Friday, November 5, 2010

Princess Damia

Tq Rosliza kerana memberi kepercayaan pada Ketuhar Panas Yatie menghias barbie doll cake ni.Gembira dengar Damia suka sangat dapat kek birthday yang diidam-idamkan. Pening juga kepala nak fikir fesyen gaun barbie ni. Diharap gaun yang ini dapat memenuhi impian Sang Puteri.


warna pink seperti yg diminta ( wording buat warna biru agar nampak berseri )



Siap ada labuci lagi




Kek seberat lebih 1.5 kg (chocolate moist cake )

Anies - 22 tahun

Nor order untuk adiknya. Simple deco.





Carrot Walnut Cake - Selamat Pengantin Baru

Peminat Carrot Walnut Cake yang menetap di Taman Sepakat. Tak lain tak bukan Mahani...
Kek untuk majlis doa selamat ( bawah ) dan dibawa balik ke Jengka sempena majlis perkahwinan .







Long Wording

Order dari Kak Long . Tulisan atas kekacang tu tak kemas sebab susah sikit.nak pulak wording yg panjang.






Wednesday, October 20, 2010

Resipi Krim Puff


Bahan untuk puff

100 ml air
45 g butter
60 g tepung gandum ( ayak )
2 biji telur

Cara:
1. Panaskan oven 200 darjah selsius . Alas dulang oven dgn aluminium foil dan sapu dgn minyak.
2. Masak air dengan butter hingga mendidih.Bila sudah mendidih padamkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api yang sederhana dan kacau hingga jadi doh dan kelihatan seperti kepingan nipis terbentuk. Padamkan api.
5. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat. ( Boleh juga masukkan ke dalam pemutar dan gunakan kelajuan tinggi. Pukul hingga sebati dan agak pekat )
6. Gunakan piping bag dan tekankan ke atas dulang tadi. Spray dengan air / renjiskan air pada adunan yang telah di piping .
7. Bakar - 200 darjah ( 15 minit ) dan kemudian 180 darjah ( 15 minit )


Bahan krim:
35 g tepung kastad
1 1/2 cawan air
1 cawan susu sejat penuh krim
5 sudu besar gula
1 biji kuning telur
7 g mentega / marjerin
1/2 sudu teh essen vanilla

Cara :
1. Masukkan semua bahan. Masak di atas api sambil kacau hingga pekat.

Monday, October 18, 2010

Sweet Memories - Zahira Qisara

Happy Birthday . Zahira Qisara is 2. Kek seberat 2 kg ( 14 inci ) yang dibawa ke Nilai.









Open House


Pn. Khamsiah order 2.0 kg chocolate moist cake dan 2.0kg carrot walnut cake ( tak sempat ambik gambar ) untuk jamuan rumah terbuka.Thanks Kak Kham.

Antara Peminat Cheese Cake

Sekali cuba mesti nak kali kedua. Begitulah yang berlaku kepada pelanggan2 Ketuhar Panas Yatie.


Order dari Hakim ( anak Kak Mala ) .
Minta potong kek kpd 2 - 1 utk sendiri , 1 lagi utk tunang.

Order dari Kak Azuli

Order dari Setiawangsa ( kawan suami )


Order dari Kak Mala

Ada juga pelanggan yang tidak dapat dimasukkan gambar keknya sebab tak sempat nak ambik.Sorry.

Kesukaan Kanak-kanak

Terima kasih Sharizawati yang tak henti-henti buat tempahan. Gembira apabila mendengar pujian daripada pelanggan.Setakat ni masih belum mendengar komen negatif , semuanya positif. Alhamdulillah.







Orang Depan Rumah

Bengkel Ewann order untuk jamuan pekerja sempena open house.