Assalamualaikum dan selamat pagi semua....
Alhamdulillah . Masih boleh meneruskan aktiviti harian sebagai guru dan juga suri rumah separuh masa. Tapi urusan membaking dan memasak untuk tempahan memang KPY dah stop buat sementara ni sehingga kesihatan pulih kembali. Lepas ni pun kena tapis-tapis untuk terima order.
Pesanan buat kawan2 yang memang mengambil tempahan yang banyak tu kena hati-hati sikit. Sememangnya kita akan duduk atau berdiri untuk satu-satu tempoh masa yang lama. Nak-nak di musim raya yang bakal menyusul tak lama lagi. Ini yang berlaku pada diri sendiri sebulan yang lalu bila tiba-tiba sewaktu bangun tidur terasa pergerakan yang kuat sekitar punggung dan belakang. Sakit tak terkata. Selepas operation nanti baru Yatie tuliskan ya.
KPY untuk tahun ni memang tak terima tempahan kecuali untuk kegunaan sendiri tu buatlah agaknya. Tengok jugak pada kesihatan , kalau terlalu sakit dan tak boleh nak fokus , macam mana nak buat kerja.
Sakit yang Allah berikan tu ada hikmah disebaliknya. Yatie pun rasa tenang , tak sibuk macam dulu , tak stress nak siapkan order. Kadang-kadang tu terima order sebab kesian . Orang dah merayu-rayu , nak tolak tak sampai hati.
Pesanan akhir untuk kawan-kawan jagalah kesihatan. Jika sakit semua benda tak boleh nak diselesaikan....Hargailah waktu sihatmu sebelum tiba waktu sakit.
Berbalik pada gambar kat bawah tu , sempat jugaklah KPY buat kek pisang yang simple tapi sedap untuk dibawa ke sekolah sempena birthday Isnin lepas.
Bahan:
4 biji pisang ( yati guna pisang rastali- dilenyek) - guna pisang yang manis2 gitew.
3 biji telur ( saiz A )
1 3/4 cawan tepung naik sendiri *
1/4 cawan tepung jagung *
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak
1 tsp soda bikarbonat *
1/2 tsp baking powder *
secubit garam *
Cara:
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan pisang yang telah dilenyek. Putar.
3. Masukkan semua bahan bertanda * yang telah digaul ke dalam pemutar.
4. Masukkan minyak masak. Sama ada nak terus putar atau kaup balikkan dengan spatula.
5. Bakar lebih kurang 45 minit - suhu 180 darjah .
Salam yatie..semoga diberikn kesihatan yg baek ya & semoga cpt sembuh.
ReplyDeleteBau kek pisan tu dah sampai sini larrrrr...wangi!
Sedapnya kek pisang...fav saya ni.
ReplyDeletebetul tu k.yatie..ucu pun skrg ni dah mula sakit2 balik sbb sblm ni mmg dah ada penyakit hyperthyroid (hormon/darah) seluruh badan selalu sakit2 mcm dicucuk2...tak boleh bdiri lama2...
ReplyDeleteapa2 pun selamat berehat yer k. yatie...
cantik kek pisang tu...
@ Atie - Terima kasih. Memang kalau umur dah semakin meningkat ni kita kena jaga kesihatan.Kalau dah sakit , semua benda buat tak jadi tak kena.
ReplyDelete@ Norzie - Memang sedap .Anak-anak dan kawan kat sekolah semua kata sedap . Tak sama mcm yg ada kat pasaran tu..Buatnya pun senang.
@ Ucu - Yatie pun ada hyperthyroid juga. Awal puasa nak buat rawatan radio iodin. Tu yang terpaksa tangguhkan operation tulang belakang.