Tuesday, July 19, 2011

Talam Keladi

Petang Jumaat lepas ada makan-makan kat sekolah , jadinya KPY buatlah talam keladi. Buat dua resipi memandangkan tukang makannya ramai. Yang dalam gambar tu KPY bawak balik sikit untuk cik abe.


Talam Keladi ( posing pun tak menarik )


Sumber :Azimah Mansur



Bahan:

Lapisan bawah

160 g tepung beras

1 tbs tepung ubi

70 g gula pasir

1 tsp garam

700 ml santan

280 g ubi keladi ( yang siap potong dadu dan rebus hingga empuk )


Cara:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali ubi keladi. Kacau di atas api hingga agak pekat .

2. Masukkan ubi keladi.

3. Tuang ke dalam loyang ( 10 inci x 1o inci ) yang telas dialas dengan plastik. Kukus selama 20 minit.


Lapisan atas

700ml santan pekat

2 biji telur ( A )

150 g tepung gandum

200 g gula pasir

1/2 tsp garam

2 helai daun pandan

sedikit pewarna ungu

1/2tsp perasa keladi ( optional )


Cara:

1. Panaskan sebahagian santan dengan gula dan garam. Masukkan daun pandan biar layu dan keluarkan semula.

2. Sebahagian santan lagi kisar bersama-sama bahan lain ( tepung dan telur )

3. Tuang ke dalam ( 1) . Masukkan pewarna ungu dan kacau di atas api hingga naik wap.

4. Tuang ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.


* Sentiasa lap penutup kukusan agar air tidak menitis ke atas kuih tadi.

* Kawan-kawan beritahu makan masa panas2 lagi sedap .

4 comments:

  1. mas pun suka makan talam masa suam2...
    sedappnya..

    ReplyDelete
  2. mieza kan kalo buat talam mesti tak cantik time nak potong tu mesti senget2...nak mencuba talam suji pun tak menjadi lagi..yatie raya nnt blk kelate tak?

    ReplyDelete
  3. Waduh yatie..bnyk dh menu talam yg akak termiss kt sini..kempunan sehh!!

    ReplyDelete
  4. Mas , sedapkan makan suam2.lembik2 gitu...

    Mieza , potong guna pisau plastik baru tak melekat. Dah sejuk baru potong . Tak balik kelate...balik Temerloh dan Selayang

    Kak Ina , Bulan puasa nanti banyak lagi talam yang akan menyusul...

    ReplyDelete