Wednesday, March 18, 2009

Majlis tahlil & bacaan yasin

Cup cake ni dibuat khas untuk diberikan kepada En.Roslan dan Pn. Norhayati ( pengasuh anak2 ) sempena majlis tahlil dan bacaan yasin kat rumah mereka. Majlis berjalan lancar walau pada petangnya hujan turun dengan lebatnya.





Jiran sebelah rumah

Kak Zu, jiranku di sebelah rumah nak order juga cup cake macam semalam bertemakan purple untuk dibawa ke Melaka sebagai hadiah kepada tuan rumah yang mengadakan majlis perkahwinan.

Hantaran Pertunangan ( Cup cake set )

Kak Zainon tempah set hantaran pertunangan saudaranya pada hari Ahad 15 Mac lalu bertemakan warna purple . Deco yang simple dari royal icing sebab kek diambil pada hari Jumaat , takut juga kalau lama-lama nanti bunganya cair jika bc yang digunakan.




Happy Birthday Along

Kedua-dua order ni untuk orang yang berpangkat along ( bukan along kutip duit tau...)
order by Norlilawati

order by Noraini

Dari Seksyen 8 , B.B.Bangi

Order dari Norlilawati untuk adiknya. Tak de idea nak tulis panjang-panjang. Selamat menatap yek.




Dari Taman Delima

2 jenis kek order dari Taman Delima. Tak sempat nak kenal tuannya sebab hari tu ada perkembangan staff. Minta tolong suami yang sampaikan semasa tuan punya kek datang ambil.






Tuesday, March 10, 2009

Price List and Baking / Deco Class ( for beginner )

Untuk makluman kawan-kawan , ketuharpanasyatie masih belum sempat meletakkan senarai harga kek dan biskut . Terlalu sibuk dengan tugas. InsyaAllah dalam masa terdekat ni senarai harga akan terpapar di sini. Kalau nak tahu harga kek dan biskut boleh hubungi yatie melalui telefon / sms ataupun e-mail

Ketuharpanasyatie juga akan mengadakan kelas memasak dan cup cake deco untuk kawan-kawan yang berminat dengan dunia baking ni. Customer dah ada yang bertanya pasal kelas memasak. Jadi dalam masa terdekat , ketuharpanasyatie akan mencari ruang-ruang masa yang ada untuk diselitkan dengan kelas memasak dan mendeco kek. Bersama-samalah kita memeriahkan lagi dunia baking ni.

Tuesday, March 3, 2009

Jom Order Cookie

Chocolate Rise Cookies ordered by Maslina, Fuziah and Zawiyah.TQVM atas sokongan anda.

Happy Anniversary and Happy Birthday

Happy Anniversary to Razali and his wife, Diana. 11 tahun usia perkahwinan , semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Happy birthday untuk Razali (lambat lagi sebenarnya tapi dalam bulan Mac juga ). Malam tu Razali ajak kawan-kawan BBQ kat rumahnya di BTHO. Ketuhar Panas juga menyediakan dadih dan lompat tikam untuk makan-makan. Sayangnya gambar dadih dan lompat tikam tu tak diambik gambar.

Dari Zila Lagi

Blueberry Cheese Cake ni lupa pula siapa yang order. Mungkin dari ofis suami atau dari Zila. Maaf ye tuan kek. SMS kat handphone pun dah delete.
Blueberry Cheese Cake

Order datang dari ofis Zila untuk kawannya. Happy birthday for Azalea , Faiz and Helmi. Atas kek tu nama Azalea ditulis salah. Dah siap baru terperasan.Sorry ye Azalea. Tapi kat tepi kek tu betul.



Chocolate Moist Cake