Thursday, January 13, 2011

Tahniah Abang Mumtaz dan Happy Birthday Muizzah

Tahniah kepada ibu dan anak. Tahniah Mumtaz sebab berjaya dengan cemerlang dalam UPSR dan PSRA baru2 ini. Tahniah juga sebab berjaya ke MRSM. Semoga kejayaan terus bersama mu......



Lagi......

Yang ni pulak order dari group Maybank IB , Bangsar.Terima kasih banyak-banyak , walaupun tak kenal tuan yang mengorder tu.




Dari Kumpulan Pemeriksa

Order dari cikgu-cikgi yang berpusat di Bandar Tun Razak. Terima kasih Tini kerana memperkenalkan produk KetuharPanasYatie. Seperti cinta pandang pertama, terus terpikat.
Satu kumpulan terus order.Dan semalam dapat satu call dari salah seorang cikgu yang repeat order utk CNY.Alhamdulillah....






Wednesday, January 12, 2011

Sarapan Pagi di Tahun Baru - Nasi Dagang

Menu yang sudah 2 minggu berlalu. Baru nak masukkan. Seperti biasa tak boleh nak jadi seperti orang lain yang boleh mengupdate begitu cepat sekali semua perkara yang berlaku. Disebabkan kekangan kerja.... orang lain boleh je. Jawapan yang tuan punya badan sendiri sedia maklum.... m.a.l.a.s

N3 ni letak di bawah resipi , tapi tak tulis lagilah resipinya ( tunggu free sikit...sebab nak kena agak2. tu resipi sendiri- turun temurun , tak pakai sukatan ). Tengok gambar dulu.... Kalau rasa berkenan lain kali boleh datang bertandang lagi.









Bertukar rupa

Biasanya kek kopi ni disaluti dengan almond nib , tapi disebabkan tuan punya kek tak makan kacang , maka jadilah seperti yang kat bawah tu.





Ben 10 - Pembuka Tirai

Order dari Nor azlina untuk anaknya. Saat akhir order nak gambar Ben 10 . Nasib baik ada stok.





Monday, January 10, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Bermula dari Januari 2009 Ketuhar Panas Yatie mula berblog , dan sehingga kini cukup dua tahun usianya. Kalau bayi dah boleh berlari-lari dan mula nak belajar bercakap. Jika dilihat gambar2 dahulu (hiasan kek )berbanding dengan sekarang , memang ada sedikit kemajuan. Dah tentulah kena ada peningkatan , kalau tak ada baik berhenti sahaja. Semua kerja perlukan peningkatan, tak kira banyak atau sedikit.


Apapun semoga tahun 2011 ini membawa seribu rahmat buat KetuharPanasYatie dan juga rakan2 yang menceburi bidang ini. InsyaAllah.

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010

Disaat Ketuhar Panas Yatie menitipkan bait-bait ini , tahun 2010 tinggal lebih kurang 40 minit saja lagi. Sebelum 2010 melabuhkan tirai , Ketuhar Panas Yatie ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan . Tanpa anda semua ,Ketuhar Panas Yatie tidak akan ada seperti sekarang. Tidak ada gambar2 kek , biskut dan kuih-muih. Walaupun gambar yang ada tidak sehebat blog2 lain , sekurang-kurangnya Ketuhar Panas Yatie ada kenangan bersama pelanggan semua. Berbanyak-banyak maaf kepada pelanggan yang tak sempat nak diambil gambar tempahannya.

Harapan Ketuhar Panas Yatie menjelang tahun 2011 ni, agar bisnes kecil-kecilan ni akan terus kekal dan berkembang. InsyaAllah.

First Trial

Ketuhar Panas Yatie buat scones pada cuti hujung minggu lepas. Ni bahang dari minum teh di Bharat Tea dan Boh Tea semasa pergi ke Cameron Highlands baru2 ni. Tapi scones yang kat bawah tu rupanya tak sama dengan orang lain buat sebab malas nak canai dan tekap. KPYatie bulat2kan dan leperkan je. Suami kata rasanya 'not bad ' .Almaklumlah bahan2nya tak cukup tapi semangat berkobar2 nak buat.Masa tu tak de stok susu tepung, jadi tak letaklah. Sesiapa yang nak buat tu bolehlah cuba. Ni resipi dari Alex Goh.

Bahan:
A
250 g tepung
1 tbsp serbuk penaik
1/2 tbsp susu tepung
1/8 tsp serbuk pala

B
secubit garam
40 g gula

C
45 g mentega

D
150 ml susu

E
90 g kismis

Cara:
1. Ayak bahan A dan dan masukkan B . Gaul hingga sebati.
2. Masukkan bahan C dan gaulkan sehingga jadi serbuk yg kasar , kemudian masukkan bahan D.
Uli hingga jadi doh.
3. Kemudian masukkan bahan E dan uli hingga kismis bercampur sebati dengan doh .
4. Biarkan doh selama 15 minit kemudian leperkan menjadi lebih kurang 20mm tebal.Gunakan
50 mm round cutter dan tekankan ke atas doh dan letakkan di atas dulang pembakar yg telah
digriskan.
5. Sapukan dengan telur diatas doh dan bakar pada suhu 200 darjah selsius selama lebih kurang
15 - 20 minit.

Selamat Mencuba

Tempahan kedua terakhir 2010

Ini merupakan tempahan kedua terakhir bagi tahun 2010 . Sharizawati order untuk birthday emaknya yang jatuh pada 29 Dis. Tempahan terakhir pada 30 hb , semalam tapi tak sempat nak ambik gambar.