Thursday, June 16, 2011

Bingka Ubi Kayu

Dah banyak hari tak letak apa2 N3.Kali ni jom layan bingka ubi kayu. Tapi kalau nak buat ni , tahan sikit le tangan tu.....lenguh jugak nak memarut ubi kayu tu.






Sumber : Azimah Mansor
Sumber: Yatie@KetuharPanas

Bahan A
1800 g ubi kayu (yg telah diparut)
900 g santan ( agak pekat -perahan 1)
350 g gula melaka
130 g pasir
50 g susu cair(*resipi asal guna susu tepung )
80 g mentega
1 1/2 tsp garam halus
sedikit pewarna kuning

Cara:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau di atas api yang sederhana sehingga pekat
dan bertukar warna keperangan.

2. Tuang ke dalam loyang 10 inci x 10 inci yg telah disapu dengan marjerin.

3. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 95 minit atau sehingga atasnya nampak garing.

Monday, June 13, 2011

Bulat atau Biasa

Petang Ahad lepas KPY mendonutkan diri. ( penggunaan bahasa yg TIDAK sepatutnya ).Buat yg comel2 @ mini . Kalau buat yg saiz mcm Big Apple / DD tu takut anak2 buat 'munoh'( bhs kelate atau membazir je . Nanti makan sikit , buang ...... maklumlah nampak banyak kat dapur. Buat yang comel2 ni senang sikit. Berbalik dgn tajuk N3 kat atas tu yg bulat atau biasa... mulanya KPY ingat nak buat bentuk bulat (mcm kat rumah Mieza , Izah dan Yatie ) tapi nanti banyak cakap pulak bebudak ni. Lastnya seperti kat bawah tu.....

Resipi ni KPY dapat dari Chef Danial. Resipinya memang sedap dan menjadi.

Bahan 2:

500 g tepung high protein
320 g susu cair
11 g yis segera ( kering )
40 g butter
70 g gula castor
2 g garam
1 biji telur ( A )

Cara :

1. Campurkan kesemua bahan. Pukul dengan pemutar utk roti . Gunakan speed 1 untuk kacau rata dan kemudian gunakan speed 2 ( 15 minit )

2. Setelah 15 minit , keluarkan doh dari mangkuk pemutar, rehatkan selama 5 - 10 minit.
( sebelum letak doh , taburkan sedikit tepung atas meja kerja).

3. Tekan dengan tangan , kemudian gunakan rolling - satu hala sahaja. ( ketebalan = 1 cm )

4. Sebelum tekan dgn acuan donut , angkat dgn tangan doh yg telah leper supaya tidak kecut.

5. Setelah diacu , rehatkan selama 20 - 30 minit.

6. Goreng dengan api yg kecil.

7. Setelah digoreng , angkat dan letakkan di atas tisu supaya minyak diserap. kemudian baru letakkan gula.

* adunan di atas dpt 55-60 biji mini donut.

Order dari Dr.Fazlina

Seperti biasa Dr.Fazlina mengorder 100 pcs cup cake untuk sambutan birthday anak2 nya.





Sunday, June 12, 2011

Ahai....Cek Mek Molek

Kuih CekMek Molek. Minggu lepas KPY buat kuih ni. Buat sendiri dan makan sendiri sebab ahli2 lain kat rumah ni tak nak. Jadinya KPY ngap sorang2 je la. Resipi kat bawah tu tak ada sukatan jadinya pakai agak2 je la. InsyaAllah jadi...

Bahan :

Ubi keledek yang telah direbus ( rebus bersama garam )- ikut suka banyak mana.Lebih cantik
guna keledek warna oren .

Tepung gandum

gula ( diisi dalam kuih )

minyak untuk menggoreng

Cara :

1. Tumbuk ubi keledek yg telah empuk tadi.
2. Gaulkan dengan tepung gandum sehingga adunan tadi tak melekat kat tangan. Kalau adunan
lembik , tambah je tepung. Jangan sampai tepung melebihi ubi keledek , nanti keras dan tak
sedap.
3. Bila adunan dah siap , bulatkan sebesar bola ping pong dan leperkan . Masukkan sedikit gula
ke dalam adunan leper tadi dan tutup mcm buat karipap. Bentukkan jadi bujur.
4. Goreng dengan api yang sederhana kecil . Apabila dah keemasan , bolehlah diangkat.

