Thanks Sha . Kek yang simple sebab tuannya nak letak bunga segar. Ketuharpanasyatie cuma hias tepinya sahaja.Walaupun tepi sahaja , seawal 4.00 pagi ( bakar kek ) hingga 12.00 tengah hari baru siap ketiga-tiga biji kek seperti di bawah. Untuk pengetahuan para pelanggan dan mungkin juga peminat2 yang baru nak berkenalan dgn Ketuharpanasyatie, kek2 yg disediakan adalah yang baru dibakar . Fresh from my oven. Setakat ni , komen daripada pelanggan sangat positif. Alhamdulillah..
Saturday, December 4, 2010
Wednesday, December 1, 2010
Happy Belated Birthday
Selamat Bersara
Tuesday, November 23, 2010
Kuih Cara Berlauk
200 g ayam/daging kisar
4 ulas bawang merah -tumbuk
3 ulas bawang putih -tumbuk
1/2cm halia -tumbuk
1 biji bawang besar ( potong dadu )
2 sudu makan serbuk kari daging
sedikit minyak untuk menumis
garam
gula
Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar , tumis hingga kekuningan dan naik bau.
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, dan
serbuk kari . Masukkan sedikit air. Tumis hinggga masak.
2. Masukkan daging kisar. Kacau sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga
masak.
Bahan tepung
250 ml santan ( tak perlu pekat )
100 g tepung gandum
1 biji telur
1/2 tsp garam
Sedikit pewarna kuning
Hiasan: cili merah yg dihiris nipis dan daun bawang dipotong halus.
Cara:
1. Kisar kesemua bahan.
2. Panaskan acuan kuih cara dan lenserkan acuan dengan minyak agar tidak melekat.
3. Isikan acuan 3/4 penuh dengan tepung. Letakkan 1 tsp inti di tengah . Letakkan hirisan daun
bawang dan cili merah.
4.Tutup acuan, biarkan masak dan keluarkan.
5. Sedia untuk dihidangkan dan ngapppp.
Selamat Mencuba
Friday, November 5, 2010
Produk Baru
Antara produk terbaru dari Ketuhar Panas Yatie. Sangat sesuai untuk dibuat hantaran dan meraikan hari2 bersejarah bagi mereka yang telah dewasa. Nak ubah selera , asyik kek je mungkin telah jemu. Giant cheese tart ni bersaiz 9 inci.
Giant cheese tart bertema biru tu diorder oleh Romila. Ini merupakan kali ketiga dia order. Dua kali tu tak sempat nak ambik gambar.


Giant cheese tart bertema biru tu diorder oleh Romila. Ini merupakan kali ketiga dia order. Dua kali tu tak sempat nak ambik gambar.
Princess Damia
Tq Rosliza kerana memberi kepercayaan pada Ketuhar Panas Yatie menghias barbie doll cake ni.Gembira dengar Damia suka sangat dapat kek birthday yang diidam-idamkan. Pening juga kepala nak fikir fesyen gaun barbie ni. Diharap gaun yang ini dapat memenuhi impian Sang Puteri.
Carrot Walnut Cake - Selamat Pengantin Baru
Long Wording
Subscribe to:
Posts (Atom)