Dah banyak hari tak letak apa2 N3.Kali ni jom layan bingka ubi kayu. Tapi kalau nak buat ni , tahan sikit le tangan tu.....lenguh jugak nak memarut ubi kayu tu.
Sumber : Azimah Mansor
Sumber: Yatie@KetuharPanas
Bahan A
1800 g ubi kayu (yg telah diparut)
900 g santan ( agak pekat -perahan 1)
350 g gula melaka
130 g pasir
50 g susu cair(*resipi asal guna susu tepung )
80 g mentega
1 1/2 tsp garam halus
sedikit pewarna kuning
Cara:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau di atas api yang sederhana sehingga pekat
dan bertukar warna keperangan.
2. Tuang ke dalam loyang 10 inci x 10 inci yg telah disapu dengan marjerin.
3. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 95 minit atau sehingga atasnya nampak garing.
saya tak pernah buat bingka ubi kayu. hari tu bawak balik ubi kayu dari kampung, busuk mcm tu aje. terlupa punya hal.. huhu.. sedap nampak tuuu
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeletelama dah mengidam nak makan bingka ubi tp tak sempat nak buat....
Izah , akak pun tak pernah jugak buat bingka ni, tapi ada org berhajat benar nak makan bingka ni. Dah 3 kali dah buat untuk org yg sama. Akak tu kata sedap....
ReplyDeleteKak Amie , nanti ada masa boleh la buat...