Sunday, February 13, 2011

Laksa Kuah Putih ( Kelantan )

Kalau buat laksa ni yang sebenar , sendiri je yang makan. Orang lain dalam rumah ni ' kureng ' sikit . Disebabkan darah Kelate tu ada dalam diri , maka kita masaklah apa yang kita suka. Kalau nak beli kat luar tu , lebih baik buat sendiri. Melainkanlah kalau makan dekat negeri Kelantan. Atas pasar Siti Khadijah.wow...puas hati.

Stok laksa kering sentiasa ada . Di bawa khas dari kampung , Temerloh . Kat sini tak de jual yang halus macam ni.



Bahan-bahan kuah:
8 ekor ikan sardin / selayang /kembung
1 liter santan
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 tsp lada hitam
1-2 asam keping
garam
gula
1 bungkus laksa
Cara :
1. Ikan direbus / kukus. Ambik isi ikan sahaja.
2. Isi ikan , bawang putih , bawang merah ,halia dan lada hitam dimesin ( Saya tumbuk dgn lesung lada hitam takut tak hancur dgn mesin )/
2 . Masukkan ke dalam periuk . masukkan santan. Semasa memasak kuah hendaklah sentiasa dikacau kerana takut pecah santan dan berminyak. Bila dekat nak mendidih masukkan garam , gula dan asam keping . Saya lebih suka jika kuahnya biar terasa manisnya.( Tak boleh mcm nak buat kari )
3. Bila dah mendidih kira2 2 minit, tutup api dan teruskan mengacau kuahnya supaya tidak berketul.Kalau kuah dia berketul , rasanya kurang sikit dan tak boleh terlalu lama mendidih. nanti pecah minyak.
Laksa:
rendam lebih kurang 4 jam ( kalau yang saiz besar ) , kemudian rebus hingga masak. Kalau yang saiz mcm saya guna rendam 1/2 jam sudah boleh rebus. Masa merebus pun tak lama. Tu yang senang tu.
Ulam:
Kacang panjang , taugeh , timun , daun kesom atau kobis
Sambal

No comments:

Post a Comment