Thursday, July 22, 2010

Iklan Je...

Ketuhar Panas Yatie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tidak lama lagi. Buat masa ini Ketuhar Panas Yatie sedang sibuk membuat persiapan Biskut Raya 2010.Tidak ada masa untuk mengemaskini blog. Mana2 pelanggan yang telah pun mendapat tempahan tu , gambarnya masih belum dimasukkan lagi. Yang ada pun hanya dimasukkan gambar sahaja, tidak ada cerita-ceritinya. Bila ada kesempatan nanti Ketuhar Panas Yatie akan masukkan ceritanya.

Biskut Raya 2010 telah pun bermula. Sebenarnya Ketuhar Panas Yatie tidak mempromosikan di blog sebab setakat ini pun order telah bermula dan telahpun ditutup.Mana2 pelanggan tetap yang masih belum membuat tempahan tu, ketuhar panas yatie akan hubungi nanti.

Order untuk semua jenis kek akan ditutup bermula Ogos hingga seminggu sebelum hari raya. Hanya tempahan awal sahaja yang akan dibuat sehingga akhir Julai nanti .Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Ketuhar Panas Yatie.

No comments:

Post a Comment