Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010

Disaat Ketuhar Panas Yatie menitipkan bait-bait ini , tahun 2010 tinggal lebih kurang 40 minit saja lagi. Sebelum 2010 melabuhkan tirai , Ketuhar Panas Yatie ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan . Tanpa anda semua ,Ketuhar Panas Yatie tidak akan ada seperti sekarang. Tidak ada gambar2 kek , biskut dan kuih-muih. Walaupun gambar yang ada tidak sehebat blog2 lain , sekurang-kurangnya Ketuhar Panas Yatie ada kenangan bersama pelanggan semua. Berbanyak-banyak maaf kepada pelanggan yang tak sempat nak diambil gambar tempahannya.

Harapan Ketuhar Panas Yatie menjelang tahun 2011 ni, agar bisnes kecil-kecilan ni akan terus kekal dan berkembang. InsyaAllah.

First Trial

Ketuhar Panas Yatie buat scones pada cuti hujung minggu lepas. Ni bahang dari minum teh di Bharat Tea dan Boh Tea semasa pergi ke Cameron Highlands baru2 ni. Tapi scones yang kat bawah tu rupanya tak sama dengan orang lain buat sebab malas nak canai dan tekap. KPYatie bulat2kan dan leperkan je. Suami kata rasanya 'not bad ' .Almaklumlah bahan2nya tak cukup tapi semangat berkobar2 nak buat.Masa tu tak de stok susu tepung, jadi tak letaklah. Sesiapa yang nak buat tu bolehlah cuba. Ni resipi dari Alex Goh.

Bahan:
A
250 g tepung
1 tbsp serbuk penaik
1/2 tbsp susu tepung
1/8 tsp serbuk pala

B
secubit garam
40 g gula

C
45 g mentega

D
150 ml susu

E
90 g kismis

Cara:
1. Ayak bahan A dan dan masukkan B . Gaul hingga sebati.
2. Masukkan bahan C dan gaulkan sehingga jadi serbuk yg kasar , kemudian masukkan bahan D.
Uli hingga jadi doh.
3. Kemudian masukkan bahan E dan uli hingga kismis bercampur sebati dengan doh .
4. Biarkan doh selama 15 minit kemudian leperkan menjadi lebih kurang 20mm tebal.Gunakan
50 mm round cutter dan tekankan ke atas doh dan letakkan di atas dulang pembakar yg telah
digriskan.
5. Sapukan dengan telur diatas doh dan bakar pada suhu 200 darjah selsius selama lebih kurang
15 - 20 minit.

Selamat Mencuba

Tempahan kedua terakhir 2010

Ini merupakan tempahan kedua terakhir bagi tahun 2010 . Sharizawati order untuk birthday emaknya yang jatuh pada 29 Dis. Tempahan terakhir pada 30 hb , semalam tapi tak sempat nak ambik gambar.



Suka-suka daaaaa........

Saja nak memenuhkan detik-detik terakhir 2010 ........




jambangan bunga segar yang digubah sendiri. hampir 2 minggu, masih ada lagi.


bunga matahari di Cameron


Cekodok pisang



Kuih bakar. tengah panas2 dan lembik , dah ada orang yang cilok



Mee Hoon Goreng Bersalji Telur ( canggih tak nama tu )

Saturday, December 25, 2010

Talam oh Talam

Talam Keladi yang diorder oleh Kak Muni sempena perkahwinan anak saudaranya .Kak Muni order 2 loyang dan selepas beberapa jam order lagi 2 loyang.Kali yg kedua ni kakaknya yg tinggal di Kedah nak bawak balik ke sana.


Satu loyang lagi Ketuhar Panas Yatie buat khas untuk makan-makan sendiri dan bagi pada jiran.

Import khas dari Cameron....

Buah strawberry tu di bawa dari Cameron semasa Ketuhar Panas Yatie bawa anak2 bercuti baru2 ni. Cadangnya memang tak nak beli buah strawberry tu sebabnya tak de sesiapa yang nak makan. Anak2 bukannya suka. Tapi beli jugak sebab takut nanti ada pelanggan yang order kek. Semasa bercuti tu banyak pulaklah order yang datang tapi tak dapatlah nak penuhi.Terima kasihlah kepada yang sudi mengorder tu.


order dari Kak Mala

Order dari Sakinah (seks.4, BBB -repeat order).
Atas kek tu sebenarnya ada tulis Happy Birthday Ayah ke-54.
Dia dah balik separuh jalan patah balik utk buat tulisan , tu yg tak sempat nak ambik gambar.


Happy, happy and happy birthday

Tiga tuan yang berlainan buat dalam satu N3 je. Bulan Disember dah hampir ke penghujungnya dan bermakna tahun 2010 bakal menutup tirai. Ketuhar panas yatie tak sempat nak berceloteh panjang. Masih ada lagi pic yang belum dimasukkan. Kalau boleh semua order bulan Disember ni nak masuk sebelum tahun baru 2011 menjelma.

Mengingat kembali semasa mula2 ada blog dulu , pantang ada order je, terus masukkan dalam blog . Cerita-ceritinya pun panjang. Tapi sekarang , ada sesetengah tu yang ada gambar je. Ada juga order yang tak sempat nak ambik gambar. Mintak maaflah jika ada pelanggan yang nak tengok gambar keknya tu tapi tak de dalam blog ni.


Order dr Kak Iza

Order dr Kak Mala


Kek untuk saudara yg disambut di Cameron Highlands baru2 ni


Friday, December 24, 2010

RU X- SMKR 2010

Blueberry cheese tart dan cheese cake ni Ketuhar Panas Yatie buat sempena reunion husband bersama ex-school mate pada 11 / 12 / 2010 baru2 ini.





Thursday, December 23, 2010

Jom layan bubur / pengat pulak...

Bubur yang kat bawah tu sebenarnya Ketuharpanasyatie buat masa berlangsungnya MAHA 2010 baru2 ni. Nangka tu beli kat gerai buah2an . Dekat 1/4 biji Ketuharpanasyatie beli. Maklumlah 2 kali beratur untuk beli nangka. Mengalahkan orang mengidam... Nangka yang banyak2 tu makan sorang2 je sebab anak-anak dan suami semuanya tak sentuh. Dah puas makan , maka jadilah seperti kat bawah tu...



Bahann:

Sagu mata ikan - 200 g

Santan - 5 cawan

Gula - ikut citarasa

Garam

6 ulas nangka - disiat-siat

Cara:

1. Didihkan air macam nak buat kuih buah melaka.

2. Masukkan sedikit air panas dlm sagu . Kacau dan gaulkan sehingga sagu tersebut boleh digentel bulat macam nak buat buah melaka. Kemudian masukkan sagu yang telah dibulat-bulatkan ke dalam air mendidih tadi . Angkat setelah timbul.

3. Panaskan santan , masukkan sagu dan hirisan nangka . Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.

4. Apabila mendidih tutupkan api. Sedia untuk dihidangkan.

* Tak perlu letak daun pandan kerana bau wangi daripada nangka begitu menggiurkan.

....... Selamat Mencuba ........


Danish is 3

Happy Birthday Danish yg ke -3. Semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang dalam apa jua bidang.











Thanks Yana.