Wednesday, June 8, 2011

Apam Polkadot

Apam yang sangat meriah bukan setakat pada warnanya , malah di rumah2 rakan blogger pun turut meriah. KPY pun mengambil kesempatan nak cuba. Ambik resepi di rumah Mieza dan mungkin di rumah2 orang lain pun sama jugak. Tapi susu tu , KPY gantikan dengan santan sebab masa tu ada lebihan santan masak bingka ubi kayu.

Bahan:
3 biji telur
275 g tepung gandum
200 g gula
150 g susu segar ( KPY gunakan santan )
2 tsp baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 tsp essen vanilla
Filling - blueberry , kiwi dsb
pewarna yg disukai

Cara :

1. Pukul gula ,ovalette dan telur hingga kembang dan berwarna putih.
2. Masukkan bahan kering berselang seli dengan susu / santan
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letak warna -warna pilihan . Masukkan ke dalam piping bag .
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil yang dialas dgn cawan kertas . letakkan filling kalau suka dan picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. Atas permukaan letak dot-dot yg berlainan warna.
5. Kukus selama 5 minit dengan api yang sederhana.

3 comments:

  1. wahhh..sini pun ada apam dot2 ni..
    mas juga tak buat2....

    ReplyDelete
  2. Mas , saja je la buat sebab tengok kat blog orang lain bukan main lagi cantiknya.

    ReplyDelete
  3. cantik dan meriahnya apam dot dot yatie..bak sikit :)
    esok nak wat lagi la coz suka dgn warna warninya tu..yatie tak blk kelate ke? mieza balik last week, shopping kat rantau panjang :)

    ReplyDelete