Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung ketuharpanasyatie.
Setelah berbulan-bulan tidak menulis atau mengupdate apa-apa cerita di sini, akhirnya hari yang bertuah ini diri ini mendapat sedikit kekuatan . Tapi nak cerita apa ya?
KPY masih lagi aktif dalam aktiviti masak memasak ni. Cuma semangat malas utk menulis di blog tersangat menebal. Disokong oleh masa yang sangat mencemburui dengan tugas-tugas di sekolah , jadi urusan mengupdate blog tertunda sekian lama.
Antara sebab diri ini begitu sibuk konon-kononnya adalah:
- sibuk memasak untuk keluarga ( betul ke?)
- sibuk menyiapkan tempahan ( macam banyak - tapi utk 2/3 bulan bolehlah cover oven yg baru beli )
- sibuk urusan kerja ( ini betul )
- sibuk baca novel ( tu pun ngendeng voucer buku orang - masih ada 3 novel yg sedang menunggu)
- sibuk ( buat-buat sibuk ha ha ha )
* gambar kat atas tu tiada kena mengena dengan ini cerita. Saja nak tunjuk tempat lahir KPY je!
Showing posts with label apa-apa je. Show all posts
Showing posts with label apa-apa je. Show all posts
Wednesday, March 13, 2013
Tuesday, July 31, 2012
Alhamdulillah.......Perintah Berkurung Dah Berakhir
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan,
Jangan terkejut pulak dengan tajuk kat atas tu ya. Tak ada perintah berkurung yang sebenarnya berlaku kat sini. Alhamdulillah , dah berakhir saat-saat membosankan dalam hidup Yatie selama seminggu ni.Seminggu tak keluar rumah , rasa tension jugak.Memasak pun tak boleh...bukan tak boleh memasak tetapi kita masak untuk diri sendiri je. Tak boleh nak sediakan untuk orang lain. Peralatan pun tak boleh berkongsi. Terasa duduk dalam penjara pulak sebabnya makan sorang-sorang dalam bilik dan yang kelakarnya , anak atau suami akan letak makanan tu depan pintu bilik. nanti bila dia orang dah beredar , barulah kita keluar ambik makanan tu...
Nasib baik jugaklah sekarang ni bulan puasa. Senang sikit nak dapatkan juadah berbuka dan bersahur. Dan nasib baik juga kat taman ni ada pasar ramadhan. Bolehlah suruh anak pergi beli. Harapan Yatie biarkan keputusan mengambil ubat ini nanti positif , tapi kena tunggu bulan Oktober baru berjumpa doktor.
Ha...berbalik pada gambar kat bawah tu, Yatie akan mula buat next week kut. Tapi tengok dulu pada tahap kerajinan untuk membuatnya.Tahun ni buat untuk sendiri dan untuk bawak balik ke kampung je. Tahun ni tak ambik order biskut raya kecuali untuk teman2 terdekat yang kecil kuantitinya. Tahun ni juga merupakan tahun yang aman untuk meraikan bulan yang mulia kerana tak terkocoh-kocoh untuk menyiapkan tempahan raya. Kalau tak , nak balik berbuka puasa kat kampung pun tak boleh sebabnya masa cutilah kita pulun buat biskut. Rumah pun tak bersepah....kalau tak maklum sajalah , penuh dengan barang-barang. Bila difikirkan balik , itulah perjalanan hidup yang tuhan dah tentukan.
Tart Nenas...konon-kononnya nak mulakan minggu depan selepas balik dari kg.
Kita tengoklah menjadi ke tidak.
| Laksa kuah lemak putih ..... harapan-tinggal harapan je lah sebab buat masa ni Yatie masih pantang makanan laut. |
| Yang ni pun saja letak koleksi gambar lama ..... Jemput-jemput ikan bilis dengan udang. Semuanya pantang lagi. Tunggu hari raya baru boleh kut. |
Thursday, July 26, 2012
Sedang Mengkuarantinkan Diri
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Dikesempatan ini Yatie nak ucapkan selamat berpuasa kepada kawan-kawan dan selamat melakukan ibadah-ibadah lain di bulan yang mulia ini. Seronok tengok kawan-kawan mempamerkan hidangan yang menyelerakan sepanjang bulan puasa ni ya.Yatie kena duduk diam-diam, apatah lagi nak memasak juadah.
Berbalik kepada tajuk kat atas tu , Yatie telah selamat meminum I - 131 untuk rawatan sakit thyroid di HUKM pada hari Selasa lepas. Jadinya kena kuarantinkan diri dari berjumpa dengan orang ramai kerana kandungan I-131 tu merbahaya kepada orang lain terutamanya kanak-kanak dan wanita mengandung.Sekarang ni memang duduk sorang-soranglah . Dapat MC 8 hari .tau tak nak buat apa. Tak sabar nak tunggu Selasa depan. Lagi satu sekarang ni kena berpantang selama sebulan.....Huarghhhh , tu yang tak tahannya. Baru mengidam nak buat bubur lambuk stye kat kampung....nampaknya melepaslah...
Buat kawan-kawan , selamat berpuasa sekali lagi , selamat memasak untuk juadah berbuka dan selamat membuat biskut raya.....Ketuharpanasyatie tahun ni memang merileks kan diri.

