Sunday, January 30, 2011

Lebih Pejal , Kurang Lemak & Lebih Enak

Kali ni tak de gambar kek atau kuih. Hanya ada gambar ayam pencen yang yang telah menjadi korban. Rasa semua orang tahu pasal ayam pencen / ayam tua ni kan. Kalau nak masak tu kena ambik masa yang agak lama . Tapi rasanya berbeza sikit dengan ayam daging yang terdapat di pasaran. Dah lama Ketuharpanasyatie tak beli ayam pencen ni. Ni minggu lepas punya pic. Disebabkan sibuk dengan biskut CNY aktiviti berblog dihadkan.

Ayam masak lemak cili api yang kat bawah tu style KetuharPanasYatie ya. Mungkin bahan2nya berbeza tak seperti yang tuan2/puan2 buat. Sebabnya saya pakai letak saja bahan dan tak pernah belajar cara memasak masak lemak cili api yang sebenarnya. Tapi anak2 hari tu suka. Licin seekor ayam ...



Bahan-bahannya:

1 ekor ayam tua/pencen ( dipotong kecil)
1/2 kg santan ( masa memasak nanti campurkan dengan air mengikut kepekatan yg diperlukan)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji cili merah
15 bili cili api ( nak pedas boleh tambah )
1 cm kunyit hidup
2 keping asam gelugur
1 sudu kerisik
garam
gula
3 batang serai diketuk
6 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara:

1. Bawang merah , bawang putih , cili merah ,cili api , kunyit, halia dikisar sehingga hancur.

2. Masukkan ayam ke dalam periuk dan tuangkan bahan yang telah dikisar. Tambahkan 1/2 liter air ke dalam ayam tadi . Masakkan ayam sehingga empuk. Kalau masih keras tambahkan air lagi , sehingga ayam tadi empuk.( lebih kurang 1 1/2 jam -2 jam)

3. Apabila ayam sudah empuk , masukkan santan (yg telah ditambah air ), kerisik , serai , daun limau purut dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih.

4. Akhir sekali masukkan asam keping , garam dan gula secukup rasa .


Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment