Monday, February 9, 2009

Order dari kawan Zila ( 5.2.2009 )

1 kg chocolate moist cake yang di order oleh kawan Zila untuk maknya. Walaupun tak kenal orang yang order , tapi terima kasih banyak-banyak ye atas sokongan anda !

Order Dari Office Zila

1.5 kg chocolate moist cake yang ditempah oleh Zila sempena birthday rakan sekerja. Happy birthday untuk 4 orang kawan kita ni .

Blueberry Cheese Cake ( Kak Iza )

Kali ini Kak Iza order blueberry cheese cake untuk birthday anak bongsunya Qistina. Happy Birthday Qis.

Wednesday, February 4, 2009

Order dari bengkel depan rumah

Terima kasih buat isteri Ewan . Order untuk menyambut hari lahir anak lelakinya . 1 kg chocolate moist cake ........ maaf sebab hiasannya begitu simple !

Tempahan daripada office Zila (30.1.2009)


Order daripada kawan Zila 1 kg cheese cake untuk suami tercinta. Biasanya kalau cheese cake Yatie letakkan fresh cream untuk topping dan blueberry filling ,buah kiwi dan juga strawberry sebagai hiasan . Masam-masam manis rasa blueberry + fresh cream memang lazat dan enak. Apa pun TQVM buat kawan-kawan Zila yang selalu order kek .

Sunday, February 1, 2009

Tempahan daripada kawan office Zila ( 29.1.2009 )

Kali ni 1.5 kg blueberry cheese cake ditempah oleh Zila sempena birthday kawan-kawan office. Tempahan untuk Khamis 29 hb tapi suami hantar kat rumah Zila pada malam tu kat rumah Zila.

Tempahan daripada Maslina ( 22. 1.2009 )

Kek ni ditempah oleh Mas untuk birthday anaknya yang akan disambut di tadika. Chocolate Moist Cake yang hanya diletakkan bunga yang segera sebab nak cepat.Harap-harap anaknya suka.

Tempahan Dari Umi


Hari yang sama dengan Kak Zuli , Umi pun order 1/2 kg kek coklat yang disaluti dengan chocolate rice. Ini memang kegemaran Umi setiap kali order kek. Tak sah kalau tak letak chocolate rice. Apa-apa pun tq Umi. Lain kali boleh la order lagi ye!

Warna keemasan di pagi minggu

Order dari Kak Azuli setelah melihat kek marble cheese yang Kak Yam order.Kali ni Kak Zuli meminta topping daripada white chocolate.Kek sempena birthday suami dan anak-anak .Walaupun tarikh dah berlalu tapi tetap diraikan untuk insan-insan tersayang. Bagi mencantikkan kek ni yatie buatkan bunga ros warna gold . Kak Zuli kata lain kali kalau order tak boleh letak white chocolate kerana terlalu manis. Tq Kak Zuli.

Marble Cheese Cake

Marble Cheese Cake yang diorder oleh Kak Yam sempena birthday ayahanda . Sebenarnya Kak Yam nak letak chocolate ganache untuk topping( katanya anak-anak sukakan coklat ). Sebelum letak topping ambik dulu gambarnya. Terima kasih Kak Yam kerana memberi sokongan. Bagi peminat cheese , kek ini memang sedap kerana rasanya yang ala -ala masam + rasa coklat.