Tuesday, May 17, 2011

Permintaan kawan-kawan ......Talam Peanut Butter

Talam Peanut Butter yang dibawa untuk makan -makan kat sekolah.





Yang nampak seketul tu , kuih kole kacang.

Sesiapa yang nak cuba buat , dipersilakan :

Lapisan Bawah

50 g tepung jagung


50 g tepung Hoen Kwee ( putih )


110 g tepung beras


100 g gula pasir


1/2 tsp garam


220 g creamy peanut butter ( KPY guna jenama CED )


800 ml santan ( sederhana pekat )


sedikit pewarna coklat / brown colour


Cara-cara:



  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend.

  2. Kacau di atas api yang sederhana hingga naik wap

  3. Tuang ke dalam loyang 10 inci x 10 inci yang di alas plastik

  4. Kukus lebih kurang 30 minit.


Lapisan Atas


Bahan-bahan :


Bahan A


150 g tepung beras ( KPY selalu tambah 5-10 g )


150 g tepung ubi


600 ml santan


1/2 tsp garam


pewarna hijau epal , orange red


Bahan B


200g gula


350 ml santan


3 helai daun pandan


Cara-cara:





  1. Panaskan bahan B hingga mendidih.


  2. Bancuh bahan A dan satukan dengan bahan B( dpt lebih kurang 1250 ml )


  3. Bahagikan kepada 5 bahagian ( 1250ml bahagi 5 = 250 ml setiap satu )


  4. Kukus setiap lapis 250 ml - mulakan dgn warna putih , hijau muda , putih , orange red dan hijau tua .


  5. Kukus setiap lapis 5 minit dan lapisan akhir selama 20-25 minit.


* Pastikan sentiasa mengelap tutup pengukus agar mengelak daripada wap air jatuh ke atas kuih talam . Takut nanti permukaan talam tidak cantik, berlubang-lubang )



Selamat Mencuba.

Saturday, May 14, 2011

Jom Cuba bersama KPY

Kuih yang senang dan cepat. Jom buat bersama Ketuhar Panas Yatie.


Bahan-bahan:


  • 250 ml santan ( tak perlu pekat )

  • 125 g tepung gandum

  • 1 biji telur

  • 1 tsp pandan paste ( boleh juga guna daun pandan yg diblend bersama kelapa )

  • sedikit pewarna hijau ( ikut kesesuaian warna )

  • 1/2 tsp garam

  • gula*

Cara-cara:



  • Blender kesemua bahan di atas ( kecuali gula ) sehingga tepungnya halus.

  • Panaskan acuan di atas dapur , lenserkan dengan minyak masak agar kuih cara nanti tidak melekat. * kali pertama membakar letak lebih sikit minyak.( api dapur perlu kecil )

  • Apabila acuan sudah panas , tuangkan tepung tadi ke dalam acuan.

  • Letakkan sedikit gula ke dalam acuan yg ada tepung tadi.

  • Tutup acuan sementara menanti bahagian bawahnya agak garing dan bahagian atasnya masak. ( KPY guna penutup periuk )

  • Apabila dah masak , cungkil dgn lidi di bahagian tepi acuan.

  • Sedia untuk dihidangkan.

* masa untuk membakar 2-3 minit je.


SELAMAT MENCUBA


Red Velvet Cake : Orang lain dah lama ... kita baru nak cuba

First time buat tapi alhamdulillah mendapat sambutan dari kawan2. Kawan2 ni bukan setakat customer tetapi merangkap tester. Segala kelemahan , kekurangan produk yang dihasilkan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Bagi KPY sendiri , resipi yang dapat tak kira daripada sumber mana kena buat eksperimen dulu , kemudian adjust mana2 yang kurang agar hasil yang kita keluarkan tu mendapat sambutan. Bagi KPY sendiri customer yang ada taklah sebanyak manapun tetapi mereka tetap setia. Kesetiaan adalah penting bukan setakat dalam perhubungan tetapi dalam perniagaan.....







Hiasan tak berapa kemas memandangkan kesuntukan masa untuk ke tempat kerja. Hias ala kadar je.


Wednesday, May 11, 2011

Bila-bila masa - sarapan / minum malam

" Rasa nak makan yang macam dlm tvlah " kata anak yang berumur 6 thn tu tatkala lihat iklan McD . " Mama pandai tak buat "



Sebelum tu , mama dia dah siap beli maple syrup di bakery shop. Mama mereka je yang guna sirap ni , anak-anak makan macam tu je. Walaupun hari dah tengah malam , maka bermulalah aktiviti ni .........tak sempat nak masak. Maklumlah banyak sangat pelanggan......( anak-anak le..)

