Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sesaja nak beritahu kat kawan-kawan yang KPY baru saja cat dapur . Lebih kepada warna alam , kehijauan. Susun atur barang-barang belum dapat nak buat lagi. Kepala dah pening.
Gatal sangat nak mengubah dapur , kerja yang sepatutnya buat tak buat lagi. Kek orang nak pagi esok entah ke mana lagi. Hari dah awal pagi ni ,mata dah mengantuk , dah banyak kali menguap ni.Nampak gayanya kena tidur dulu walaupun sekejap. Bye...
Sunday, March 18, 2012
Wednesday, March 14, 2012
Mood ....Bosan
Assalamualaikum,
Tak tahu nak tulis apa. Mood suram seperti kesuraman cuaca di luar. Hanya rasanya aktiviti baring-baring sambil menonton tv , baca novel , jalan-jalan cari makan mungkin sesuai kut. Nak masak ? Penyakit M terlalu menebal. Rasa-rasanya tengah hari nanti angkut anak-anak makan kat luar....
Sekadar nak menghangatkan blog yang agak suram ni , jadi tempeklah gambar yang rasa-rasanya tak pernah muncul lagi.
p/s - novel Awak Sayang Saya Tak (ASST ) by Melur Jelita.
Tak tahu nak tulis apa. Mood suram seperti kesuraman cuaca di luar. Hanya rasanya aktiviti baring-baring sambil menonton tv , baca novel , jalan-jalan cari makan mungkin sesuai kut. Nak masak ? Penyakit M terlalu menebal. Rasa-rasanya tengah hari nanti angkut anak-anak makan kat luar....
Sekadar nak menghangatkan blog yang agak suram ni , jadi tempeklah gambar yang rasa-rasanya tak pernah muncul lagi.
| Talam Abuk-abuk Seri Muka Order dari Kak Munirah sempena majlis perkahwinan anak saudaranya . |
| Chocolate Cake with Strawberry |
Order dari Norlilawati
| Chocolate Cake with Topping Ganache |
| Blueberry Cheese Cake |
p/s - novel Awak Sayang Saya Tak (ASST ) by Melur Jelita.
Wednesday, March 7, 2012
Yang ni je?
Harap maaf , gambar kurang memuaskan.Gambar pun dah jadi macam tuannya. Tak sihat. Dalam keadaan diri yang tak sihat tapi berjaya juga menghasilkan kek pengantin 3tiers. Bahagian atas tu sengaja dikosongkan tanpa ada hiasan sebab pengantin nak letak bunga segar.
KPY guna teknik steam butter cream.Tapi KPY dah menemui cara yang sangat-sangat mudah untuk membuatnya. Cepat je untuk 3 biji kek. Sangat senang dan cepat , tak macam yang KPY pernah belajar dulu.( kalau tak lenguh tangan nak mengacau)
Berbalik kepada tajuk , ingatkan nak letak gambar je memandangkan badan masih lagi tak sihat . Tapi dah panjang juga celotehnya.
* Sedang mencari waktu nak buka kelas baking and deco cake!
KPY guna teknik steam butter cream.Tapi KPY dah menemui cara yang sangat-sangat mudah untuk membuatnya. Cepat je untuk 3 biji kek. Sangat senang dan cepat , tak macam yang KPY pernah belajar dulu.( kalau tak lenguh tangan nak mengacau)
Berbalik kepada tajuk , ingatkan nak letak gambar je memandangkan badan masih lagi tak sihat . Tapi dah panjang juga celotehnya.
* Sedang mencari waktu nak buka kelas baking and deco cake!
Wednesday, February 22, 2012
Talam Suji
Jeng...jeng....jeng...
![]() |
| Talam Suji |
Tak payah nak berceloteh panjang. Kita layan resipi talam suji......
Sumber asal : Azimah Mansor
Sumber: ketuharpanasyatie
Bahan:
Lapisan Bawah
150 g tepung suji / semolina
20 g tepung gandum
2 biji telur ( saiz A)
pewarna- lemon yellow( letak sikit2 - tengok kesesuaian warna)
120 g gula pasir
700 ml santan cair
1/2 tsp garam
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di dalam periuk ( pewarna - masukkan sedikit. tengok kesuaian warna).Kacau bahan agar tidak berketul.
