Tuesday, December 14, 2010

Berlainan Tuan

Minta maaf sebab tak dapat nak bercerita panjang lebar dalam setiap N3. Kat bawah ni pun sekalikan gambar untuk 3 tuan.


order dari Sakinah
( pelanggan baru - semoga berpuas hati )

order dar Yana


Order dari Rosnah ( belakang rumah ) bagi pihak saudara.
( selang 2-3 hari dpt mesej ucapan terima kasih kerana kek yg sedap dan ipar duainya akan menempah nanti ).tq



Sunday, December 5, 2010

Lagi....Giant Cheese Tart

Warna tak berseri sebab warna gold dengan warna kekuningan cheese tart tu tak sesuai. Ditambah pulak camera hari tu jadi tak terang je .











Gold Colour + Brown

Thanks Romila . Hari yang memenatkan sebab nak siapkan 3 tiers cake, kek yg kat bawah ni ,giant cheese tart dan mini cheese tart. Semua nak buat dgn teliti sebab kek hantaran dan majlis potong kek. Dalam sibuk2 tu terpaksa berkejar ke kedai bakery sebab warna yang diperlukan tak cukup. Semua warna yang diminta memerlukan proses pencampuran warna. Minta maaflah kepada yang berkenaan jika warna tu tak berapa nak padan dengan tema.















Fisrt Time

Order dari officemate suami. Pertama kali costumer order cheese tart minta tulis happy birthday. Kepada pelanggan lain yang menempah cheese tart , Ketuharpanasyatie tak masukkan gambar sebab sama gambar dgn yang lain2 tu. Apapun terimakasih banyak2 kepada Khaty , Diana , Akak dr Tmn Sg.Sekamat ( lupa nama ), Su ( BSN Batu 9 dan rakan2 ) dan juga officemate suami di Maybank IB , Bangsar. Begitu juga yang menempah kuih talam , disebabkan nak cepat ,terlupa nak ambik gambar.




Saturday, December 4, 2010

Kek Perkahwinan - 3 Tiers

Thanks Sha . Kek yang simple sebab tuannya nak letak bunga segar. Ketuharpanasyatie cuma hias tepinya sahaja.Walaupun tepi sahaja , seawal 4.00 pagi ( bakar kek ) hingga 12.00 tengah hari baru siap ketiga-tiga biji kek seperti di bawah. Untuk pengetahuan para pelanggan dan mungkin juga peminat2 yang baru nak berkenalan dgn Ketuharpanasyatie, kek2 yg disediakan adalah yang baru dibakar . Fresh from my oven. Setakat ni , komen daripada pelanggan sangat positif. Alhamdulillah..


Nasib baik tuannya berkenan dengan deco yg dibuat

Wednesday, December 1, 2010

Happy Belated Birthday

Kek yang ditunda seminggu lewat kerana emaknya ada hal penting yang perlu diselesaikan. Apapun Happy Birthday buat M. Fadzil.



Selamat Bersara

Sebelum cuti sekolah dulu, guru2 sesi petang telah mengadakan majlis persaraan bekas Penolong Kanan Petang , Pn. Hajjah Tuminah. Kelab Bumi Hijau telah menempah 2 kg kek seperti di bawah tu.

Apa2 pun kepada Pn. Tuminah, selamat bersara dan semoga hari2 yang bakal dilalui sentiasa indah.



Happy Birthday

Layan gambar je la ya......


Kek birthday cucu saudara

Pelanggan dari Taman Universiti



Tuesday, November 23, 2010

Kuih Cara Berlauk



Bahan-bahan ( inti -daging / ayam )
200 g ayam/daging kisar
4 ulas bawang merah -tumbuk
3 ulas bawang putih -tumbuk
1/2cm halia -tumbuk
1 biji bawang besar ( potong dadu )
2 sudu makan serbuk kari daging
sedikit minyak untuk menumis
garam
gula
Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar , tumis hingga kekuningan dan naik bau.
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, dan
serbuk kari . Masukkan sedikit air. Tumis hinggga masak.
2. Masukkan daging kisar. Kacau sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga
masak.
Bahan tepung
250 ml santan ( tak perlu pekat )
100 g tepung gandum
1 biji telur
1/2 tsp garam
Sedikit pewarna kuning
Hiasan: cili merah yg dihiris nipis dan daun bawang dipotong halus.
Cara:
1. Kisar kesemua bahan.
2. Panaskan acuan kuih cara dan lenserkan acuan dengan minyak agar tidak melekat.
3. Isikan acuan 3/4 penuh dengan tepung. Letakkan 1 tsp inti di tengah . Letakkan hirisan daun
bawang dan cili merah.
4.Tutup acuan, biarkan masak dan keluarkan.
5. Sedia untuk dihidangkan dan ngapppp.
Selamat Mencuba

Friday, November 5, 2010

Produk Baru

Antara produk terbaru dari Ketuhar Panas Yatie. Sangat sesuai untuk dibuat hantaran dan meraikan hari2 bersejarah bagi mereka yang telah dewasa. Nak ubah selera , asyik kek je mungkin telah jemu. Giant cheese tart ni bersaiz 9 inci.

Giant cheese tart bertema biru tu diorder oleh Romila. Ini merupakan kali ketiga dia order. Dua kali tu tak sempat nak ambik gambar.













Order by Lam