Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan,
Jangan terkejut pulak dengan tajuk kat atas tu ya. Tak ada perintah berkurung yang sebenarnya berlaku kat sini. Alhamdulillah , dah berakhir saat-saat membosankan dalam hidup Yatie selama seminggu ni.Seminggu tak keluar rumah , rasa tension jugak.Memasak pun tak boleh...bukan tak boleh memasak tetapi kita masak untuk diri sendiri je. Tak boleh nak sediakan untuk orang lain. Peralatan pun tak boleh berkongsi. Terasa duduk dalam penjara pulak sebabnya makan sorang-sorang dalam bilik dan yang kelakarnya , anak atau suami akan letak makanan tu depan pintu bilik. nanti bila dia orang dah beredar , barulah kita keluar ambik makanan tu...
Nasib baik jugaklah sekarang ni bulan puasa. Senang sikit nak dapatkan juadah berbuka dan bersahur. Dan nasib baik juga kat taman ni ada pasar ramadhan. Bolehlah suruh anak pergi beli. Harapan Yatie biarkan keputusan mengambil ubat ini nanti positif , tapi kena tunggu bulan Oktober baru berjumpa doktor.
Ha...berbalik pada gambar kat bawah tu, Yatie akan mula buat next week kut. Tapi tengok dulu pada tahap kerajinan untuk membuatnya.Tahun ni buat untuk sendiri dan untuk bawak balik ke kampung je. Tahun ni tak ambik order biskut raya kecuali untuk teman2 terdekat yang kecil kuantitinya. Tahun ni juga merupakan tahun yang aman untuk meraikan bulan yang mulia kerana tak terkocoh-kocoh untuk menyiapkan tempahan raya. Kalau tak , nak balik berbuka puasa kat kampung pun tak boleh sebabnya masa cutilah kita pulun buat biskut. Rumah pun tak bersepah....kalau tak maklum sajalah , penuh dengan barang-barang. Bila difikirkan balik , itulah perjalanan hidup yang tuhan dah tentukan.
Tart Nenas...konon-kononnya nak mulakan minggu depan selepas balik dari kg.
Kita tengoklah menjadi ke tidak.
Laksa kuah lemak putih ..... harapan-tinggal harapan je lah sebab buat masa ni Yatie masih pantang makanan laut. |
Yang ni pun saja letak koleksi gambar lama ..... Jemput-jemput ikan bilis dengan udang. Semuanya pantang lagi. Tunggu hari raya baru boleh kut. |
salam yatie..dh lama akak x kemari..oh yatie sakit rupanye ya! moga cepat sembuh ye..makan ubat tu betul2 ek..insyaallah akan dipermudahkan olehNya! amin..
ReplyDeletesalam k.yatie...
ReplyDeletememang betul2 mcm dlm penjara ni kak....
dlm rehat2 tu sempat jugak buatkn order kwn2 ye k.tie..tapikn kalau dah terbiasa ambik order rasanya x sampai hati nak tolak kan...
selamat berpuasa kak..
Salam kenal...semoga cepat sembuh ;)
ReplyDeleteNice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...