Friday, December 31, 2010

First Trial

Ketuhar Panas Yatie buat scones pada cuti hujung minggu lepas. Ni bahang dari minum teh di Bharat Tea dan Boh Tea semasa pergi ke Cameron Highlands baru2 ni. Tapi scones yang kat bawah tu rupanya tak sama dengan orang lain buat sebab malas nak canai dan tekap. KPYatie bulat2kan dan leperkan je. Suami kata rasanya 'not bad ' .Almaklumlah bahan2nya tak cukup tapi semangat berkobar2 nak buat.Masa tu tak de stok susu tepung, jadi tak letaklah. Sesiapa yang nak buat tu bolehlah cuba. Ni resipi dari Alex Goh.

Bahan:
A
250 g tepung
1 tbsp serbuk penaik
1/2 tbsp susu tepung
1/8 tsp serbuk pala

B
secubit garam
40 g gula

C
45 g mentega

D
150 ml susu

E
90 g kismis

Cara:
1. Ayak bahan A dan dan masukkan B . Gaul hingga sebati.
2. Masukkan bahan C dan gaulkan sehingga jadi serbuk yg kasar , kemudian masukkan bahan D.
Uli hingga jadi doh.
3. Kemudian masukkan bahan E dan uli hingga kismis bercampur sebati dengan doh .
4. Biarkan doh selama 15 minit kemudian leperkan menjadi lebih kurang 20mm tebal.Gunakan
50 mm round cutter dan tekankan ke atas doh dan letakkan di atas dulang pembakar yg telah
digriskan.
5. Sapukan dengan telur diatas doh dan bakar pada suhu 200 darjah selsius selama lebih kurang
15 - 20 minit.

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment