Saturday, September 18, 2010
Wednesday, September 8, 2010
Akhirnya......
Alhamdulillah. Siap juga semua tempahan pelanggan biskut raya 2010 kali ni. Sehinggakan hari-hari terakhir ni batuk dan selesema mula menyerang.Tapi yang terjadi setiap tahun, biskut raya tuannya tak berapa nak cukup.kena buat lepas raya nampaknya. Yang banyak biskut atau kerepek yang dibeli daripada orang lain. Biasalah tu....agaknya sama je ragam penjual biskut raya dengan tukang jahit.
Di kesempatan ini Ketuhar Panas Yatie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelanggan dan rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan selama ini. Ketuhar Panas Yatie juga memohon ampun dan maaf andai tersilap kata , tersalah buat tempahan , kek dan biskut yang tak dapat memenuhi selera semua atau apa-apa sekali pun.
Ketuhar Panas Yatie telah membuka semula tempahan untuk kek selepas cuti hari raya nanti. Bagi yang telah menempah awal tu terima kasih kerana memberi ruang kepada pihak saya untuk buat perancangan. Yang penting sekarang ni kepada semua pelanggan , cari dan dapatkan produk yang benar-benar halal dan terjamin dari segi pembuatannya. Banyak produk keluaran Muslim yang boleh anda dapatkan perkhidmatannya.
" Kehalalan terjamin , kualiti setanding dan harga berpatutan "

Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Ketuhar Panas Yatie ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pelanggan yang selama ini telah banyak memberi sokongan.Tanpa anda siapalah Ketuhar Panas Yatie. Buat masa ini Ketuhar Panas Yatie sedang menyiapkan semua order biskut raya 2010.Mana-mana pelanggan yang tidak dapat dipenuhi permintaan tu harap maaf.
Tuesday, July 27, 2010
Salah Ejaan
Thursday, July 22, 2010
Iklan Je...
Ketuhar Panas Yatie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tidak lama lagi. Buat masa ini Ketuhar Panas Yatie sedang sibuk membuat persiapan Biskut Raya 2010.Tidak ada masa untuk mengemaskini blog. Mana2 pelanggan yang telah pun mendapat tempahan tu , gambarnya masih belum dimasukkan lagi. Yang ada pun hanya dimasukkan gambar sahaja, tidak ada cerita-ceritinya. Bila ada kesempatan nanti Ketuhar Panas Yatie akan masukkan ceritanya.
Biskut Raya 2010 telah pun bermula. Sebenarnya Ketuhar Panas Yatie tidak mempromosikan di blog sebab setakat ini pun order telah bermula dan telahpun ditutup.Mana2 pelanggan tetap yang masih belum membuat tempahan tu, ketuhar panas yatie akan hubungi nanti.
Order untuk semua jenis kek akan ditutup bermula Ogos hingga seminggu sebelum hari raya. Hanya tempahan awal sahaja yang akan dibuat sehingga akhir Julai nanti .Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Ketuhar Panas Yatie.

Subscribe to:
Posts (Atom)