Wednesday, April 1, 2009

Rumput berbunga????

Tengah ketagih guna nozzle bentuk rumput ni . Sesiapa yang order pastinya ada rumput dan sedikit bunga . Cepat sikit kerja . Sorry Niena sebab tulisan tu tak centre. Kalau bab buat wording ni mesti fail. Kek ni Norlilawati order untuk adiknya yang datang dari Kelate.




Komen Niena : Kek yang paling sedap dan murah dia pernah jumpa.

Lagi .. Dari Ofis Zila

Terima kasih banyak-banyak kepada tuan empunya order . Happy birthday Nana & Acik.




Thursday, March 26, 2009

Cerita semalam

Berbalik kepada cerita semalam pasal tiers tu . Ni la gambarnya. Gambar kotak je dulu. Next time bila free akan ku selongkarkan kotak tu. Sesiapa yang berhajat nak menempah 3 tiers wedding cake boleh la contact my phone number or email.









Rumput dan bunga .....

Kali kedua nozzle untuk buat rumput digunakan. Dah bertahun disimpan dalam laci. Malam tadi teringin pulak nak cuba nozzle ni.Jeng .. jeng ..jeng.. ni lah hasilnya.


Happy birthday Nur Adreana.

Wednesday, March 25, 2009

Kajang - Kota Damansara - 3 tiers cake stand !!!!

Cuti sekolah dulu , ambik kesempatan meninjau barang -barang yang berkaitan dengan cake decorating. Suami pun masa tu ambik cuti . Angkut semua anak-anak ( sebab tak de orang nak jaga ) pergi kat wisma ICCA. Puas juga nak mencari tempat tu. Berapa kali salah jalan, last tu selepas puas mencari sampailah kat tempat yang dituju. Sampai kat sana , kalau boleh semua barang kalau boleh nak beli.Tapi budget masa tu tak seberapa. Beli dua jenis 3 tiers cake stand dan ada la lain-lain barang sampingan. Bulan depan dah cakap pada suami yang kita akan datang lagi kat sini ....

Gambar stand cake tu belum la di ambil lagi. Masih duk dalam plastik. For new up date.

Selain pergi kat situ, biasa la terus menuju ke IKEA.

Dari office Zila ( part.... ? )

Dua gambar yang sama tapi berlainan latar. Tak de la berserabut macam post-post yang lepas. Pernah tengok kat blog rakan-rakan yang lain pasal ni. Petang Isnin lalu pergi la kat kedai alat tulis untuk dapatkan kertas warna warni ni. Ni la hasilnya.

Kat bawah tu , blueberry cheese cake yang di tempah oleh kawan-kawan Zila untuk meraikan birthday. Happy birthday !


1.5 kg blueberry cheese cake

Ni pulak Chocolate Moist Cake yang di order oleh office mate Zila. Tarikh yang lain sebenarnya .Tapi disebabkan malas nak buat tajuk baru jadi sekalikanlah sebab dari tempat yang sama.



1 kg moist chocolate cake
Deco yang simple sebab pada masa tu tak ada bc untuk buat hiasan , jadinya letak je bunga segera yang tak seberapa ni.Tq.

Wednesday, March 18, 2009

Sekolah Swasta Sri Ayeesha

Blueberry cheese cake ni di order oleh guru dari sekolah swasta Sri Ayeesha ( tak pasti ejaan ) belakang Billion Bandar Baru Bangi. Thanks Nina sebab beri no.phone akak pada beliau. ( Nina ni rakan baking juga tapi sekarang dah bersara . Tak taulah lagi bila nak mulakan semula)



Majlis tahlil & bacaan yasin

Cup cake ni dibuat khas untuk diberikan kepada En.Roslan dan Pn. Norhayati ( pengasuh anak2 ) sempena majlis tahlil dan bacaan yasin kat rumah mereka. Majlis berjalan lancar walau pada petangnya hujan turun dengan lebatnya.





Jiran sebelah rumah

Kak Zu, jiranku di sebelah rumah nak order juga cup cake macam semalam bertemakan purple untuk dibawa ke Melaka sebagai hadiah kepada tuan rumah yang mengadakan majlis perkahwinan.

Hantaran Pertunangan ( Cup cake set )

Kak Zainon tempah set hantaran pertunangan saudaranya pada hari Ahad 15 Mac lalu bertemakan warna purple . Deco yang simple dari royal icing sebab kek diambil pada hari Jumaat , takut juga kalau lama-lama nanti bunganya cair jika bc yang digunakan.