Showing posts with label Kek Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Kek Hantaran. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Pembuka Tirai 2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat kawan-kawan serta pengunjung blog KPY. Selamat menyambut tahun baru 2012  . Semoga tahun ini membawa lebih banyak kenikmatan dan kegembiraan kepada kawan-kawan semua. KPY agak sibuk sikit menjelang sesi persekolahan 2012 ini. Sibuk nak menyediakan kelengkapan anak-anak dan juga diri sendiri. Kadang-kadang tu , bila buka sesi baru bukan setakat anak bahkan emaknya juga berkehendakkan serba sedikit benda yang baru....

Apa pun sempena tahun baru 2012 ini, KPY dirasmikan dengan kek hantaran pertunangan Nana dan Arie. Selamat Bertunang daripada KPY. KPY sendiripun tak mengenali Nana dan Arie ni , apa pun semoga hubungan kalian berkekalan hingga ke jinjang pelamin.Amin.

Sunday, December 5, 2010

Gold Colour + Brown

Thanks Romila . Hari yang memenatkan sebab nak siapkan 3 tiers cake, kek yg kat bawah ni ,giant cheese tart dan mini cheese tart. Semua nak buat dgn teliti sebab kek hantaran dan majlis potong kek. Dalam sibuk2 tu terpaksa berkejar ke kedai bakery sebab warna yang diperlukan tak cukup. Semua warna yang diminta memerlukan proses pencampuran warna. Minta maaflah kepada yang berkenaan jika warna tu tak berapa nak padan dengan tema.















Wednesday, June 9, 2010

Tahniah - Hakiem & Najwa

Order dari Kak Mala untuk majlis pertunangan anak sulungnya. Gambar2 tak berapa menarik sebab nak cepat.



HANTARAN PERTUNANGAN - BLUEBERRY CHEESE CAKE

Kek yg dah siap letak dalam kotak tak sempat nak ambik gambar.

UNTUK MAKAN-MAKAN KELUARGA

Blueberry Cheese Cake

Chocolate Cake


Talam Seri Muka - 2 loyang



Talam Lapis Karot

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Bertunang Maria dan Safrul

Terima kasih Maria dan ibunya kerana memberi kepercayaan kepada Ketuhar Panas Yatie untuk menyediakan hantaran pertunangannya.Terima kasih juga kepada Liza kerana menjadi orang tengah yang membantu mempromosikan produk akak kepada jiran setaman. Harap Maria berpuas hati.



kelopak hijau pada buah strawberry sengaja dibiarkan agar nampak segar







Sunday, May 2, 2010

Selamat Bertunang


Kek pertunangan Tat



Kak Kiah order untuk pertunangan anaknya. 2 kg cheese cake.

Wednesday, December 23, 2009

Selamat Bertunang Sarah

Ketuharpanasyatie buatkan kek sempena majlis pertunangan anak jiran , Kak Zu. Kek bentuk love yang ada kesilapan teknikal. Susunan bunganya terbalik. Masa meletak bunga tu memang tak perasan ,dah siap baru perasan .Tu pun setelah suami tegur. Dah tak boleh nak buat apa2 .Sorry la ye Kak Zu!




Monday, November 30, 2009

Selamat Bertunang Elina dan Hafiz

Majlis pertunangan antara Elina dan Hafiz ni sebenarnya dah beberapa bulan berlalu. Kalau tak silap bulan September lepas. Memandangkan saya terlalu sibuk untuk meng 'up-date' kan blog ni , maka baru sekarang ni dapat masukkan dalam blog.

Elina telah menempah kek hantaran berbentuk bakul yang sama untuk kedua-dua belah pihak tetapi warna yang berlainan.








Friday, June 12, 2009

True love ......

Kek hantaran berbentuk hati yang diorder oleh kawan Zila (Ida namanya kalau tak silap ). Minggu yang sama juga tempah kek untuk birthday Ekin.








Friday, May 8, 2009

Lagi Hantaran Pertunangan

Set hantaran yang di order oleh jiran sebelah , Kak Kiah yang akan mengadakankan majlis pertunangan anaknya, Nadia. Tahniah Nadia.



1.5 kg blueberry cheese cake






Wednesday, March 18, 2009

Hantaran Pertunangan ( Cup cake set )

Kak Zainon tempah set hantaran pertunangan saudaranya pada hari Ahad 15 Mac lalu bertemakan warna purple . Deco yang simple dari royal icing sebab kek diambil pada hari Jumaat , takut juga kalau lama-lama nanti bunganya cair jika bc yang digunakan.




Tuesday, February 10, 2009

Kek Hantaran Pertunangan

Kek hantaran Fara kepada tunangnya Zam. Fara minta dibuatkan kek bentuk empat segi bertemakan warna gold. Sekeliling kek dan atasnya nak letak bunga ros warna gold. Naik letih sebab nak buat bunga ros yang banyak. Walaupun badan letih tapi gembira setelah kek yang dibuat diterima dan dipuji. Selamat bertunang Fara dan Zam.


Kek bentuk bakul untuk pertunangan anak Mak Ngah di Bangi.Hari yang sama 2 orang anak Mak Ngah bertunang.Bakal tunang anak ke- 3 ( Oney ) minta kek bakul warna pink. Bunga ros tu yatie buat warna merah + putih untuk menaikkan warna sebab kalau buat bunga warna pink nanti tak berseri dan tak menyerlah. Yang penting dah dipuji cantik oleh tuan badan.Selamat bertunang Oney dan Eg.