Terima kasih banyak2 wahai kawan-kawan yang tak putus2 memberikan sokongan kepada KPY.Di bawah tu gambar2 kek anda semua. Hiasannya lebih kurang je tetapi tulisan yang tercatat berlainan.
Thursday, May 19, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Siaran Tertunda
Kek kat bawah tu KPY buat sempena majlis perkahwinan BIL bulan lepas. Memandangkan tiada kesempatan nak update blog, maka baru sekarang gambarnya boleh keluar. Kek yang siap dipasang tiang tak sempat nak ambik gambar. Kalau ada pun dalam kamera biras KPY je.
Masa hari kenduri tu , cuaca begitu panas sekali . Bawak sekejap je kek tu kat luar untuk upacara memotong kek , keknya dah nak cair , maklumlah pakai fresh cream. Terpaksa bawak masuk rumah semula untuk di repair. 3 biji kek ( KPY buat blueberry cheese cake ) habis dalam sekelip mata.
Permintaan kawan-kawan ......Talam Peanut Butter
Talam Peanut Butter yang dibawa untuk makan -makan kat sekolah.


Sesiapa yang nak cuba buat , dipersilakan :
Lapisan Bawah
50 g tepung jagung
50 g tepung Hoen Kwee ( putih )
110 g tepung beras
100 g gula pasir
1/2 tsp garam
220 g creamy peanut butter ( KPY guna jenama CED )
800 ml santan ( sederhana pekat )
sedikit pewarna coklat / brown colour
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend.
- Kacau di atas api yang sederhana hingga naik wap
- Tuang ke dalam loyang 10 inci x 10 inci yang di alas plastik
- Kukus lebih kurang 30 minit.
Lapisan Atas
Bahan-bahan :
Bahan A
150 g tepung beras ( KPY selalu tambah 5-10 g )
150 g tepung ubi
600 ml santan
1/2 tsp garam
pewarna hijau epal , orange red
Bahan B
200g gula
350 ml santan
3 helai daun pandan
Cara-cara:
- Panaskan bahan B hingga mendidih.
- Bancuh bahan A dan satukan dengan bahan B( dpt lebih kurang 1250 ml )
- Bahagikan kepada 5 bahagian ( 1250ml bahagi 5 = 250 ml setiap satu )
- Kukus setiap lapis 250 ml - mulakan dgn warna putih , hijau muda , putih , orange red dan hijau tua .
- Kukus setiap lapis 5 minit dan lapisan akhir selama 20-25 minit.
* Pastikan sentiasa mengelap tutup pengukus agar mengelak daripada wap air jatuh ke atas kuih talam . Takut nanti permukaan talam tidak cantik, berlubang-lubang )
Selamat Mencuba.
Saturday, May 14, 2011
Jom Cuba bersama KPY
Kuih yang senang dan cepat. Jom buat bersama Ketuhar Panas Yatie.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:- 250 ml santan ( tak perlu pekat )
- 125 g tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 tsp pandan paste ( boleh juga guna daun pandan yg diblend bersama kelapa )
- sedikit pewarna hijau ( ikut kesesuaian warna )
- 1/2 tsp garam
- gula*
Cara-cara:
- Blender kesemua bahan di atas ( kecuali gula ) sehingga tepungnya halus.
- Panaskan acuan di atas dapur , lenserkan dengan minyak masak agar kuih cara nanti tidak melekat. * kali pertama membakar letak lebih sikit minyak.( api dapur perlu kecil )
- Apabila acuan sudah panas , tuangkan tepung tadi ke dalam acuan.
- Letakkan sedikit gula ke dalam acuan yg ada tepung tadi.
- Tutup acuan sementara menanti bahagian bawahnya agak garing dan bahagian atasnya masak. ( KPY guna penutup periuk )
- Apabila dah masak , cungkil dgn lidi di bahagian tepi acuan.
- Sedia untuk dihidangkan.
* masa untuk membakar 2-3 minit je.
SELAMAT MENCUBA
Red Velvet Cake : Orang lain dah lama ... kita baru nak cuba
First time buat tapi alhamdulillah mendapat sambutan dari kawan2. Kawan2 ni bukan setakat customer tetapi merangkap tester. Segala kelemahan , kekurangan produk yang dihasilkan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Bagi KPY sendiri , resipi yang dapat tak kira daripada sumber mana kena buat eksperimen dulu , kemudian adjust mana2 yang kurang agar hasil yang kita keluarkan tu mendapat sambutan. Bagi KPY sendiri customer yang ada taklah sebanyak manapun tetapi mereka tetap setia. Kesetiaan adalah penting bukan setakat dalam perhubungan tetapi dalam perniagaan.....

