Sunday, February 13, 2011

Jom cuba yang ni...

Ni cerita minggu lepas punya. Disebabkan makanan yang dijual di pasar malam sekarang ni tidak memenuhi selera kerana peniaga-peniaga yang makanannya boleh tahan sedap tu sudah tiada. Mungkin mereka mencari kawasan yang mempunyai permintaan yang ramai.Sekarang ni kalau pergi pun beli barangan kering dan lauk-lauk mentah je.

Ikan Aji-aji ni pernah makan masa pergi bercuti kat Kuantan dulu. Makan dekat Tg.Lumpur. Minggu lepas masa pergi pasar malam jumpalah pulak ikan ni. Jadi ....... apa lagi. Masakan kesukaan anak2lah.....Isinya lembut dan banyak.




Bahan-bahan:
1 ekor ikan yang sederhana besar.( kelar besar2 )
2 sudu besar cili boh
6 ulas bawang merah -tumbuk
3 ulas bawang putih -tumbuk
1 cm halia -tumbuk
cili padi ( pilihan )
2 sudu besar sos cili
minyak untuk menggoreng ikan dan menumis
garam
gula
serai dan daun limau purut
Cara:
1. Panaskan minyak(agak banyak ) .masukkan sedikit garam supaya ikan tidak melekat pada kuali.Apabila minyak sudah panas , masukkan ikan. Goreng sehingga garing dan angkat.
2. Keluarkan sebahagian besar minyak gorengan ikan tadi. Tinggalkan hanya cukup2 untuk menumis bahan.Mula2 masukkan cili boh , kemudian semua bahan yg ditumbuk tadi . Tumis sehingga masak , masukkan sos cili dan masukkan sedikit air . Masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan serai , daun limau purut dan cili api.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul sebati. Ataupun boleh tuang sahaja sos tadi ke atas ikan.
5. Siap.
* Malam tadi pergi pasar malam beli ikan kerapu. Masak macam kat atas juga.

2 comments:

  1. tak de ke gambar ikan aji-aji yg belum dimekapkan? Tak pernah dengar nama ikan ni....
    Teringin nak rasa...tak tau nak beli di mana.

    ReplyDelete
  2. tak de,tapi colour dia mcm cencaru.banyak isi sbb tulang tengah je.dulu pernah makan kat Tanjung lumpur. baru jumpa kat pasar malam Tmn Mesra.

    ReplyDelete