2. Masak di atas api , kacau sehingga separuh masak - agak pekat.
3. Tuang ke dalam loyang 10 x 10 inci yang dialas plastik(14x14)
4. Kukus selama 20 minit .
Lapisan Atas
700 ml santan pekat
1 tsp essen vanilla
1/2 tsp garam
150 g tepung gandum
50 g gula pasir
200 g gula melaka / gula merah
1 tsp coklat emulco
2 biji telur ( saiz A )
Cara:
1. Kisar kesemua bahan kecuali telur dan coklat emulco hingga hancur.Masukkan telur ke dalam bahan kisaran dan kisar sekali sahaja.
2. Tapiskan bahan kisaran ke dalam periuk.Masukkan coklat emulco.
3. Kacau bahan tadi di atas api sehingga naik wap dan tuangkan ke atas lapisan bawah.
4. Kukus selama 25 -30 minit atau hingga masak.
* Kadang-kadang tu , resipi sama tapi apabila dibuat oleh 2 orang yang berbeza , rasanya ada kelainan.Ada yang sedap dan ada yang kurang. Kuih tradisional ni yang penting dari segi lemak dan manis.Kalau tak cukup 2 perkara tu , kuih jadi kureeeng.
SELAMAT MENCUBA
Friday, February 10, 2012
Nasi Lemak Hijau
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung KPY. Masukkan gambar dulu ya. Resipi akan diletak nanti. Minggu lepas je 2 kali masak menu ni. Malam ni KPY kena bertungkus lumus nak menyediakan nasi lemak hijau untuk kawan-kawan kat sekolah esok .
Nasi Lemak Hijau
Bahan:
3 cawan beras ( KPY guna basmathi moghul faiza)-sbb tu pjg.
4 cawan santan .( sederhana pekat )
1/2 cawan jus pandan .(4 helai )
2 tbls minyak masak
1 tsp garam
1 tbls gula
pewarna hijau( optional )
Cara:
1. Basuh beras . Masukkan kesemua bahan. Masak seperti biasa. ( KPY guna dapur gas je )
2. Apabila sudah menggelak, kacau hingga betul2 kering. Perlahankan api. Tutup periuk dengan kemas.
3. 15-20 minit nasi akan masak.
Selamat Mencuba
Thursday, February 9, 2012
Yang Lepas
Assalamualaikum dan selamat pagi semua....Supaya dapur ni tidak bersawang jadi KPY letakkan gambar yang rasa-rasanya belum pernah dimasukkan lagi. Nak tulis resipi , mood malas masih lagi melanda. Nanti KPY masukkan entry tentang nasi lemak hijau ya. Minggu lepas 2 kali buat.... memang sedap....
| dari Saleza |
![]() |
| dari Rosnah |
![]() |
| dari Kak Zu |
![]() |
Sunday, January 29, 2012
Nasi Tomato Ala KPY
Hari ni masak nasi tomato bersama ayam masak merah. Anak yang duduk kat asrama tu siap bertanya, bila mama nak masak nasi tomato. Ke mama nak masak bila dia balik asrama? Kesian pulak mendengarnya. Jom kita layan resipi nasi tomato cara KPY.Resipi ayam masak merah next time...maklumlah mood rajin tak kunjung tiba....esok dah start kerja balik. Lepas ni nak buat urusan menggosok baju anak2 pulak. Hari2 yang sibuk bakal bermula...
Nasi Tomato
Sumber : KPY
Bahan:
4 cawan beras basmathi ( cawan periuk elektrik)
1/2 tin tomato puri
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar planta
1 cawan susu cair
1 biji bawang besar -mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1/2 inci halia - mayang halus
rempah 4 sekawan utk menumis( kayu manis , bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga )
gula
garam
5 cawan air ( gunakan cawan yg sama utk sukat beras)
Cara:
1. Basuh beras dan toskan
2. Panaskan minyak sapi dan planta. Masukkan rempah 4 sekawan, kemudian , masukkan bahan2 yg telah dimayang halus tadi. Kacau sehingga naik bau dan warna keperangan.
3. Masukkan tomato puri - kacau biar agak masak.
4. Masukkan air dan susu cair.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih baru masukkan beras.Kacau dan kaupbalikkan sehingga kering.
6. Perlahankan api , tutup periuk dengan kemas dan biar sehingga masak.
* KPY guna periuk biasa je. Boleh juga kalau nak guna pengukus. Nasi elok je tak berkerak.( bila nasi sudah kering , alihkan ke dalam pengukus. )
* yatie guna beras monghul basmathi, besar dan panjang ulas nasinya.
