Wednesday, May 6, 2009

Dari Zila

Tak de mood nak tulis panjang-panjang. Tengoklah dah lama tak update. Rasa malas tu menggunung tinggi . Sibuk dengan tugas seharian kerja , rumah dll. Ok layan je.


sorry for this picture. Kek ni bukan yang Zila tapi kawan ketuhar punya.




Congratulations - Panitia Geografi

Tahniah ... tahniah ....tahniah untuk Panitia Geografi kerana peningkatan tertinggi dalam SPM.









Thursday, April 23, 2009

Versi Baru

Sambutan birthday versi baru. Untuk birthday orang yang berumur semestinya. Bagi yang tidak menggemari kek , boleh cuba pelbagai jenis talam untuk meraikan birthday. Kat bawah ni Talam Kelapa Laut Bersagu. Memang sedap. Semua ni talam jenis moden.





Cenderahati

Cup cake yang telah dibungkus dan diikat reben untuk cenderahati majlis pelantikan pengawas sekolah. Bungkusan ni dimasukkan dalam bakul rotan sebenarnya.







Talam & Kek Coklat Lembab

Order dari anak saudara yang tinggal di kuarters PGA Cheras. 1 kg chocolate moist cake dan Talam Tokyo. Talam Tokyo ni atasnya sama dengan seri muka tapi bawahnya ada su'un , kelapa parut dan sagu .







Friday, April 17, 2009

Angan & harapan

Dari Disember 2008 dan sekarang April 2009 hajat nak buat kelas baking dan decorating cake masih tak terlaksana. Sibuk memanjang. Tak berani nak berjanji dengan sesiapa pasal tarikh kelas sebab aktiviti last minute sentiasa ada.Agaknya kena tunggu masa cuti panjanglah. Bab senarai harga pun tak selesai lagi. Kalau ada sesiapa yang berminat nak order kek atau biskut tu kena call or sms.

Kemalasan melanda........tapi...

Dah lama tak update blog.Rasa malas yang amat sangat. Apatah lagi gambar yang telah diambil hilang semuanya. Ada antaranya gambar yang belum di postkan , order daripada Kak Zura dan dari ofis Zila.

Order by Pn.Wong , my officemate. 2.0 kg chocolate moist cake and 2.0 kg blueberry cheese cake. Thanks .








Wednesday, April 8, 2009

Talam oh Talam

Entah mengapa sejak akhir-akhir ni datang order untuk kuih talam. Buat kuih ni leceh sikit. Senang buat kek dan cookies lagi .
Talam Marble order by Suria from Taman Sg.Sekamat.
Talam Marble

Tuesday, April 7, 2009

Ubi dan Kayu..ubi kayu

Ubi kayu. Makanan utama masa zaman Jepun . Zaman kanak-kanakku dulu juga masih biasa dengan ubi kayu. Kalau dulu pernah menanam , mencabut , kutip pucuk ubi dan juga makan ubi rebus dengan kelapa + gula /ikan masin. Tapi sekarang , tak laku dah . Anak-anak jauh sekali. Sentuh pun tak nak.

Talam ubi yang diminta oleh Kak Muni . Puas mencari ubi kayu . Lastnya minta husband cari kat pasar borong Selangor. Semua kawan bertanya ada campur sagu ke tak. Sebab bila makan terasa macam ada sagu . Sebenarnya guna sagat mata yang besar jadi ubi pun tak lah halus ( nak cepat ) Tak blend sebab nanti berair.




No theme

Set hantaran ( cup cake ) .Simple deco . Kak Muni order untuk dihadiahkan kepada jirannya .
Sebab tak de tema , senanglah nak letak apa-apa warna pun.