Kuih Akok |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekejap timbul , sekejap tenggelam. Itulah diriku kini. Jangan tenggelam tak timbul2 sudah. Jeng...jeng.,,,jeng. Kuih akok dari Ketuharpanasyatie.
Bahan:
1.
6 biji telur
2.
250 ml santan pekat
3.
100 ml air
4.
140 g gula melaka @ ( 1
keping nisan + gula pasir )
5.
30 g tepung gandum
6.
1/2 tsp garam
7.
1 tsp essen vanilla
8.
3 helai daun pandan
9.
1 biji bunga cengkih
Cara:
1.
Masak gula melaka dgn
air. Masukkan garam , bunga cengkih dan daun pandan. Bila gula dah cair ,
tutup api.
2.
Tapiskan air gula ke
dalam pati santan. Ketepikan.
3.
Pukul telur hingga
kembang dan masukkan tepung gandum.
4.
Masukkan pati santan +
air gula tadi . Teruskan pukul hingga sebati.
5.
Masukkan esen vanila.
6.
Tapiskan ke dalam jug
supaya senang nak tuang dalam acuan.
7.
Bakar selama 10 minit
-suhu 190 darjah selsius.
tak tepek gambau kek delivery ke kpj ke kak?
ReplyDeletetingin nk tgk rupanya :)