Wednesday, September 8, 2010

Akhirnya......

Alhamdulillah. Siap juga semua tempahan pelanggan biskut raya 2010 kali ni. Sehinggakan hari-hari terakhir ni batuk dan selesema mula menyerang.Tapi yang terjadi setiap tahun, biskut raya tuannya tak berapa nak cukup.kena buat lepas raya nampaknya. Yang banyak biskut atau kerepek yang dibeli daripada orang lain. Biasalah tu....agaknya sama je ragam penjual biskut raya dengan tukang jahit.

Di kesempatan ini Ketuhar Panas Yatie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelanggan dan rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan selama ini. Ketuhar Panas Yatie juga memohon ampun dan maaf andai tersilap kata , tersalah buat tempahan , kek dan biskut yang tak dapat memenuhi selera semua atau apa-apa sekali pun.

Ketuhar Panas Yatie telah membuka semula tempahan untuk kek selepas cuti hari raya nanti. Bagi yang telah menempah awal tu terima kasih kerana memberi ruang kepada pihak saya untuk buat perancangan. Yang penting sekarang ni kepada semua pelanggan , cari dan dapatkan produk yang benar-benar halal dan terjamin dari segi pembuatannya. Banyak produk keluaran Muslim yang boleh anda dapatkan perkhidmatannya.

" Kehalalan terjamin , kualiti setanding dan harga berpatutan "

No comments:

Post a Comment