Friday, January 27, 2012
Kek Gula Hangus a.k.a. Sarang Lebah
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog KPY. Dah lama tak bersiaran. Nak kata sibuk , taklah sibuk sangat sebabnya KPY sempat je mengintai dari kejauhan blog rakan-rakan semua tapi tak sempat nak tulis komen. Ingatkan cuti seminggu sempena CNY ni sempatlah nak update blog . Nampak gayanya penyakit M ni semakin menjadi-jadi. Apa pun jom makan kek gula hangus dulu ya.
Sumber : My Resipi
Sumber : KPY ( ada sesetengah sukatan / bahan KPY dah ubah dari resipi asal )
Bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
90 g butter ( 2 sudu besar )
4 biji telur ( A )
1cawan susu pekat
1 tsp essen vanilla
1 cawan tepung gandum
2 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp garam
Cara:
1. Panaskan gula pasir dalam periuk yg kering. Biarkan sehingga bewarna perang dan menjadi cair. Masukkan air panas .( bahan tadi akan meletup-letup buat seketika ). Kacau sehingga gula tadi hancur.Masukkan butter. Kacau hingga butter cair.
2. Pukul telur hingga pekat dan masukkan susu pekat.Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan essen vanilla.
3. Ayak tepung , garam dan soda bikarbonat. Masukkan ke dalam adunan tadi dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan sirap gula tadi ke dalam adunan. Pukul agak lama - 5 minit.
5. Kalau nak nampak lubang2 yang banyak pada kek , seelok-eloknya biarkan kek 3-4 jam sebelum membakarnya.
* KPY hanya biarkan lebih kurang 45 minit je sbb tak sabar2 nak makan.
6. Bakar pada suhu 160 darjah selcius selama lebih kurang 1 jam. Gunakan api bawah sahaja. 10 minit terakhir , barulah guna api atas bawah. Bagi yang guna oven biasa tu , gunalah cara biasa je. Kalau tak masak tambah dalam 10-15 minit je lagi masa membakar.
SELAMAT MENCUBA
Tuesday, January 3, 2012
Pembuka Tirai 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat kawan-kawan serta pengunjung blog KPY. Selamat menyambut tahun baru 2012 . Semoga tahun ini membawa lebih banyak kenikmatan dan kegembiraan kepada kawan-kawan semua. KPY agak sibuk sikit menjelang sesi persekolahan 2012 ini. Sibuk nak menyediakan kelengkapan anak-anak dan juga diri sendiri. Kadang-kadang tu , bila buka sesi baru bukan setakat anak bahkan emaknya juga berkehendakkan serba sedikit benda yang baru....
Apa pun sempena tahun baru 2012 ini, KPY dirasmikan dengan kek hantaran pertunangan Nana dan Arie. Selamat Bertunang daripada KPY. KPY sendiripun tak mengenali Nana dan Arie ni , apa pun semoga hubungan kalian berkekalan hingga ke jinjang pelamin.Amin.
Friday, December 16, 2011
Hantaran dan Kek Perkahwinan
Assalamualaikum.Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari. Semoga apa yang dilakukan hari ini mendapat keberkatan. Yatie masukkan N3 tentang gambar kek hantaran dan kek kawin jiran Yatie yang telah telahpun berlangsung pada 2 minggu lepas. Maaflah gambar kurang jelas. Ni pun ambik dari FB yang diupload guna hphone. Nanti kita replace gambar dari kamera. Pengantinnya minat warna merah , jadi keknya pun merahlah jawabnya. Alhamdulillah, berkali-kali emak pengantin cakap yang anaknya puas hati dan kek pun sedap.
Sebenarnya jiran KPY menggunakan khidmat katering masa majlis tu dan pihak katering ada memberikan kek kawin 2 tingkat percuma tapi jiran KPY tolak. Anaknya nak KPY juga yang buat.Alhamdulillah semuanya dah selesai.
Sebenarnya jiran KPY menggunakan khidmat katering masa majlis tu dan pihak katering ada memberikan kek kawin 2 tingkat percuma tapi jiran KPY tolak. Anaknya nak KPY juga yang buat.Alhamdulillah semuanya dah selesai.
| gambar dari kamera |
| sementara menunggu pengantin memotong kek |
Kek Hantaran
( butter cake with steam butter cream )
Kek Perkahwinan
( Butter cake+ chocolate cake with steam butter cream)
Selamat menjamu mata.Hari ni nak bawak anak-anak + anak sedara pergi breakfast , beli kelengkapan sekolah , pergi KLCC , UITM dan I-City. Tahniah juga buat anakanda yang ditawarkan ke asrama penuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)