Thursday, July 19, 2012
Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sempena kedatangan bulan yang mulia ni Yatie nak ucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat di luar sana. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan , kerahmatan , dan kebaikan kepada kita semua.
Di sini juga Yatie nak memaklumkan bahawa pada tahun ini Yatie berhenti rehat daripada membuat biskut raya atas sebab-sebab kesihatan. Kesian kat kawan-kawan yang menjadi peminat setia. Semuanya frust sebab tak ada stok biskut raya dari KPY. InsyaAllah next year.....itu pun kalau diberi kesihatan olehNya.
Sekarang ni tak ada entry pasal makanan sebab tengah berpantang dan sudah beberapa hari dapur tak berasap. Order kat kedai je....Nasib baik dah dekat nak puasa . Banyaklah pilihan anak-anak untuk berbuka dan bersahur.
Minggu depan KPY nak buat rawatan kesihatan. Doakan semoga berjaya ya...

Wednesday, July 4, 2012
Ada yang nak kena cili ni.....
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Sambil mengisi masa yang ada beberapa minit sebelum bersiap ke sekolah ni KPY nak share mengenai cili kat bawah tu.... Rasa-rasanya susah nak jumpa cili jenis ni melainkan kat Kelantan. Tapi yang ni Yatie beli kat sini je di pasar malam . Tu pun tak selalu ada. Cili ni biasanya orang buat solok lada. Tu yang sedap, sebab baunya berbeza dengan cili yang biasa dijual kat sini. Yatie beli bukan nak buat solok , tapi nak masukkan dalam gulai , goreng daging ke atau telur . Memang bau dan rasanya sedap...
Bulan puasa ni eloklah buat stok banyak sikit. Tajuk tu tak ada kena mengena ya dengan cerita.
Tuesday, June 12, 2012
Wajik Durian
Assalamualaikum..... selamat petang.
Sudah minum petang ke semua kawan-kawan ? KPY saja tanya je....nak ajak minum petang kat rumah pun , tuan rumah tak berapa sihat. Gambar kat bawah tu saja tayang. Dah habis dah.....Bila badan sakit-sakit ni , rindu sangat-sangat waktu sihat. Hari ni terpaksa ambik cuti sakit sebab tak larat nak berdiri lama ataupun duduk. Mesti kena baring....
KPY buat wajik tu saja suka-suka je....tak ada resipi yang tepat. Pakai masukkan je tanpa sukatan. Agak terlembik sikit . Nanti KPY cari resepi kat mana-mana dan tempek kat sini ya....belakang dah sakit ni....tahun ni merupakan tahun melawat hospital dan klinik bagi KPY rasa-rasanya.
Assalamualaikum..... selamat petang.
Sudah minum petang ke semua kawan-kawan ? KPY saja tanya je....nak ajak minum petang kat rumah pun , tuan rumah tak berapa sihat. Gambar kat bawah tu saja tayang. Dah habis dah.....Bila badan sakit-sakit ni , rindu sangat-sangat waktu sihat. Hari ni terpaksa ambik cuti sakit sebab tak larat nak berdiri lama ataupun duduk. Mesti kena baring....
![]() |
| wajik durian |
Tuesday, June 5, 2012
Retak Seribu
Tolong....tolong ...tolong.
Ada tak sesiapa atau kawan-kawan kat luar sana yang pernah alami perkara sebegini. Sama ada boleh diganti cermin luar atau dah tak boleh guna langsung. Kalau boleh ganti cermin tu agak-agaknya kat mana ya?
Yatie pun dah pakai oven ni dalam lebih 7 tahun. Memang berbaloilah. Hampir setiap hari guna. Tetiba pulak hari kejadian tu boleh jadi cenggini. Nak kata terlalu panas tu, tak mungkin sebab tengah bakar kek tak sampai sejam. Biasa tu 4-5 jam guna ok je...

| Cermin luar oven - retak seribu. ( Oven Jenama Electrolux ) |
Sunday, March 18, 2012
Tukar Cat
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sesaja nak beritahu kat kawan-kawan yang KPY baru saja cat dapur . Lebih kepada warna alam , kehijauan. Susun atur barang-barang belum dapat nak buat lagi. Kepala dah pening.
Gatal sangat nak mengubah dapur , kerja yang sepatutnya buat tak buat lagi. Kek orang nak pagi esok entah ke mana lagi. Hari dah awal pagi ni ,mata dah mengantuk , dah banyak kali menguap ni.Nampak gayanya kena tidur dulu walaupun sekejap. Bye...

