Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts
Friday, January 21, 2011
Sedikit Sibuk
Dah beberapa hari tak masukkan apa2 N3 . Agak sibuk sedikit dengan rutin seharian sebagai suri rumah tangga , sebagai pekerja yang makan gaji dan juga pekerja sambilan membuat biskut sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi. Itu pun tak promosi lebih-lebih kerana awal2 tahun ni agak sibuk dengan urusan kerja. Jadi sepanjang minggu ini dan minggu depan KetuharPanasYatie terpaksa menyiapkan tempahan pelanggan dulu.Kalau ada masa nanti bolehlah menyelit untuk masukkan N3 yang tertangguh.
Monday, January 10, 2011
Selamat Tahun Baru 2011
Bermula dari Januari 2009 Ketuhar Panas Yatie mula berblog , dan sehingga kini cukup dua tahun usianya. Kalau bayi dah boleh berlari-lari dan mula nak belajar bercakap. Jika dilihat gambar2 dahulu (hiasan kek )berbanding dengan sekarang , memang ada sedikit kemajuan. Dah tentulah kena ada peningkatan , kalau tak ada baik berhenti sahaja. Semua kerja perlukan peningkatan, tak kira banyak atau sedikit.
Apapun semoga tahun 2011 ini membawa seribu rahmat buat KetuharPanasYatie dan juga rakan2 yang menceburi bidang ini. InsyaAllah.
Friday, December 31, 2010
Selamat Tinggal 2010
Disaat Ketuhar Panas Yatie menitipkan bait-bait ini , tahun 2010 tinggal lebih kurang 40 minit saja lagi. Sebelum 2010 melabuhkan tirai , Ketuhar Panas Yatie ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan . Tanpa anda semua ,Ketuhar Panas Yatie tidak akan ada seperti sekarang. Tidak ada gambar2 kek , biskut dan kuih-muih. Walaupun gambar yang ada tidak sehebat blog2 lain , sekurang-kurangnya Ketuhar Panas Yatie ada kenangan bersama pelanggan semua. Berbanyak-banyak maaf kepada pelanggan yang tak sempat nak diambil gambar tempahannya.
Harapan Ketuhar Panas Yatie menjelang tahun 2011 ni, agar bisnes kecil-kecilan ni akan terus kekal dan berkembang. InsyaAllah.
Harapan Ketuhar Panas Yatie menjelang tahun 2011 ni, agar bisnes kecil-kecilan ni akan terus kekal dan berkembang. InsyaAllah.
Sunday, September 19, 2010
Tempahan Sebelum Hari Raya
Semua gambar di bawah adalah tempahan sebelum hari raya. Memandangkan terlalu sibuk dengan biskut raya 2010 tak sempat nak up date blog. Sepanjang bulan puasa lepas Ketuhar Panas Yatie terpaksa menolak banyak tempahan kek. Begitu juga dengan tempahan kek hari raya. Maaf sekali lagi. Mungkin bermula Oktober nanti baru boleh ambik banyak tempahan.
Wednesday, September 8, 2010
Akhirnya......
Alhamdulillah. Siap juga semua tempahan pelanggan biskut raya 2010 kali ni. Sehinggakan hari-hari terakhir ni batuk dan selesema mula menyerang.Tapi yang terjadi setiap tahun, biskut raya tuannya tak berapa nak cukup.kena buat lepas raya nampaknya. Yang banyak biskut atau kerepek yang dibeli daripada orang lain. Biasalah tu....agaknya sama je ragam penjual biskut raya dengan tukang jahit.
Di kesempatan ini Ketuhar Panas Yatie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelanggan dan rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan selama ini. Ketuhar Panas Yatie juga memohon ampun dan maaf andai tersilap kata , tersalah buat tempahan , kek dan biskut yang tak dapat memenuhi selera semua atau apa-apa sekali pun.
Ketuhar Panas Yatie telah membuka semula tempahan untuk kek selepas cuti hari raya nanti. Bagi yang telah menempah awal tu terima kasih kerana memberi ruang kepada pihak saya untuk buat perancangan. Yang penting sekarang ni kepada semua pelanggan , cari dan dapatkan produk yang benar-benar halal dan terjamin dari segi pembuatannya. Banyak produk keluaran Muslim yang boleh anda dapatkan perkhidmatannya.
" Kehalalan terjamin , kualiti setanding dan harga berpatutan "

Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Ketuhar Panas Yatie ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pelanggan yang selama ini telah banyak memberi sokongan.Tanpa anda siapalah Ketuhar Panas Yatie. Buat masa ini Ketuhar Panas Yatie sedang menyiapkan semua order biskut raya 2010.Mana-mana pelanggan yang tidak dapat dipenuhi permintaan tu harap maaf.
Thursday, July 22, 2010
Iklan Je...
Ketuhar Panas Yatie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tidak lama lagi. Buat masa ini Ketuhar Panas Yatie sedang sibuk membuat persiapan Biskut Raya 2010.Tidak ada masa untuk mengemaskini blog. Mana2 pelanggan yang telah pun mendapat tempahan tu , gambarnya masih belum dimasukkan lagi. Yang ada pun hanya dimasukkan gambar sahaja, tidak ada cerita-ceritinya. Bila ada kesempatan nanti Ketuhar Panas Yatie akan masukkan ceritanya.
