Thursday, July 26, 2012

Sedang Mengkuarantinkan Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Dikesempatan ini Yatie nak ucapkan selamat berpuasa kepada kawan-kawan dan selamat melakukan ibadah-ibadah lain di bulan yang mulia ini. Seronok tengok kawan-kawan mempamerkan hidangan yang menyelerakan sepanjang bulan puasa ni ya.Yatie kena duduk diam-diam, apatah lagi nak memasak juadah.

Berbalik kepada tajuk kat atas tu , Yatie telah selamat meminum I - 131 untuk rawatan sakit thyroid di HUKM pada hari Selasa lepas. Jadinya kena kuarantinkan diri dari berjumpa dengan orang ramai kerana kandungan I-131 tu  merbahaya kepada orang lain terutamanya kanak-kanak dan wanita mengandung.Sekarang ni memang duduk sorang-soranglah . Dapat MC 8 hari .tau tak nak buat apa. Tak sabar nak tunggu Selasa depan. Lagi satu sekarang ni kena berpantang selama sebulan.....Huarghhhh , tu yang tak tahannya. Baru mengidam nak buat bubur lambuk stye kat kampung....nampaknya melepaslah...

Buat kawan-kawan  , selamat berpuasa sekali lagi , selamat memasak untuk juadah berbuka dan selamat membuat biskut raya.....Ketuharpanasyatie tahun ni memang merileks kan diri.

3 comments:

  1. salam yatie.Slmt menjalani ibadah puasa & slmt menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kpd yatie sekluarga.

    Atie doakn semoga yatie kembali sihat & sembuh sepenuhnya.Aminnnnn

    ReplyDelete
  2. salam k. yatie...

    jaga kesihatan betul2 yer akak..kena kuarantin pun utk kesihatan akak jugakkan...

    selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  3. moga cepat sembuh ye kak yatie..teruk juga sakit akak ni ye...1 time saya dengar kes cam akak ni....

    ReplyDelete