Thursday, December 23, 2010

Jom layan bubur / pengat pulak...

Bubur yang kat bawah tu sebenarnya Ketuharpanasyatie buat masa berlangsungnya MAHA 2010 baru2 ni. Nangka tu beli kat gerai buah2an . Dekat 1/4 biji Ketuharpanasyatie beli. Maklumlah 2 kali beratur untuk beli nangka. Mengalahkan orang mengidam... Nangka yang banyak2 tu makan sorang2 je sebab anak-anak dan suami semuanya tak sentuh. Dah puas makan , maka jadilah seperti kat bawah tu...



Bahann:

Sagu mata ikan - 200 g

Santan - 5 cawan

Gula - ikut citarasa

Garam

6 ulas nangka - disiat-siat

Cara:

1. Didihkan air macam nak buat kuih buah melaka.

2. Masukkan sedikit air panas dlm sagu . Kacau dan gaulkan sehingga sagu tersebut boleh digentel bulat macam nak buat buah melaka. Kemudian masukkan sagu yang telah dibulat-bulatkan ke dalam air mendidih tadi . Angkat setelah timbul.

3. Panaskan santan , masukkan sagu dan hirisan nangka . Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.

4. Apabila mendidih tutupkan api. Sedia untuk dihidangkan.

* Tak perlu letak daun pandan kerana bau wangi daripada nangka begitu menggiurkan.

....... Selamat Mencuba ........


No comments:

Post a Comment