Tuesday, May 18, 2010

Koleksi Resipi

Mulai Mei ini Ketuhar Panas Yatie akan menyediakan resipi yang istimewa untuk pengunjung atau pelawat blog ni.Resipi yang lazat , sedap , senang dan yang paling penting telah diuji dan ditambahbaik di makmal Ketuhar Panas Yatie.

Sesiapa yang ingin belajar teknik atau cara menyediakan kuih talam dialu-alukan.



Talam Kacang Merah Berjagung
Bahan-bahan:
Lapisan bawah ( merah ):
150 gm kacang merah ( dalam tin -lebih senang)
130 gm tepung beras
25 gm tepung jagung
80 gm gula pasir
600 ml santan cair
1/2 tsp garam
sedikit pewarna merah / sirap ( tengok keadaan warna,pastikan agak merah )
cara-cara :
Satukan kesemua bahan dalam periuk .Kacau dan pastikan tidak ada tepung yang berketul. Masak hingga naik wap. Tuang ke dalam loyang bersaiz 10x10 inci.Kukus selama 15 minit / hingga masak.
Lapisan tengah ( kuning ):
130 gm tepung beras
15 gm tepung ubi
80 gm gula pasir
1/4 tsp pewarna kuning limau
1 tsp sweet corn paste
500 ml santan cair
170 gm jagung krim ( dalam tin )
1/2 tsp garam
cara-cara:
Satukan semua bahan.Kacau dan masak di atas api hingga naik wap.Tuang di atas lapisan merah tadi dan kukus selama 15 minit.
Lapisan atas ( hijau ):
2 biji telur ( A )
150 gm gula pasir
50 ml santan pekat
1/2 tsp garam
110 gm tepung gandum
1 tsp perasa pandan
pewarna hijau ( jika perlu)
Cara-cara:
Satukan santan,tepung gandum dan telur. Kacau dan tapis .Pastikan tepung gandum tidak berketul( jgn blen ). Dalam periuk satukan kesemua bahan tadi.Masak hingga naik wap. Kukus lebih kurang 20 minit / hingga masak .
Catatan : Penutup kukusan hendaklah sentiasa dilap agar wap air tak menitis ke dalam kuih tadi.

SELAMAT MENCUBA

Kerapu Dara Ala Tiga Rasa

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kerapu sederhana besar ( kelar 2 garis je )- taburkan / lumur dgn sedikit tepung jagung.

2cm halia ( hiris nipis dan potong memanjang )

1 biji bawang besar (potong dadu )

5 ulas bawang putih ( ketuk )

5 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

2 biji cili merah ( potong dadu).Kalau nak lebih pedas tambah dgn cili api.Ikut selera sendiri.

3 sudu besar minyak masak ( untuk menumis )

3 batang serai ( dititik / hiris nipis )

1/2 cawan air

6-10 helai daun limau purut ( hiris halus / sehelai2)

garam & gula secukup rasa

minyak masak secukupnya untuk menggoreng ikan

Cara-cara:

1.Goreng ikan kerapu yang telah ditabur dgn tepung jagung tadi.Pastikan minyak banyak dan betul2 panas. Goreng seekor demi seekor.ketepikan.

2. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang putih dan halia.Tumis sehingga warna kekuningan dan masukkan bawang besar dan cili merah.Kacau hingga layu.

3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau.Masukkan air( tengok kepekatan kuah ).Masukkan serai dan daun limau purut. jika belum cukup masin atau manis masukkan garam.Kalau dah ok memadai dengan sos tu je.

4. Kalau suka boleh masukkan bunga kobis atau putik jagung.

5. Jika kuah sudah ok , masukkan ikan yg telah siap digorang tadi. Balik-balikkan dan hidang.

Catatan : Anak-anak ku , baru je 2 jam makan nasi dah lapar semula disebabkan ikan kerapu ni. Terpaksa beli ikan kat pasar borong kerana lebih murah.

No comments:

Post a Comment