
Monday, June 13, 2011
Sunday, June 12, 2011
Ahai....Cek Mek Molek
Bahan :
Ubi keledek yang telah direbus ( rebus bersama garam )- ikut suka banyak mana.Lebih cantik
guna keledek warna oren .
Tepung gandum
gula ( diisi dalam kuih )
minyak untuk menggoreng
Cara :
1. Tumbuk ubi keledek yg telah empuk tadi.
2. Gaulkan dengan tepung gandum sehingga adunan tadi tak melekat kat tangan. Kalau adunan
lembik , tambah je tepung. Jangan sampai tepung melebihi ubi keledek , nanti keras dan tak
sedap.
3. Bila adunan dah siap , bulatkan sebesar bola ping pong dan leperkan . Masukkan sedikit gula
ke dalam adunan leper tadi dan tutup mcm buat karipap. Bentukkan jadi bujur.
4. Goreng dengan api yang sederhana kecil . Apabila dah keemasan , bolehlah diangkat.
Wednesday, June 8, 2011
Apam Polkadot
Apam yang sangat meriah bukan setakat pada warnanya , malah di rumah2 rakan blogger pun turut meriah. KPY pun mengambil kesempatan nak cuba. Ambik resepi di rumah Mieza dan mungkin di rumah2 orang lain pun sama jugak. Tapi susu tu , KPY gantikan dengan santan sebab masa tu ada lebihan santan masak bingka ubi kayu.Bahan:
3 biji telur
275 g tepung gandum
200 g gula
150 g susu segar ( KPY gunakan santan )
2 tsp baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 tsp essen vanilla
Filling - blueberry , kiwi dsb
pewarna yg disukai
Cara :
1. Pukul gula ,ovalette dan telur hingga kembang dan berwarna putih.
2. Masukkan bahan kering berselang seli dengan susu / santan
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letak warna -warna pilihan . Masukkan ke dalam piping bag .
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil yang dialas dgn cawan kertas . letakkan filling kalau suka dan picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. Atas permukaan letak dot-dot yg berlainan warna.
5. Kukus selama 5 minit dengan api yang sederhana.
Tuesday, June 7, 2011
Kek Buah - Versi senang
Jom try buat yang ni pulak. Senang dan ringkas. Resipi ni KPY dapat masa mengajar di Darul Ehsan dulu (Cikgu Akmar ). Tapi masa tu salin je resipi , buat tak pernah sebab tak ada oven pun. Hampir berbelas-belas tahunlah resipi tu tersimpan. Ni kali kedua KPY buat.

Bahan -bahan:
2 cawan buah-buahan campuran ( kering )
1 cawan gula kastor
250 g butter
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 cawan air ( untuk merebus )
Cara :
1. Air + buah + gula +butter direbus sehingga gula dan butter cair . Sampai mendidih. Sejukkan
2. Ayak soda bikarbonat dan tepung gandum dan tepung naik sendiri .
3. Pukul telur dan masukkan bahan tepung tadi. gunakan spatula sahaja.
4. Bila tepung dah sekata , masukkan bahan yang direbus tadi . Kaup - balikkan sehingga sekata.
5. Bakar selama 1 jam dengan suhu oven 150 darjah selcius.
* kalau letak dalam cup , masa membakar 25 minit je.
Bahan -bahan:
2 cawan buah-buahan campuran ( kering )
1 cawan gula kastor
250 g butter
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 cawan air ( untuk merebus )
Cara :
1. Air + buah + gula +butter direbus sehingga gula dan butter cair . Sampai mendidih. Sejukkan
2. Ayak soda bikarbonat dan tepung gandum dan tepung naik sendiri .
3. Pukul telur dan masukkan bahan tepung tadi. gunakan spatula sahaja.
4. Bila tepung dah sekata , masukkan bahan yang direbus tadi . Kaup - balikkan sehingga sekata.
5. Bakar selama 1 jam dengan suhu oven 150 darjah selcius.
* kalau letak dalam cup , masa membakar 25 minit je.
Selamat Bertunang - adik kepada Sha
Friday, June 3, 2011
Baking Class 2
Disebabkan ada lagi permintaan untuk baking class ni maka KPY akan mengadakan satu lagi kelas pada hari Selasa ( 7 Jun 2011 ) . Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi hingga selesai semuanya. Kelas akan dibuat secara hand's on . Hasil yang dibuat akan dibawa balik oleh peserta. KPY akan mengambil 5-6 orang saja pada satu-satu sesi untuk keselesaan para peserta dan tumpuan yang sepenuhnya dapat diberikan. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan KPY sendiri.
Yang Lepas-lepas
Thursday, June 2, 2011
Selamat Hari Guru - SMK Jalan 2 , BBB
Wednesday, June 1, 2011
Baking Class 1
Alhamdulillah.Baking Class sulung yang KPY buat berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekurangan dari segi masa. Maklumlah , pertama kali.
Wednesday, May 25, 2011
Order Last Week (i )
Subscribe to:
Posts (Atom)
