Tuesday, February 24, 2009

Makan-makan kat office suami


Kali ni office suami order 1.5kg blueberry cheese cake untuk makan-makan .Kek kat atas tu saja sumbang untuk mereka.

Projek Hujung Minggu

Hujung minggu ni ( Sabtu ) menyiapkan tempahan cheese cake Rusniza untuk birthday anaknya . Dan hari Ahad pula buat chocolate cake untuk Linda sempena birthday anaknya yang ke 5 tahun. Petang Ahad tu pergilah menghantar kek kat rumahnya dan dapatlah merasa laksa Sarawak.
cup cake untuk Daniel


Tak tau nak deco macam mana , lastnya ambil gambar spongebob letak atas cake.Mintak maaflah Daniel sebab letak bunga sekeliling kek. Tak kena rasanya lelaki dengan bunga.



gambar sisi

Blueberry Cheese Cake for Maghfirah. Happy birthday yea!

Jualan BAKTI

Cup cake yang dijual sempena jualan BAKTI. Walaupun badan masih lagi lemah sebab demam yang agak teruk balik dari kerja semalam , tapi ketuhar ku tetap berjalan. Deco yang simple sebab nak cepat. walau apa pun jualan cepat habis. Hari tu buat juga dadih pelbagai perisa untuk dijual.







Friday, February 20, 2009

Dari album ketuhar panas......

Baru berkesempatan untuk post gambar2 lama dalam album. Selamat menatap.
Biasanya cheese cake letak strawberry tapi kali ni gantikannya dengan kuntuman ros yang sedang mekar.

Blueberry Cheese Cake with spiderman image


Talam Marble

Carrot Walnut Cake with cream cheese

kek hantaran pertunangan anak saudara ( Linda )


Moist chocolate cake


3 Tier Wedding Cake

Thursday, February 19, 2009

Koleksi biskut

pineapple tart
semperit kacang


hazelnut cup


chocolate rice


london almond

Antara koleksi biskut yang dibakar di dalam ketuhar panas yatie. Kesemuanya mendapat sambutan hangat , sehangat ketuhar ku juga !

Wednesday, February 18, 2009

Minum petangku.......


sedang bakar........


Kuih cara manis untuk minum petang Ahad lalu. Hujung minggu lalu sangat penat, petang Sabtu balik dari kerja badan terasa seram sejuk...... demam. Hari Ahad ingatkan nak buat bubur pulut hitam tapi disebabkan kesuntukan masa buat je lah kuih cara. Cepat dan mudah! Sesiapa yang nak mencuba resepi kuih cara dipersilakan.
Bahan:
250 ml santan
100 g tepung gandum
1 biji telur
daun pandan ( dikisar untuk dapatkan warna hijaunya tu .Kalau saya kelapa + daun pandan
kisar sekali .Jadikan 250ml )
garam secukup rasa
gula pasir
pewarna hijau jika perlu
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan. Kisar dengan blender(betul ke eja..) sampai tepung tak berketul.
2. Masak dalam acuan kuih cara di atas api yang kecil. Takut nanti hangus.Apabila dah letak tepung dalam acuan tu , masukkanlah gula .
3.Tunggu sampai tepung tadi berwarna keemasan dan dah masak atasnya tu , congkel dengan sudu atau garfu untuk mengangkatnya.
4. Dah sejuk boleh le makan.

Selamat mencuba.

Dari klinik

Blueberry cheese cake

Order dari Dr.Rohani klinik Az-Zahra Tmn Teknologi( not sure).Beliau pernah order tahun lepas. Gambar kek bahagian belakang tu tak jelas , gelap semacam je.

Tuesday, February 10, 2009

Cup cake

cup cake - dalam bekas hantaranCup cake yang dihiasi dengan sekuntum bunga ros warna gold untuk hantaran balas kepada pihak lelaki.

Kek Hantaran Pertunangan

Kek hantaran Fara kepada tunangnya Zam. Fara minta dibuatkan kek bentuk empat segi bertemakan warna gold. Sekeliling kek dan atasnya nak letak bunga ros warna gold. Naik letih sebab nak buat bunga ros yang banyak. Walaupun badan letih tapi gembira setelah kek yang dibuat diterima dan dipuji. Selamat bertunang Fara dan Zam.


Kek bentuk bakul untuk pertunangan anak Mak Ngah di Bangi.Hari yang sama 2 orang anak Mak Ngah bertunang.Bakal tunang anak ke- 3 ( Oney ) minta kek bakul warna pink. Bunga ros tu yatie buat warna merah + putih untuk menaikkan warna sebab kalau buat bunga warna pink nanti tak berseri dan tak menyerlah. Yang penting dah dipuji cantik oleh tuan badan.Selamat bertunang Oney dan Eg.



Order dari anak saudara Rusniza ( 7.2.2009 )

Cheese cake

Chocolate cake
Chocolate moist cake yang ditabur dengan chocolate rice. Tu saja letak .Tak taulah tuan kek ni suka ke tak. Anak saudara Za yang tolong orderkan untuk kawannya. Kawannya order 2 jenis kek.