Wednesday, June 8, 2011

Apam Polkadot

Apam yang sangat meriah bukan setakat pada warnanya , malah di rumah2 rakan blogger pun turut meriah. KPY pun mengambil kesempatan nak cuba. Ambik resepi di rumah Mieza dan mungkin di rumah2 orang lain pun sama jugak. Tapi susu tu , KPY gantikan dengan santan sebab masa tu ada lebihan santan masak bingka ubi kayu.

Bahan:
3 biji telur
275 g tepung gandum
200 g gula
150 g susu segar ( KPY gunakan santan )
2 tsp baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 tsp essen vanilla
Filling - blueberry , kiwi dsb
pewarna yg disukai

Cara :

1. Pukul gula ,ovalette dan telur hingga kembang dan berwarna putih.
2. Masukkan bahan kering berselang seli dengan susu / santan
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letak warna -warna pilihan . Masukkan ke dalam piping bag .
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil yang dialas dgn cawan kertas . letakkan filling kalau suka dan picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. Atas permukaan letak dot-dot yg berlainan warna.
5. Kukus selama 5 minit dengan api yang sederhana.

Tuesday, June 7, 2011

Kek Buah - Versi senang

Jom try buat yang ni pulak. Senang dan ringkas. Resipi ni KPY dapat masa mengajar di Darul Ehsan dulu (Cikgu Akmar ). Tapi masa tu salin je resipi , buat tak pernah sebab tak ada oven pun. Hampir berbelas-belas tahunlah resipi tu tersimpan. Ni kali kedua KPY buat.



Bahan -bahan:

2 cawan buah-buahan campuran ( kering )
1 cawan gula kastor
250 g butter
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 cawan air ( untuk merebus )


Cara :

1. Air + buah + gula +butter direbus sehingga gula dan butter cair . Sampai mendidih. Sejukkan

2. Ayak soda bikarbonat dan tepung gandum dan tepung naik sendiri .

3. Pukul telur dan masukkan bahan tepung tadi. gunakan spatula sahaja.

4. Bila tepung dah sekata , masukkan bahan yang direbus tadi . Kaup - balikkan sehingga sekata.

5. Bakar selama 1 jam dengan suhu oven 150 darjah selcius.
* kalau letak dalam cup , masa membakar 25 minit je.

Selamat Bertunang - adik kepada Sha

Hantaran pertunangan adik Cikgu Sharizawati pada Sabtu lepas. Bertemakan warna pink , dalamnya berisi kek buah.







Friday, June 3, 2011

Baking Class 2

Disebabkan ada lagi permintaan untuk baking class ni maka KPY akan mengadakan satu lagi kelas pada hari Selasa ( 7 Jun 2011 ) . Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi hingga selesai semuanya. Kelas akan dibuat secara hand's on . Hasil yang dibuat akan dibawa balik oleh peserta. KPY akan mengambil 5-6 orang saja pada satu-satu sesi untuk keselesaan para peserta dan tumpuan yang sepenuhnya dapat diberikan. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan KPY sendiri.

Yang Lepas-lepas

Layan je la gambar ya .



Order dari seseorang sempena Hari Guru di sekolah KPY baru2 ini.Tuan punya badan nak rahsiakan sumbangannya ini. 2 kg chocolate moist cake.



Order dari adik2 kat bilik guru





Order dari Zee


Thursday, June 2, 2011

Selamat Hari Guru - SMK Jalan 2 , BBB

Selamat Hari Guru kepada guru2 SMK Jalan 2 , BBB . Lambat uploadkan gambar. SMK Jalan 2 menyambut hari guru pada Khamis sebelum cuti sekolah lalu. Kek seberat lebih 4 kg. Harap semuanya berpuas hati.