Wednesday, May 11, 2011
Bila-bila masa - sarapan / minum malam
" Rasa nak makan yang macam dlm tvlah " kata anak yang berumur 6 thn tu tatkala lihat iklan McD . " Mama pandai tak buat "Sebelum tu , mama dia dah siap beli maple syrup di bakery shop. Mama mereka je yang guna sirap ni , anak-anak makan macam tu je. Walaupun hari dah tengah malam , maka bermulalah aktiviti ni .........tak sempat nak masak. Maklumlah banyak sangat pelanggan......( anak-anak le..)
( resipi , esok-esok ya KPY tulis , mengantuk dan tak boleh nak fikir dgn betul dah ni )
Tuesday, May 3, 2011
Talam Keladi
Talam Keladi yang diorder oleh jiran sebelah rumah bagi pihak saudaranya di Shah Alam yang mengadakan majlis kenduri kahwin. 4 loyang semuanya. Masa ni tengah sibuk BIL nak kahwin . Memandangkan tempahan tu dah lama , nak tak nak kena buat jugak. Nak order dari tempat lain menggantikan tempahan tu takut pulak nanti rasa tak sama. Untuk makan-makan kat rumah sendiri order dari kawan .

Terima Kasih Teman Seperjuangan

Terima kasih banyak-banyak Yus @antanbertingkah kerana memberi sejambak bunga yang cantik ni. Maaflah sebab lambat mengambilnya. Nasib baik masih segar umpama baru sebentar tadi dipetik. Memandangkan tiga hari tak pergi sekolah ( tapi pergi PPD -kursus ) tu yang rasa lapang sikit . Kertas exam pun dah settle , jadi bolehlah menjenguk beberapa rumah rakan. Apa-apa pun semoga kita sama-sama sukses dalam apa jua yang diceburi.....
Friday, April 22, 2011
KPY dah kembali....
Setelah hampir sebulan tak dengar khabar berita dari Ketuhar Panas Yatie , kini KPY dah kembali. KPY sebenarnya sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik ipar yang diadakan di rumah KPY sendiri. Terima kasih kepada kawan2 yang telah hadir memeriahkan majlis. Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancar dan hidangan yang disediakan mendapat pujian.
Buat masa ini KPY masih lagi tak dapat nak masukkan gambar2 order sebelum majlis diadakan. Minta maaf kepada kawan2 dan pelanggan yang berhasrat membuat tempahan tempohari dan terpaksa ditolak.Untuk pengetahuan semua KPY telah mula menerima semula tempahan bermula pada minggu hadapan . 2 hari lepas KPY terima panggilan mengatakan pembantu setiaku dah boleh menjalankan tugas semula. Senanglah sikit kerja....
Buat masa ini KPY masih lagi tak dapat nak masukkan gambar2 order sebelum majlis diadakan. Minta maaf kepada kawan2 dan pelanggan yang berhasrat membuat tempahan tempohari dan terpaksa ditolak.Untuk pengetahuan semua KPY telah mula menerima semula tempahan bermula pada minggu hadapan . 2 hari lepas KPY terima panggilan mengatakan pembantu setiaku dah boleh menjalankan tugas semula. Senanglah sikit kerja....
Subscribe to:
Posts (Atom)