Thursday, February 9, 2012
Yang Lepas
Assalamualaikum dan selamat pagi semua....Supaya dapur ni tidak bersawang jadi KPY letakkan gambar yang rasa-rasanya belum pernah dimasukkan lagi. Nak tulis resipi , mood malas masih lagi melanda. Nanti KPY masukkan entry tentang nasi lemak hijau ya. Minggu lepas 2 kali buat.... memang sedap....
| dari Saleza |
![]() |
| dari Rosnah |
![]() |
| dari Kak Zu |
![]() |
Thursday, October 27, 2011
Roti Naik Yang Tak Naik ......Hua...hua....hua
Kalau ditenung-tenung dalam gambar ni roti ni macam jadi ( perasan sendiri ). Teksturnya tu dah ada ....macam roti kat pasaran jek. Tapi...... tuan sendiri pun tak berselera nak makan. Dalam hati..." lebih baik aku beli lagi senang"
Naklah cuba buat roti sendiri konon. Tapi sifat tak sabar tu memang bersarang dalam diri. Tak sabar nak tengok hasil. Belum sempat adunan tu nak bernafas , KPY dah masukkan dalam oven.Pic kat atas tu yang second round punya bakar. Okeylah sikit. Yang first punya.....malu nak tunjuk. Kalau baling kat dinding tu , melantun balik agaknya.
Resipi asal dahlah guna BM , KPY guna mixer biasa je untuk uli. Rasa2nya akan jadi kalau cukup masa untuk adunan tu mengembang. Tapi sebab tak sabar...... .Resipi tak payah tempek lagi...kalau dah jadi baru boleh letak.

Thursday, October 20, 2011
Peristiwa lama .....Cerita lama
Antara gambar yang KPY ambik dari simpanan kawan sebagai kenangan semasa majlis Jamuan Raya Perdana kat sekolah bulan lepas. Ni saja suka-suka nak selitkan dalam blog. Letakkan gambar gerai sendiri je. Gerai-gerai lain tak berkesempatan nak ambik gambar sebab terlalu penat . Mana taknya semalaman tak tidur. Ada gerai sate , pelbagai mee , laksa , nasi ayam , nasi kerabu ( gerai Kak Yus@antanbertingkah) , BBQ ayam dan gerai air. Walaupun penat tapi puas hati dan gembira sebab majlis berjalan dengan sempurna dan makanan kat gerai sold out.
Ada orang tengah dok perhatikan......mana nak ambik dulu ni.
![]() |
| Antara kuih muih yang KPY dan ahli kumpulan buat -krim puff , cara berlauk , karipap , pelbagai talam , blueberry cheese tart , cup cake , pelbagai puding , puding koktail |
Siapalah yang tengah sibuk mem'piping' coklat atas cup cake tu....
Ada orang tengah dok perhatikan......mana nak ambik dulu ni.
Sunday, June 26, 2011
Busy...busy...busy....
Dah lebih seminggu tak up-date blog. Bukannya tak masak atau tak ada order dari kawan2 , tapi terlalu sibuk seminggu dua ni. Tempahan2 pun tak sempat nak posing.Mulai minggu ni KPY dah start nak buat sample biskut raya. Dealer2 KPY dah sibuk bertanya....Nampak gayanya resipi2 buat masa ni susah sikitlah KPY nak masukkan tapi kalau ada masa terluang nanti InsyaAllah. Layan je la gambar2 yg mana ada tu ya.....

Tuesday, May 3, 2011
Terima Kasih Teman Seperjuangan

Terima kasih banyak-banyak Yus @antanbertingkah kerana memberi sejambak bunga yang cantik ni. Maaflah sebab lambat mengambilnya. Nasib baik masih segar umpama baru sebentar tadi dipetik. Memandangkan tiga hari tak pergi sekolah ( tapi pergi PPD -kursus ) tu yang rasa lapang sikit . Kertas exam pun dah settle , jadi bolehlah menjenguk beberapa rumah rakan. Apa-apa pun semoga kita sama-sama sukses dalam apa jua yang diceburi.....
Friday, April 22, 2011
KPY dah kembali....
Setelah hampir sebulan tak dengar khabar berita dari Ketuhar Panas Yatie , kini KPY dah kembali. KPY sebenarnya sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik ipar yang diadakan di rumah KPY sendiri. Terima kasih kepada kawan2 yang telah hadir memeriahkan majlis. Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancar dan hidangan yang disediakan mendapat pujian.
Buat masa ini KPY masih lagi tak dapat nak masukkan gambar2 order sebelum majlis diadakan. Minta maaf kepada kawan2 dan pelanggan yang berhasrat membuat tempahan tempohari dan terpaksa ditolak.Untuk pengetahuan semua KPY telah mula menerima semula tempahan bermula pada minggu hadapan . 2 hari lepas KPY terima panggilan mengatakan pembantu setiaku dah boleh menjalankan tugas semula. Senanglah sikit kerja....

Thursday, March 17, 2011
Catatan Untuk Peringatan
Subscribe to:
Posts (Atom)

+272.jpg)