Wednesday, October 26, 2011

Nasi Lemak

Pagi tadi KPY dan anak-anak bersarapan dengan nasi lemak. Maaaak ooooi , mengantuk teramat lepas makan tu. Nasib baik dah start cuti sempena Deepavali , apa lagi terus la zzzzzzzzzzsssss. Jumaat lepas kat sekolah pun dah makan-makan dengan menu nasi lemak. Semua bertanya resipi nak masak nasi lemak.KPY tak letak banyak sangat santan, kalau letak banyak nanti rasa muak. Jom layan resipi yang tak seberapa ni.....

Nasi Lemak
Bahan:
5 cawan beras basmathi ( cawan rice cooker)
6  1/2 cawan santan cair
1  1/2  tsp garam
2 tsp minyak masak
1 tsp gula
2 helai daun pandan - disimpul

Cara:
1. Basuh beras .
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak seperti masak nasi putih biasa.
* Nasi tak berketul-ketul dan tak  muak.Warnanya putih dan tak sebam ( kalau banyak sangat santan )

Sambal Tumis
Bahan:
20 tangkai cili kering - blend
10 ulas bawang merah - blend
4 ulas bawang putih - blend
1 cm halia - blend
1 biji bawang besar( hiris nipis )
1 cawan ikan bilis
1 tsp asam jawa
1/2 ketul gula melaka( sederhana besar )
gula
garam
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak . Masukkan ikan bilis dan goreng separuh masak.Keluarkan.
2. Masukkan bahan yang telah diblend tadi ke dalam kuali. Tumis hingga masak .
3. Masukkan hirisan bawang besar ,ikan bilis ,  asam jawa , gula melaka dan garam. Kalau tak cukup rasa gula tu , tambahkan dengan gula pasir biasa mengikut kesukaan diri sendiri.
4. Kecilkan api dan biarkan sambal tadi masak sepenuhnya. Agak2 berminyak.

Hidangan tambahan:
- telur mata kerbau
-ikan bilis goreng
- kacang tanah
- ulam timun.

3 comments:

  1. yatie..sedapnya nasi lemak ni..mieza setuju dgn yatie..kalau masak nasi lemak jgn letak banyak sangat santan nanti lemak sgt..mieza selalu tambah halba dan halia dalam nasi lemak bertujuan untuk buang angin dan mengharumkan lagi bau nasi lemak..sedap nya..kalau anak mieza lak suka nasi lemak dengan sambal sardin :)

    ReplyDelete
  2. guna beras basmathi memang tiada tandingannya...
    samalah ucu semalam terus tidor hujan..sejuk beb...

    ReplyDelete
  3. @ Mieza - Macam2 variasi memasak nasi lemak ni kan. Dah tu sekarang macam2 kaler pulak.

    @ Ucu - guna beras basmathi macam buat nasi lemak kukus. Lerai-lerai tak melekat. Yatie , kalau masak nasi putih pun tak suka yang lembik dan melekat-lekat tu.

    ReplyDelete