Thursday, June 2, 2011

Selamat Hari Guru - SMK Jalan 2 , BBB

Selamat Hari Guru kepada guru2 SMK Jalan 2 , BBB . Lambat uploadkan gambar. SMK Jalan 2 menyambut hari guru pada Khamis sebelum cuti sekolah lalu. Kek seberat lebih 4 kg. Harap semuanya berpuas hati.






Wednesday, June 1, 2011

Baking Class 1

Alhamdulillah.Baking Class sulung yang KPY buat berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekurangan dari segi masa. Maklumlah , pertama kali.


Peserta tekun menekan pastry dalam acuan.



Macam2 lorekan yang dibuat.



Yang sempat diambil gambar. Maklumlah sibuk sikit



blueberry cheese tart


Peserta sedang membuat lorekan



Wednesday, May 25, 2011

Order Last Week (i )

Tak dapat nak cerita panjang2 . Layan je la gambar. Nak jalan2 rumah kawan2 blogger pun tak sempat. Tunggu cuti panjang nanti , baru nak meronda .....







Tuesday, May 24, 2011

Memenuhi permintaan kawan-kawan

Atas permintaan kawan2 yang berkehendakkan krim puff maka dengan hari semalam dan hari ini bermulalah aktiviti ni. Sambil menanti puff yang tengah mengembang dalam ketuhar panas tu masak , bolehlah KPY mengupdate blog ni. Jeeeelees dengan kawan -kawan bloger yang begitu banyak masa mungkin atau pandai menyusun masa dan sentiasa mengupdate.




sebelum dibakar



teksture dalam





Order dari kawan2 yang sentiasa memberi sokongan

Sunday, May 22, 2011

Sarapan pagi

Pagi tadi tak tahu nak masak apa untuk sarapan. Last2 buat aktiviti menjala. Resipi ni KPY ambik dari myresipi.Tak guna resipi yang selalu dibuat.Makan bersama kari ayam tapi karinya tak sempat nak ambik.

Bahan2 : Telah diubahsuai sikit oleh KPY
500 g tepung gandum
200 ml susu cair
800 ml air
2 biji telur
1/2 tsp essen vanilla
1 tsp garam
pewarna kuning
* minyak untuk melenser kuali

Cara:
1. Blend kesemua bahan kecuali minyak
2. Operasi menjala bermula.
* KPY guna piping bag je utk menjala .

Saturday, May 21, 2011

Hari Guru - I

Seperti biasa Cikgu Z tolong order bagi pihak kawannya untuk hadiah hari guru.






Jom.... kuih bakar pulak

Gambar dulu2.... cuma nak kongsi resepi je.


Baru keluar dari oven dah kena serbu dgn 'my partner ' . Tu yg rongak semacam je.Tak sempat nak potong lawa2.


Resipi ni KPY dapat daripada kawan masa sama2 mengajar di Selayang dulu. Thanks Ila resipi kuih bakar yang sedap ni.


Bahan2 :

5 cawan santan ( yang dah diblend dgn daun pandan ) - dah hijau

2 1/2 cawan tepung gandum

5 biji telur ayam

1 cawan gula pasir

1 tsp garam

100 g butter

1 tsp perisa rose

bijan ( untuk tabur kat atas )


Cara:

1. Panaskan oven - 200 darjah celcius

2. Blend semua bahan di atas kecuali perisa rose dan bijan

3. Tuangkan bahan tadi ke dalam loyang yang telah di sapu dengan butter di bahagian bawah

dan tepi.( KPY lenser dgn butter yang banyak ).

4. Masukkan perisa rose dan kacau dengan sudu sekata .

5. Bakar selama 1 jam atau hingga keperangan.

6. 20 minit pertama , taburkan bijan di atas permukaan dan teruskan proses membakar hingga

masak.


* dalam gambar kat atas tu KPY guna aluminium foil sbg alas , tapi lebih sedap guna cara kat

atas tu.

* Rasanya lemak , manis tak sama dengan yang dijual kat luar.


.....Cuba,cuba,cuba, .Jangan tak cuba. ....


Kailan Goreng Simple

Bagi ibu-ibu yang berkerjaya dan sentiasa sibuk tu elok sangat masak sayur seperti kat bawah tu. Simple & sempoi.....


Resipi ni KPY sendiri yang sediakan , tak tahulah kut ada juga orang yang buat cara yang sama dengan KPY. ( jenis yg nak cepat )

Bahan2:
3-4 batang kailan ( potong mcm biasa )
3 ulas bawang putih - ketuk / hiris
3 ulas bawang merah / 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
segenggam udang kertas ( kecil - sebagai perencah )
3 biji cili api ( kalau nak pedas boleh tambah )
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih - tumis hingga naik bau , masukkan bawang
merah , cili serta udang.Tumis sehingga bertukar warna keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan kailan , kacau dan terus masukkan sos tiram. Masukkan sedikit air , kalau nak
banyak kuah boleh lebihkan air.
3. Proses memasak sekejap je. agak2 3-5 minit je.

* KPY masukkan cili sebiji2 sbb takut pedas , almaklumlah banyak pelanggan yang bersaiz kecil.

Friday, May 20, 2011

Dari cikgu untuk anak murid

Chocolate Moist Cake with topping ganache untuk diberikan kepada anak murid sempena hari jadi cikgu ( not me ) . KPY belum sambut lagi , insyaAllah next month......






Thursday, May 19, 2011

Happy Birthday - Nazirul Mubin

Ni pun siaran tertunggak versi chocolate moist cake. Order dari office mate husband.
( tak boleh nak cerita panjang , exam paper dah dapat ...... start marking.. )