Sunday, January 30, 2011

Lebih Pejal , Kurang Lemak & Lebih Enak

Kali ni tak de gambar kek atau kuih. Hanya ada gambar ayam pencen yang yang telah menjadi korban. Rasa semua orang tahu pasal ayam pencen / ayam tua ni kan. Kalau nak masak tu kena ambik masa yang agak lama . Tapi rasanya berbeza sikit dengan ayam daging yang terdapat di pasaran. Dah lama Ketuharpanasyatie tak beli ayam pencen ni. Ni minggu lepas punya pic. Disebabkan sibuk dengan biskut CNY aktiviti berblog dihadkan.

Ayam masak lemak cili api yang kat bawah tu style KetuharPanasYatie ya. Mungkin bahan2nya berbeza tak seperti yang tuan2/puan2 buat. Sebabnya saya pakai letak saja bahan dan tak pernah belajar cara memasak masak lemak cili api yang sebenarnya. Tapi anak2 hari tu suka. Licin seekor ayam ...



Bahan-bahannya:

1 ekor ayam tua/pencen ( dipotong kecil)
1/2 kg santan ( masa memasak nanti campurkan dengan air mengikut kepekatan yg diperlukan)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji cili merah
15 bili cili api ( nak pedas boleh tambah )
1 cm kunyit hidup
2 keping asam gelugur
1 sudu kerisik
garam
gula
3 batang serai diketuk
6 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara:

1. Bawang merah , bawang putih , cili merah ,cili api , kunyit, halia dikisar sehingga hancur.

2. Masukkan ayam ke dalam periuk dan tuangkan bahan yang telah dikisar. Tambahkan 1/2 liter air ke dalam ayam tadi . Masakkan ayam sehingga empuk. Kalau masih keras tambahkan air lagi , sehingga ayam tadi empuk.( lebih kurang 1 1/2 jam -2 jam)

3. Apabila ayam sudah empuk , masukkan santan (yg telah ditambah air ), kerisik , serai , daun limau purut dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih.

4. Akhir sekali masukkan asam keping , garam dan gula secukup rasa .


Selamat Mencuba.

Friday, January 21, 2011

Sedikit Sibuk

Dah beberapa hari tak masukkan apa2 N3 . Agak sibuk sedikit dengan rutin seharian sebagai suri rumah tangga , sebagai pekerja yang makan gaji dan juga pekerja sambilan membuat biskut sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi. Itu pun tak promosi lebih-lebih kerana awal2 tahun ni agak sibuk dengan urusan kerja. Jadi sepanjang minggu ini dan minggu depan KetuharPanasYatie terpaksa menyiapkan tempahan pelanggan dulu.Kalau ada masa nanti bolehlah menyelit untuk masukkan N3 yang tertangguh.

Monday, January 17, 2011

Happy Birthday Kamilia - Part 3

Bila buat kek yang pelik-pelik sikit ni yang memerlukan banyak kesabaran dan ketelitian. Masa untuk buat deco pun perlu panjang. Kalau boleh deco tak nak samalah dengan yang pernah dibuat sebelum ini. Setakat ni , bila nak buat hiasan, masa tulah baru ada idea. Yang penting tuan punya badan suka . Anak bongsuku dah menjeling2 dah kek yang mama dia buat ni. Tunggu bulan Mac ya sayang !







Happy Birthday Kamilia - Part 2

Maaf sebab gambar nampak blur je. Entah mengapa kamera pagi tu buat hal. Nak ikut tuannya yang demam agaknya. Kek ni dibuat pada hari Sabtu ( 15.1.2011 ) yang lalu. Pada masa tu badan tak sihat disebabkan demam dan sedikit batuk. Tapi dah janji dengan tuan kek dan masa yang singkat untuk batalkan , teruskanlah jugak. Apapun diharap berpuas hati.





Happy Birthday Kamilia - Part 1

Diharap Kamilia suka dengan deco yang aunty buatkan ni. Mama hari tu dah puji. Ceria katanya.Happy Birthday Kamilia.




Thursday, January 13, 2011

Tahniah Abang Mumtaz dan Happy Birthday Muizzah

Tahniah kepada ibu dan anak. Tahniah Mumtaz sebab berjaya dengan cemerlang dalam UPSR dan PSRA baru2 ini. Tahniah juga sebab berjaya ke MRSM. Semoga kejayaan terus bersama mu......



Lagi......

Yang ni pulak order dari group Maybank IB , Bangsar.Terima kasih banyak-banyak , walaupun tak kenal tuan yang mengorder tu.




Dari Kumpulan Pemeriksa

Order dari cikgu-cikgi yang berpusat di Bandar Tun Razak. Terima kasih Tini kerana memperkenalkan produk KetuharPanasYatie. Seperti cinta pandang pertama, terus terpikat.
Satu kumpulan terus order.Dan semalam dapat satu call dari salah seorang cikgu yang repeat order utk CNY.Alhamdulillah....






Wednesday, January 12, 2011

Sarapan Pagi di Tahun Baru - Nasi Dagang

Menu yang sudah 2 minggu berlalu. Baru nak masukkan. Seperti biasa tak boleh nak jadi seperti orang lain yang boleh mengupdate begitu cepat sekali semua perkara yang berlaku. Disebabkan kekangan kerja.... orang lain boleh je. Jawapan yang tuan punya badan sendiri sedia maklum.... m.a.l.a.s

N3 ni letak di bawah resipi , tapi tak tulis lagilah resipinya ( tunggu free sikit...sebab nak kena agak2. tu resipi sendiri- turun temurun , tak pakai sukatan ). Tengok gambar dulu.... Kalau rasa berkenan lain kali boleh datang bertandang lagi.









Bertukar rupa

Biasanya kek kopi ni disaluti dengan almond nib , tapi disebabkan tuan punya kek tak makan kacang , maka jadilah seperti yang kat bawah tu.





Ben 10 - Pembuka Tirai

Order dari Nor azlina untuk anaknya. Saat akhir order nak gambar Ben 10 . Nasib baik ada stok.





Monday, January 10, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Bermula dari Januari 2009 Ketuhar Panas Yatie mula berblog , dan sehingga kini cukup dua tahun usianya. Kalau bayi dah boleh berlari-lari dan mula nak belajar bercakap. Jika dilihat gambar2 dahulu (hiasan kek )berbanding dengan sekarang , memang ada sedikit kemajuan. Dah tentulah kena ada peningkatan , kalau tak ada baik berhenti sahaja. Semua kerja perlukan peningkatan, tak kira banyak atau sedikit.


Apapun semoga tahun 2011 ini membawa seribu rahmat buat KetuharPanasYatie dan juga rakan2 yang menceburi bidang ini. InsyaAllah.