Friday, February 20, 2009

Dari album ketuhar panas......

Baru berkesempatan untuk post gambar2 lama dalam album. Selamat menatap.
Biasanya cheese cake letak strawberry tapi kali ni gantikannya dengan kuntuman ros yang sedang mekar.

Blueberry Cheese Cake with spiderman image


Talam Marble

Carrot Walnut Cake with cream cheese

kek hantaran pertunangan anak saudara ( Linda )


Moist chocolate cake


3 Tier Wedding Cake

Thursday, February 19, 2009

Koleksi biskut

pineapple tart
semperit kacang


hazelnut cup


chocolate rice


london almond

Antara koleksi biskut yang dibakar di dalam ketuhar panas yatie. Kesemuanya mendapat sambutan hangat , sehangat ketuhar ku juga !

Wednesday, February 18, 2009

Minum petangku.......


sedang bakar........


Kuih cara manis untuk minum petang Ahad lalu. Hujung minggu lalu sangat penat, petang Sabtu balik dari kerja badan terasa seram sejuk...... demam. Hari Ahad ingatkan nak buat bubur pulut hitam tapi disebabkan kesuntukan masa buat je lah kuih cara. Cepat dan mudah! Sesiapa yang nak mencuba resepi kuih cara dipersilakan.
Bahan:
250 ml santan
100 g tepung gandum
1 biji telur
daun pandan ( dikisar untuk dapatkan warna hijaunya tu .Kalau saya kelapa + daun pandan
kisar sekali .Jadikan 250ml )
garam secukup rasa
gula pasir
pewarna hijau jika perlu
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan. Kisar dengan blender(betul ke eja..) sampai tepung tak berketul.
2. Masak dalam acuan kuih cara di atas api yang kecil. Takut nanti hangus.Apabila dah letak tepung dalam acuan tu , masukkanlah gula .
3.Tunggu sampai tepung tadi berwarna keemasan dan dah masak atasnya tu , congkel dengan sudu atau garfu untuk mengangkatnya.
4. Dah sejuk boleh le makan.

Selamat mencuba.

Dari klinik

Blueberry cheese cake

Order dari Dr.Rohani klinik Az-Zahra Tmn Teknologi( not sure).Beliau pernah order tahun lepas. Gambar kek bahagian belakang tu tak jelas , gelap semacam je.

Tuesday, February 10, 2009

Cup cake

cup cake - dalam bekas hantaranCup cake yang dihiasi dengan sekuntum bunga ros warna gold untuk hantaran balas kepada pihak lelaki.

Kek Hantaran Pertunangan

Kek hantaran Fara kepada tunangnya Zam. Fara minta dibuatkan kek bentuk empat segi bertemakan warna gold. Sekeliling kek dan atasnya nak letak bunga ros warna gold. Naik letih sebab nak buat bunga ros yang banyak. Walaupun badan letih tapi gembira setelah kek yang dibuat diterima dan dipuji. Selamat bertunang Fara dan Zam.


Kek bentuk bakul untuk pertunangan anak Mak Ngah di Bangi.Hari yang sama 2 orang anak Mak Ngah bertunang.Bakal tunang anak ke- 3 ( Oney ) minta kek bakul warna pink. Bunga ros tu yatie buat warna merah + putih untuk menaikkan warna sebab kalau buat bunga warna pink nanti tak berseri dan tak menyerlah. Yang penting dah dipuji cantik oleh tuan badan.Selamat bertunang Oney dan Eg.



Order dari anak saudara Rusniza ( 7.2.2009 )

Cheese cake

Chocolate cake
Chocolate moist cake yang ditabur dengan chocolate rice. Tu saja letak .Tak taulah tuan kek ni suka ke tak. Anak saudara Za yang tolong orderkan untuk kawannya. Kawannya order 2 jenis kek.

Monday, February 9, 2009

Antara Yang Terlaris ( dah semestinya sedap )

chocolate rice

Tart nenas

Pertama kali rasa biskut dari kawan yang order sempena CNY,Kak Fuziah ( pelanggan baru ) niterus datang mencari bertanya siapa yang buat biskut. Kak Fuziah pun terus order tart nenas dan biskut chocolate rise. Tq akak.Semoga terus melanggan sebab biskut ni sepanjang masa buat bukan musim perayaan sahaja.

Kek untuk Zila

Chocolate moist cake untuk Zila dan anak-anak makan. Baru beli loyang bentuk bunga , jadi try la buat. Hiasan tu pun saja cuba-cuba. Boleh tahan jugak ( puji diri sendiri ). Walaupun simple tapi dipadankan hitam chocolate ganache + warna pink bunga dari butter cream menyerlahkan kek tu.

Order dari kawan Zila ( 5.2.2009 )

Pada asalnya tuan punya kek ni tak nak letak topping. Tapi akhirnya nak letak pula dan tulis happy birthday je .Tak pernah buat hiasan jenis ni. Pertama kali cuba. Harap-harap empunya kek ni suka.