Kuih CekMek Molek. Minggu lepas KPY buat kuih ni. Buat sendiri dan makan sendiri sebab ahli2 lain kat rumah ni tak nak. Jadinya KPY ngap sorang2 je la. Resipi kat bawah tu tak ada sukatan jadinya pakai agak2 je la. InsyaAllah jadi...
Bahan :
Ubi keledek yang telah direbus ( rebus bersama garam )- ikut suka banyak mana.Lebih cantik
guna keledek warna oren .
Tepung gandum
gula ( diisi dalam kuih )
minyak untuk menggoreng
Cara :
1. Tumbuk ubi keledek yg telah empuk tadi.
2. Gaulkan dengan tepung gandum sehingga adunan tadi tak melekat kat tangan. Kalau adunan
lembik , tambah je tepung. Jangan sampai tepung melebihi ubi keledek , nanti keras dan tak
sedap.
3. Bila adunan dah siap , bulatkan sebesar bola ping pong dan leperkan . Masukkan sedikit gula
ke dalam adunan leper tadi dan tutup mcm buat karipap. Bentukkan jadi bujur.
4. Goreng dengan api yang sederhana kecil . Apabila dah keemasan , bolehlah diangkat.
ya Allah sedapnya cik mek molek ni yatie..suami cukup suka..dulu tanam keledek bakang umah..senang nak buat...cuti sekolah yatie tak blk kelantan ke?
ReplyDeleteMieza , Yatie sebenarnya kg kat Temerloh. Emak dan ayah asal Kelantan tapi dah lama menetap dan berkampung di Temerloh. Saudara-mara memang ramai kat Kelantan. Jarang pergi ke sana sbb adik beradik semua di sini.
ReplyDelete