Saturday, May 14, 2011

Jom Cuba bersama KPY

Kuih yang senang dan cepat. Jom buat bersama Ketuhar Panas Yatie.


Bahan-bahan:


  • 250 ml santan ( tak perlu pekat )

  • 125 g tepung gandum

  • 1 biji telur

  • 1 tsp pandan paste ( boleh juga guna daun pandan yg diblend bersama kelapa )

  • sedikit pewarna hijau ( ikut kesesuaian warna )

  • 1/2 tsp garam

  • gula*

Cara-cara:



  • Blender kesemua bahan di atas ( kecuali gula ) sehingga tepungnya halus.

  • Panaskan acuan di atas dapur , lenserkan dengan minyak masak agar kuih cara nanti tidak melekat. * kali pertama membakar letak lebih sikit minyak.( api dapur perlu kecil )

  • Apabila acuan sudah panas , tuangkan tepung tadi ke dalam acuan.

  • Letakkan sedikit gula ke dalam acuan yg ada tepung tadi.

  • Tutup acuan sementara menanti bahagian bawahnya agak garing dan bahagian atasnya masak. ( KPY guna penutup periuk )

  • Apabila dah masak , cungkil dgn lidi di bahagian tepi acuan.

  • Sedia untuk dihidangkan.

* masa untuk membakar 2-3 minit je.


SELAMAT MENCUBA


2 comments:

  1. assalamualaikum..
    wahh banyak menu kuih muih kek yang best2 kat sini... mekasih share.. boleh saya ceduk2 sikit ilmu.hehe..mekasih fiollow.. dan saya follow kembali

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Izah. Dipersilakan ambik resipi yg berkenan.

    ReplyDelete