Apapun thanks Mas . Walaupun short notice Ketuhar Panas Yatie dapat menyiapkan tempahan.
Tuesday, June 29, 2010
Happy Birth Iyad & Sakinah
Hiasan atas kek tak dapat buat macam biasa .Terpaksa guna alternatif lain , letak cherry pulak sebab bekalan strawberry susah nak dapat. Tapi buah cherry rasanya lebih sedap sebab manis berbanding dengan strawberry yang biasa tu.
Apapun thanks Mas . Walaupun short notice Ketuhar Panas Yatie dapat menyiapkan tempahan.
Apapun thanks Mas . Walaupun short notice Ketuhar Panas Yatie dapat menyiapkan tempahan.
Buah Tangan ke Terengganu
Dua biji kek untuk dibawa balik ke kampung. Tak letak topping sebab perjalanan yang jauh , senang nak bawa.Tq Zura.
choc.cake
(agak lekuk di tgh sbb tak cukup masa membakar )
Sunday, June 20, 2010
Biskut Raya 2010
Kepada peminat-peminat biskut keluaran Ketuhar Panas Yatie nantikan kemunculannya tidak lama lagi. Sudah ada permintaan dari pengedar untuk dapatkan sample biskut. Cuma tuan badan ni belum bersedia untuk membuatnya lagi. Tetapi untuk tahun 2010 ni ada sedikit peningkatan harga kerana peningkatan kos bahan mentah.Jika dibandingkan dengan harga pengeluar-pengeluar lain rasanya harga keluaran Ketuhar Panas Yatie masih rendah. Kepada pelanggan setia , tempahan awal amat digalakkan .
Thursday, June 10, 2010
Maaf ........
Ketuhar Panas Yatie memohon berbanyak maaf kerana terpaksa menolak banyak tempahan sebelum cuti sekolah baru-bari ini kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Terutamanya pelanggan yang telah banyak memberikan sokongan selama ini. Sekarang dah beroperasi semula ....
Talam Seri Muka
Bahan-bahan:
Lapisan Bawah
700 gm beras pulut ( rendam 6 jam )
500 ml santan cair
1/2 tsp garam
Cara:
1. Toskan beras pulut , masukkan ke dalam loyang 10 x 10 inci
2. Masukkan santan cair yang sudah dicampur garam
3.Kukus pulut hingga kembang / masak.
Lapisan Atas
5 biji telur ( A )
600 ml santan pekat
350 gm gula pasir
30 gm tepung jagung
60 gm tepung gandum
2 tsp pandan emulco
( kalau tak cukup hijau boleh tambahkan pewarna hijau dan kuning limau untuk warna yg cantik)
* tepung tadi boleh dilebihkan 8-10gm(kalau perlu )
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga naik wap.
2. Turunkan pulut dan tekan padat.Bancuh 1 tbsp tepung jagung dgn 2 tbsp air, sapu rata di atas
permukaan pulut. Kukus sebentar.
3. Tuang adunan tadi dan kukus semula lebih kurang 25 minit / hingga masak.
Sumber : Azimah Mansor
( tapi ada bahan yang saya dah ubah sikit )
SELAMAT MENCUBA
Wednesday, June 9, 2010
Tahniah - Hakiem & Najwa
Sunday, May 30, 2010
Untuk Yang Tersayang
Happy Birthday Yang Ke .........???
Harapan Yang Tak Kesampaian .......Hancur
Malang tak berbau. Kek yang dah siap , hanya beberapa minit je nak bertukar tangan tiba-tiba..... . Tak sangka , anak ku itu melangkah ke tempat duduk depan.Masa tu tengah kunci rumah, bila je terpandang anak kat seat depan hati dah tak sedap. Memang ya , kotak dah kemik sikit. Bahagian tepi kek dah runtuh sikit.Lastnya buat makan kat sekolah. Akhirnya minta Kak Uli beli kek kat Secret Recipe. Tak dapatlah nak merasa secret ketuharpanasyatie!

Subscribe to:
Posts (Atom)