.


Order dari Noraini Md Nor ( 1 kg )

Order dari Maybank IB ( 1 kg )


order dari Noraini Mohamad - ( 2 kg )


order dari Maybank IB ( 1 kg + 0.5 kg )


Thursday, March 17, 2011

Projek Masa Cuti - Serunding Daging a.k.a. Sambal Daging

Memandangkan cuti sekolah masih berbaki dan tentera2 tak ada kat rumah. Semuanya dah diposkan ke rumah nenek mereka , maka aktiviti yang dah lama dirancang telah terlaksana.




Daging yang telah lama duk terperap dalam peti ais dan menyempitkan ruang. Maka semalam projek pun bermula dengan merebus daging dan menyiat-nyiat supaya halus. Ambik masa juga menyiat daging. Kalau saja2 tu memang lebih baik beli je. Oklah kita layan resipi dulu.

Bahan-bahan: ( tidak ada sukatan yg tepat , ikut kesesuaian je )

Daging yang telah disiat2 ( 1 - 1/2 kg)
Bawang merah - 15 -20 ulas
Bawang putih - 10 ulas
Cili kering - 30 tangkai ( kalau suka pedas tambah lagi )
Halia - 1 ketul ( 100g )
Serbuk ketumbar - 2 sudu makan
Santan - 1 kg
garam
gula



Cara:

1. Mesin bawang putih , cili dan halia. Masukkan ke dalam kuali.
2. Masukkan santan ,bawang merah yang dimayang halus dan serbuk ketumbar. ( yg jual kat pasaran guna ketumbar biji )
3. Masukkan daging. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5.Kacau sampai kering. ( Ambik masa berjam-jam jugalah. Semasa daging telah hampir kering , gunakan api yang perlahan takut berkerak dan hangit )

Selamat Mencuba

Catatan Untuk Peringatan


Bukan setakat dekat tempat kerja yang ada white board, kat rumah pun ada. Senang nak tengok bila ada order. Maklumlah umur dah semakin meningkat ni, kadang tu lupa. Yang penting white board ni masa buat biskut raya. Nak pastikan order siap on time.

1/2 + 1/2 = 1

Order dari Maybank IB ( Asmah ). Cup cake marble + coklat. Nak campur-campur. Tu la yang jadi tajuk kat atas tu. Sebenarnya ada repeat order dari Maybank IB ni tapi tak sempat nak ambik gambar. Guna gambar yang sama je lah.






Sunday, March 6, 2011

Jom Bakar Kek ......Marble

Rasa kek yang telah lama diimpikan. Mengimbau zaman kanak2 dulu , kalau dapat makan kek pun pada masa hari raya. Maklumlah emak atau adik-beradik bukannya pandai nak buat kek dan mempunyai oven jauh sekali. Kalau ada buat pun kuih bahulu , kuih siput, kuih gunting , kuih goyang dll. Semuanya tradisional. Tapi sekarang kalau dapat kuih gunting atau siput tu yang terkam dulu berbanding kuih moden. Berbalik pada gambar kat bawah tu.. kek marble ( resepi yg telah diubah suai oleh ketuharpanasyatie ) tapi memenuhi selera ku.



Kek Marble
Bahan :
170 g butter
85 g marjerin
230 g gula kastor
22o g tepung gandum ( boleh juga ganti dgn self raising flour +3 g baking powder )
5 g baking powder
1 tsp essn vanilla
3 biji telur
1 - 1.5 tbs coklat emulco
Cara-cara:
1. Pukul butter + marjerin dan gula kastor hingga kembang
2. Masukkan essen vanilla dan telur satu persatu
3. Apabila sudah sebati dan gebu , masukkan tepung yang telah digaul bersama baking powder. Putar hingga sebati.
4. Keluarkan sedikit adunan dan campurkan dengan coklat emulco.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah dilenserkan , masukkan kedua2
adunan berselang seli . Gunakan lidi untuk membentuk corak marble.
6. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama lebih kurang 35 - 40 minit.

Saturday, March 5, 2011

Princess lagi..

Kali ni kek cappucino dihiasi dengan almond nib dan edible image. Kebetulan ada stok princess dan tuan punya kek dah lama berkenan dengan edible image ni , maka jadilah macam kat bawah tu.



Thursday, March 3, 2011

Lagi....giant cheese tart

Seperti biasa , orang yang mengorder giant cheese tart ni orang yang sama jugak. Kali ni, untuk birthday kakak tersayang. Nak bunga sama dengan yang hari tu. Tapi tulisan tu sedikit senget. Nak ubah dah tak boleh ...





Tergodakah Princess Dengan Ketangkasan Spiderman???

Cewahhh , tajuknya bukan main lagi.... gempak semacam. Tu bukannya apa, sebab tiada idealah . Tu yang merepek dan merapu tak tentu hala. Sorrylah kepada yang mengorder kek kat bawah tu.



Tempahan dari Haslinda untuk anaknya Daniel. Kalau tengok N3 dulu-dulu dah ada tapi masa tu kalau tak silap gambar Ben 10. Apapun aunty ucapkan Happy Birthday buat Daniel.


Tempahan dari Yus. Tak sempat nak sambut birthday anaknya. Apapun tahniah atas kelahiran orang baru.


Kek Keju @ Cheese Cake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sudah hampir sebulan tak hias rumah . Nasib baik tak dipenuhi dengan sawang. Diringkaskan cerita , kita tengok siapa yang kena .....sekali jalan je..


Tempahan daripada Kak Liza untuk anaknya yang nak bawa ke sekolah sempena sambutan Maulidur Rasul.

Tempahan dari adik ni.. lelaki (tak tahu nama , tapi kawan Sakinah yg order kek kat bawah tu. ) Hari yg sama order dgn Sakinah tapi tak nak bertembung masa mengambilnya .


Tempahan dari Sakinah , BBB Seks.4



Tempahan dari Mazrah.Tak de stok strawberry jadi terpaksalah guna anggur je....