Jeng...jeng....jeng...
Talam Suji |
Tak payah nak berceloteh panjang. Kita layan resipi talam suji......
Sumber asal : Azimah Mansor
Sumber: ketuharpanasyatie
Bahan:
Lapisan Bawah
150 g tepung suji / semolina
20 g tepung gandum
2 biji telur ( saiz A)
pewarna- lemon yellow( letak sikit2 - tengok kesesuaian warna)
120 g gula pasir
700 ml santan cair
1/2 tsp garam
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di dalam periuk ( pewarna - masukkan sedikit. tengok kesuaian warna).Kacau bahan agar tidak berketul.
2. Masak di atas api , kacau sehingga separuh masak - agak pekat.
3. Tuang ke dalam loyang 10 x 10 inci yang dialas plastik(14x14)
4. Kukus selama 20 minit .
Lapisan Atas
700 ml santan pekat
1 tsp essen vanilla
1/2 tsp garam
150 g tepung gandum
50 g gula pasir
200 g gula melaka / gula merah
1 tsp coklat emulco
2 biji telur ( saiz A )
Cara:
1. Kisar kesemua bahan kecuali telur dan coklat emulco hingga hancur.Masukkan telur ke dalam bahan kisaran dan kisar sekali sahaja.
2. Tapiskan bahan kisaran ke dalam periuk.Masukkan coklat emulco.
3. Kacau bahan tadi di atas api sehingga naik wap dan tuangkan ke atas lapisan bawah.
4. Kukus selama 25 -30 minit atau hingga masak.
* Kadang-kadang tu , resipi sama tapi apabila dibuat oleh 2 orang yang berbeza , rasanya ada kelainan.Ada yang sedap dan ada yang kurang. Kuih tradisional ni yang penting dari segi lemak dan manis.Kalau tak cukup 2 perkara tu , kuih jadi kureeeng.
SELAMAT MENCUBA
talam ni mas tak try lagi..
ReplyDeletesedappnya tengokk kak..
Mas ,
ReplyDeleteAkak dah masukkan resipinya. Bolehlah try...