( resipi , esok-esok ya KPY tulis , mengantuk dan tak boleh nak fikir dgn betul dah ni )


Tuesday, May 3, 2011

Talam Keladi

Talam Keladi yang diorder oleh jiran sebelah rumah bagi pihak saudaranya di Shah Alam yang mengadakan majlis kenduri kahwin. 4 loyang semuanya. Masa ni tengah sibuk BIL nak kahwin . Memandangkan tempahan tu dah lama , nak tak nak kena buat jugak. Nak order dari tempat lain menggantikan tempahan tu takut pulak nanti rasa tak sama. Untuk makan-makan kat rumah sendiri order dari kawan .




Terima Kasih Teman Seperjuangan



Terima kasih banyak-banyak Yus @antanbertingkah kerana memberi sejambak bunga yang cantik ni. Maaflah sebab lambat mengambilnya. Nasib baik masih segar umpama baru sebentar tadi dipetik. Memandangkan tiga hari tak pergi sekolah ( tapi pergi PPD -kursus ) tu yang rasa lapang sikit . Kertas exam pun dah settle , jadi bolehlah menjenguk beberapa rumah rakan. Apa-apa pun semoga kita sama-sama sukses dalam apa jua yang diceburi.....



Order-order lama

Order dari Kak Zura . Dah lama gambar ni terperap dalam album. Tiba masa untuk mengupdate.





Friday, April 22, 2011

KPY dah kembali....

Setelah hampir sebulan tak dengar khabar berita dari Ketuhar Panas Yatie , kini KPY dah kembali. KPY sebenarnya sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik ipar yang diadakan di rumah KPY sendiri. Terima kasih kepada kawan2 yang telah hadir memeriahkan majlis. Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancar dan hidangan yang disediakan mendapat pujian.

Buat masa ini KPY masih lagi tak dapat nak masukkan gambar2 order sebelum majlis diadakan. Minta maaf kepada kawan2 dan pelanggan yang berhasrat membuat tempahan tempohari dan terpaksa ditolak.Untuk pengetahuan semua KPY telah mula menerima semula tempahan bermula pada minggu hadapan . 2 hari lepas KPY terima panggilan mengatakan pembantu setiaku dah boleh menjalankan tugas semula. Senanglah sikit kerja....

Tuesday, March 29, 2011

Sotong Masak Pedas

Layan gambar dulu ya , nanti KPY postkan resipinya. Hari dah 10.45 mlm , nak siapkan tempahan cheese tart orang dan banyak tempahan yang sedang menunggu . Sedih sebab mixer yang banyak berjasa tiba2 kaku.Bila nak dibaiki tak tahu lagi .Busy memanjang...Sekarang ni terpaksa guna hand mixer .Sedih + letih + malas ....


Bahan-bahan :



  1. 4 ekor sotong yg agak besar dipotong


  2. 1 labu bawang besar ( potong dadu )

  3. 3 ulas bawang putih ( ketuk )

  4. 5 biji cili api 1 biji lada merah

  5. 1 sudu besar sos cili

  6. 1/2 sudu besar sos tomato

  7. 1/2 sudu besar sos tiram

  8. minyak utk menumis

  9. 5 helai daun limau purut dan 2 batang serai

  10. gula dan garam secukup rasa


Cara-cara :


1. Panaskan minyak . Masukkan bawang putih - biar kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan bawang besar. Tumis hingga layu.


2. Masukkan semua bahan sos dan cili. Biar agak lama sikit agar bahan tumis tadi betul-betul masak.


3. Masukkan sotong dan kacau. Kemudian masukkan gula , garam , serai dan daun limau purut. Apabila sotong telah masak , bolehlah diangkat dan dihidangkan.


4. Nyummm,nyummmm . umpama makan di gerai tom yam.


Percubaan Kedua

Egg Tart ..... Ini kali kedua buat , baru nampak menjadi sikit tetapi rasanya kurang puas hati. Kena lakukan penderhakaan yang agak keterlaluan kepada resipi asal baru rasanya lebih umphhh sikit. Kali pertama buat ikut 100 % resipi ... akhirnya hancus...