Salam Ramadhan buat semua. Pejam celik-pejam celik dah lebih seminggu kita menunaikan ibadah puasa. Semoga puasa tahun ini membawa seribu keberkatan buat semua. Dah lama KPY tak bersiaran. Malam ni , curi2 masa sikit nak tayang
lemon cheese cake. Bolehlah cuba sempena Aidilfitri nanti ya....

KPY letak lemon filling dan buah-buahan sebagai hiasan.
Bahan-bahan:
Biscuit Base
100 g biskut digestive ( dihancurkan )
50 g unsalted butter
1/2 biji parutan kulit lemon
1 tsp lemon paste
Cara:
1. Cairkan butter. Masukkan parutan kulit limau dan lemon paste. Kacau sebati.
2. Tuangkan ke dalam biskut yang telah dihancurkan. Gaul dan tekankan ke dalam loyang saiz 9 inci sabagai basenya.
Cheese Filling
4 biji telur( A ). asingkan putih dan kuning.
100g gula castor
400g cream cheese
60 g butter
40 g susu segar
75 g fresh cream ( unwhipped)
40 g lemon jus
1 tsp lemon paste
50 g tepung jagung
Cara:
1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan jadi merenge.Ketepikan.
2. Pukul cream cheese+ butter hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu.
3. Masukkan bahan no.1 dan kaup balikkan.Masukkan susu segar + fresh cream + lemon jus dan lemon paste.Pukul sehingga sebati dan kembang.
4. Masukkan tepung jagung dan putar sehingga sebati.
5. Bakar secara stim bath selama 1 - 1 1/2 jam dengan suhu darjah 160 darjah selsius.
6. Bila dah sejuk , bolehlah hiaskan dengan buah-buahan.