Biskut Raya 2010 telah pun bermula. Sebenarnya Ketuhar Panas Yatie tidak mempromosikan di blog sebab setakat ini pun order telah bermula dan telahpun ditutup.Mana2 pelanggan tetap yang masih belum membuat tempahan tu, ketuhar panas yatie akan hubungi nanti.
Order untuk semua jenis kek akan ditutup bermula Ogos hingga seminggu sebelum hari raya. Hanya tempahan awal sahaja yang akan dibuat sehingga akhir Julai nanti .Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Ketuhar Panas Yatie.

Sunday, June 20, 2010
Biskut Raya 2010
Kepada peminat-peminat biskut keluaran Ketuhar Panas Yatie nantikan kemunculannya tidak lama lagi. Sudah ada permintaan dari pengedar untuk dapatkan sample biskut. Cuma tuan badan ni belum bersedia untuk membuatnya lagi. Tetapi untuk tahun 2010 ni ada sedikit peningkatan harga kerana peningkatan kos bahan mentah.Jika dibandingkan dengan harga pengeluar-pengeluar lain rasanya harga keluaran Ketuhar Panas Yatie masih rendah. Kepada pelanggan setia , tempahan awal amat digalakkan .
Thursday, June 10, 2010
Maaf ........
Ketuhar Panas Yatie memohon berbanyak maaf kerana terpaksa menolak banyak tempahan sebelum cuti sekolah baru-bari ini kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Terutamanya pelanggan yang telah banyak memberikan sokongan selama ini. Sekarang dah beroperasi semula ....
Sunday, March 28, 2010
PENGUMUMAN....! PENGUMUMAN....!
KEPADA SEMUA PELANGGAN / PEMINAT /PELAWAT BLOG KETUHARPANASYATIE , JIKA ANDA SEMUA ADA SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN DENGAN PRODUK TERUS BERHUBUNG DENGAN KETUHARPANASYATIE.
KETUHARPANASYATIE JUGA AKAN MEMAPARKAN SENARAI HARGA UNTUK SEMUA JENIS KEK DAN PRODUK KELUARAN KETUHARPANASYATIE UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN TEMPAHAN. NANTIKAN POST YANG AKAN DATANG.
H/PHONE : 012-6404049
EMAIL: rm.yatie@gmail.com
KETUHARPANASYATIE JUGA AKAN MEMAPARKAN SENARAI HARGA UNTUK SEMUA JENIS KEK DAN PRODUK KELUARAN KETUHARPANASYATIE UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN TEMPAHAN. NANTIKAN POST YANG AKAN DATANG.
Sunday, August 30, 2009
Salam Ramadhan Dari Ketuharpanasyatie
Biarpun puasa sudah masuk hari yang ke - 9 , belum terlambat kiranya ketuharpanasyatie ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung -pengunjung yang melawati laman ini. Sudah hampir sebulan tak update blog. Banyak gambar yang belum dimasukkan.Buat masa sekarang ketuharpanasyatie terlalu sibuk dengan biskut raya 2009. Jika ada masa nanti, Yatie akan masukkan gambar koleksi biskut raya 2009. Tapi Ketuharpanasyatie tak dapat nak terima order lagi.
Tempahan kek juga tidak diterima buat masa sekarang.
Tempahan kek juga tidak diterima buat masa sekarang.
Tuesday, June 23, 2009
Pengumuman
Untuk makluman semua ketuharpanasyatie telah bersedia untuk menjalankan kelas baking bermula pada hari Ahad ni ( 28 Jun 2009 ) bertempat di kediaman seperti yang tertera di blog. Kelas bermula pada pukul 11.00 a.m dan berakhir sehingga kek dan biskut telah masak semuanya ye ! Permulaan ni kita akan buat demo sahaja seperti kat kedai-kedai bakery tu. Tapi demo kita ala-ala hands on juga sebab kita akan minta pelajar yang timbang dan sukat .Sesiapa yang berminat boleh hubungi sendiri ketuharpanasyatie. TQ.
Friday, April 17, 2009
Angan & harapan
Dari Disember 2008 dan sekarang April 2009 hajat nak buat kelas baking dan decorating cake masih tak terlaksana. Sibuk memanjang. Tak berani nak berjanji dengan sesiapa pasal tarikh kelas sebab aktiviti last minute sentiasa ada.Agaknya kena tunggu masa cuti panjanglah. Bab senarai harga pun tak selesai lagi. Kalau ada sesiapa yang berminat nak order kek atau biskut tu kena call or sms.
Tuesday, March 10, 2009
Price List and Baking / Deco Class ( for beginner )
Untuk makluman kawan-kawan , ketuharpanasyatie masih belum sempat meletakkan senarai harga kek dan biskut . Terlalu sibuk dengan tugas. InsyaAllah dalam masa terdekat ni senarai harga akan terpapar di sini. Kalau nak tahu harga kek dan biskut boleh hubungi yatie melalui telefon / sms ataupun e-mail
Ketuharpanasyatie juga akan mengadakan kelas memasak dan cup cake deco untuk kawan-kawan yang berminat dengan dunia baking ni. Customer dah ada yang bertanya pasal kelas memasak. Jadi dalam masa terdekat , ketuharpanasyatie akan mencari ruang-ruang masa yang ada untuk diselitkan dengan kelas memasak dan mendeco kek. Bersama-samalah kita memeriahkan lagi dunia baking ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)