Thursday, December 23, 2010

Senang , cepat dan mudah

Sesuai untuk minum petang dan sebagainya. Nak2 musim hujan ni , kalau dapat makan puff epal yang rangup dan panas2 baru keluar oven tu , hmmm. Cubalah resipi kat bawah tu . Tu stye ketuharpanasyatie. Kalau nak senang lagi gunakan inti yg dah siap dlm tin. Rasa2nya ada jual kat pasaraya atau kedai bakeri.


* Kulit/pastry tu saya beli jenama Kawan yg square ( 10 pieces )
* Inti - kalau nak yg dah siap dlm tin pun boleh, kalau nak buat sendiri , cuba resipi di bawah. Ni
yg ketuharpanasyatie pandai2 sendiri.

Inti:

5 biji epal hijau ( kupas dan potong dadu )
8 sudu besar gula ( asingkan 2 sudu untuk buat gula hangus )
50 g butter
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
sedikit air

Cara:
1 . Panaskan kuali ( kuali perlu kering ). Masukkan 2 sudu besar gula dan jadikan gula hangus.
Tak perlu perang sangat nanti takut pahit.

2. Masukkan sedikit air dan butter. Bila butter sudah cair , masukkanl lebihan gula dan epal.
Kacau dan gaulkan.

3. Masukkan garam dan serbuk kayu manis.

4. Sentiasa kacau hingga bahan jadi agak kering.

5. Tunggu sejuk sebelum letak atas kulit pastry. Lebihan inti boleh disimpan dalam peti utk
buat kali kedua.

* Kalau rasa terlebih manis atau kurang manis , boleh ubah sendiri resipi. Yg penting kena dengan selera tukang buat ya.

* Kulit pastry pastikan sejuk atau lembut sblm letak inti. Ketuharpanasyatie letak inti satu
bahagian kulit dan lipat. Tepinya tekan dgn garfu. Bahagian atas tu saya toreh2kan dgn pisau
dan sapu dengan kuning telur.

* Loyang perlu disapu dgn butter takut melekat. Bakar pada suhu 180 darjah celcius hingga
keperangan. ( agak2 dlm 20 minit ) .


Selamat Mencuba.

Tuesday, December 21, 2010

Selamat Bertunang - Suzie & Zahir

Selamat bertunang buat pasangan Suzie & Zahir pada 10-12-2010 yang lepas. Dua2 kek order dari ketuharpanasyatie. Thanks Ina, yang menjadi orang tengahnya. Pagi Jumaat tu kelam kabut dan terpaksa Ina ambik lewat sikit sebab nak pipingkan inti krim puff. Sorry.Sempat ambik gambar kek je. Krim puff , cup cake , blueberry cheese tart tak sempat nak ambik gambar. Apa2 pun gembira sebab maklum balas yang positif. Keluarga sebelah lelaki memuji cheese cake.


hantaran dr pihak lelaki ( kek kopi )



hantaran dr pihak perempuan ( cheese cake )

Tuesday, December 14, 2010

Penangan Kartun !!!

Belakangan ni banyak pula yang order kek dengan edible image. Kalau gambar kartun yang popular tak jadi masalah kerana banyak terdapat stok di kedai.Tapi kalau nak gambar yang pelik2 tu kena tempah awallah ya . Kalau printer ( edible image ) ni ada kat rumahkan senang. InsyaAllah satu hari nanti...






Siti dari Kajang Prima order utk anak lelakinya .
Happy birthday Syahmi.





Ni order dari Kak Azura Kasim. Dah lama anaknya berhajat nak kek Upin & Ipin.
Happy birthday Husna
( tak taulah deconya ok ke tak. Auntie pakai buat je Husna.)





Berlainan Tuan

Minta maaf sebab tak dapat nak bercerita panjang lebar dalam setiap N3. Kat bawah ni pun sekalikan gambar untuk 3 tuan.


order dari Sakinah
( pelanggan baru - semoga berpuas hati )

order dar Yana


Order dari Rosnah ( belakang rumah ) bagi pihak saudara.
( selang 2-3 hari dpt mesej ucapan terima kasih kerana kek yg sedap dan ipar duainya akan menempah nanti ).tq



Sunday, December 5, 2010

Lagi....Giant Cheese Tart

Warna tak berseri sebab warna gold dengan warna kekuningan cheese tart tu tak sesuai. Ditambah pulak camera hari tu jadi tak terang je .











Gold Colour + Brown

Thanks Romila . Hari yang memenatkan sebab nak siapkan 3 tiers cake, kek yg kat bawah ni ,giant cheese tart dan mini cheese tart. Semua nak buat dgn teliti sebab kek hantaran dan majlis potong kek. Dalam sibuk2 tu terpaksa berkejar ke kedai bakery sebab warna yang diperlukan tak cukup. Semua warna yang diminta memerlukan proses pencampuran warna. Minta maaflah kepada yang berkenaan jika warna tu tak berapa nak padan dengan tema.















Fisrt Time

Order dari officemate suami. Pertama kali costumer order cheese tart minta tulis happy birthday. Kepada pelanggan lain yang menempah cheese tart , Ketuharpanasyatie tak masukkan gambar sebab sama gambar dgn yang lain2 tu. Apapun terimakasih banyak2 kepada Khaty , Diana , Akak dr Tmn Sg.Sekamat ( lupa nama ), Su ( BSN Batu 9 dan rakan2 ) dan juga officemate suami di Maybank IB , Bangsar. Begitu juga yang menempah kuih talam , disebabkan nak cepat ,terlupa nak ambik gambar.




Saturday, December 4, 2010

Kek Perkahwinan - 3 Tiers

Thanks Sha . Kek yang simple sebab tuannya nak letak bunga segar. Ketuharpanasyatie cuma hias tepinya sahaja.Walaupun tepi sahaja , seawal 4.00 pagi ( bakar kek ) hingga 12.00 tengah hari baru siap ketiga-tiga biji kek seperti di bawah. Untuk pengetahuan para pelanggan dan mungkin juga peminat2 yang baru nak berkenalan dgn Ketuharpanasyatie, kek2 yg disediakan adalah yang baru dibakar . Fresh from my oven. Setakat ni , komen daripada pelanggan sangat positif. Alhamdulillah..


Nasib baik tuannya berkenan dengan deco yg dibuat

Wednesday, December 1, 2010

Happy Belated Birthday

Kek yang ditunda seminggu lewat kerana emaknya ada hal penting yang perlu diselesaikan. Apapun Happy Birthday buat M. Fadzil.



Selamat Bersara

Sebelum cuti sekolah dulu, guru2 sesi petang telah mengadakan majlis persaraan bekas Penolong Kanan Petang , Pn. Hajjah Tuminah. Kelab Bumi Hijau telah menempah 2 kg kek seperti di bawah tu.

Apa2 pun kepada Pn. Tuminah, selamat bersara dan semoga hari2 yang bakal dilalui sentiasa indah.